Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : zakat yg diwajibkan ke atas harta benda, iaitu emas, perak, wang simpanan, ternakan, tanaman dan perniagaan yg cukup nisab dan haul; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : zakat yg diwajibkan atas harta benda, iaitu emas, perak, wang simpanan, ternakan, tanaman dan perniagaan, yg cukup nisab dan haul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harta (kata nama)
Bersinonim dengan wang ringgit, harta benda, kebendaan, kekayaan, kemewahan, pusaka;,
Kata Terbitan : berharta,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
زكاة الركازzakat rikazAgama IslamFiqhZakat harta terpendam peninggalan orang zaman sebelum Islam.
زكاة المالzakat hartaAgama IslamFiqhZakat yang diwajibkan ke atas harta.
mal mustaghallahharta produktifPerniagaan IslamTiadaHarta yang dapat menjana hasil, seperti sewaan atau tanah yang dapat diusahakan. Dalam industri pengangkutan, harta dalam bentuk kapal terbang, kapal laut, lori atau kereta api digunakan dengan meluas untuk menjana pelbagai hasil. Dalam industri penternakan seperti ayam telur, ayam ialah mal mustaghallah sedangkan telur yang dihasilkan menjadi produk perniagaan. Begitu juga dengan mesin perkilangan yang digunakan untuk menghasilkan produk perniagaan. Dari perspektif zakat, harta produktif tidak tertakluk pada zakat, manakala hasil yang dijana daripada harta produktif akan ditaksirkan zakat atas nilai baki pada akhir haul dan bukan berdasarkan jumlah hasil yang dijana. Banding mal ghair mustaghallah.
nisab zakat tijarahnisab zakat perniagaanPerniagaan IslamTiadaKadar penilaian harta semasa bersih terlaras yang bersamaan dengan nilai 85 gm emas. Sekiranya nilai harta tersebut bersamaan atau melebihi nisab emas, maka harta itu dikenakan zakat pada kadar 2.5 peratus. Dalam perkongsian perniagaan, zakat ditaksir terhadap keseluruhan perniagaan dan pembayaran dikira mengikut nisbah modal masing-masing.
nisabnisabPerniagaan IslamTiadaHad ukuran, timbangan atau bilangan bagi jenis harta tertentu yang diwajibkan zakat apabila menyamai atau melebihi had nilai atau ukuran. Nisab berbeza mengikut jenis harta yang tertakluk kepada zakat seperti zakat perniagaan, ternakan, pertanian, galian atau emas dan perak.
العبادة الماليةibadat māliaṯAgama IslamFiqhIbadat yang ditunaikan dengan menggunakan harta. Contohnya, zakat.
nama’berkembangPerniagaan IslamTiadaSifat bagi harta yang berpotensi untuk berkembang dari segi fizikal, keuntungan dan faedah. Contoh fizikal ialah haiwan yang menghasilkan anak dan susu, keuntungan seperti dalam jual beli, dan faedah seperti wang yang boleh dilaburkan. Dalam taksiran zakat perniagaan, harta perniagaan yang mempunyai sifat berkembang tertakluk kepada taksiran zakat.
mal ghair mustaghallahharta tak produktifPerniagaan IslamTiadaHarta yang tidak mendatangkan hasil serta tidak ditaksirkan zakat namun masih lagi mempunyai nilai dan boleh dijual, seperti bangunan usang, tanah gersang atau kilang yang tidak beroperasi. Harta sedemikian boleh bertukar menjadi harta yang produktif sekiranya diusahakan. Banding mal mustaghallah.
sadaqahsedekahPerniagaan IslamTiadaHarta yang diserahkan secara wajib atau sukarela kepada pihak lain untuk membantu pihak berkenaan dengan mengharapkan pahala daripada Allah. Contohnya, zakat, pemberian kepada mangsa banjir atau orang kurang upaya, atau derma tabung masjid.
wilayah ‘ammahkuasa pengawasan umumPerniagaan IslamTiadaKuasa perundangan yang dimiliki oleh individu atau organisasi bagi mentadbir dan mengurus hal yang berkaitan dengan kehakiman, ketenteraan, sistem perbankan, kementerian, cukai, zakat, wakaf atau haji dan sebagainya. Pihak yang memiliki kuasa dan bertugas dengan sesebuah institusi dinamakan sebagai wali am. Contohnya, hakim, pentadbir wakaf, menteri dan ketua pengarah. Dalam kes pengawasan harta kanak-kanak, apabila tiada kuasa pengawasan khas daripada bapa, kuasa tersebut akan berpindah kepada hakim yang berperanan sebagai pemegang kuasa pengawasan umum.

Kembali ke atas