autocracy | autokrasi | Pendidikan | Tiada | Pemerintahan despotik, biasanya bersifat zalim dan menindas, yang pemerintahnya memegang kuasa yang tidak terhad. |
autocracy | autokrasi | Sosiologi | Tiada | Pemerintahan despotik, biasanya bersifat zalim dan menindas, yang pemerintahnya memegang kuasa yang tidak terhad. |
autocracy | autokrasi | Sejarah | Tiada | Pemerintahan despotik, biasanya bersifat zalim dan menindas, yang pemerintahnya memegang kuasa yang tidak terhad. |
autocracy | autokrasi | Sains Politik | Tiada | Pemerintahan despotik, biasanya bersifat zalim dan menindas, yang pemerintahnya memegang kuasa yang tidak terhad. |
autocracy | autokrasi | Undang-undang | Tiada | Pemerintahan despotik, biasanya bersifat zalim dan menindas, yang pemerintahnya memegang kuasa yang tidak terhad. |
tyranny of the majority | tirani majoriti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintahan sebuah kerajaan majoriti yang zalim. Walaupun pemerintahan ini mendapat legitimasi majoriti, namun pemerintahannya berlaku secara tidak adil. Pemerintah memberi kelebihan kepada golongan majoriti dan bertindak kejam terhadap golongan minoriti. Golongan minoriti tidak diberi hak yang sewajarnya dan ditindas dalam segala aspek. Contohnya, pemerintahan Kerajaan Serbia menjelang abad ke-21 dan pemerintahan Nazi Jerman terhadap minoriti Yahudi. |
arbitrary detention | penahanan sewenang-wenang | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perbuatan pihak berkuasa mengurung seseorang dengan zalim, iaitu tanpa bukti orang tersebut telah melakukan jenayah atau tanpa mengikut peruntukan undang-undang. Perbuatan ini bertentangan dengan prinsip kedaulatan undang-undang. Penahanan sewenang-wenang juga bertentangan dengan hak kebebasan diri yang dilindungi oleh undang-undang hak asasi manusia antarabangsa. |
arbitrary arrest | penangkapan sewenang-wenang | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perbuatan pihak berkuasa memegang dan tidak melepaskan seseorang dengan zalim, iaitu tanpa bukti orang tersebut telah melakukan jenayah atau tanpa mengikut peruntukan undang-undang. Perbuatan ini bertentangan dengan prinsip kedaulatan undang-undang. Penangkapan sewenang-wenang juga bertentangan dengan hak kebebasan diri yang dilindungi oleh undang-undang hak asasi manusia antarabangsa. |
despotism | sistem kuku besi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintahan yang tidak membenarkan kebebasan dan persaingan poIitik serta dilaksanakan secara zalim serta dikuasai oIeh individu atau kelompok tertentu. Dalam sistem ini, hak poIitik masyarakat seperti mengundi, berpersatuan, bersuara dan sebagainya dihalang. Kebenaran hanya diberikan kepada kelompok yang menyokong pemerintahan tersebut. Kuasa politik dalam sistem ini bersifat terpusat dan dikawal sepenuhnya oleh pemerintah. Parti politik lain pula tidak dibenarkan wujud kecuaIi parti pemerintah. Media massa dan segala penyebaran maklumat dikawal sepenuhnya oleh pemerintah. Sebarang bentuk penentangan politik akan dihukum seperti diseksa, dibuang negara atau dibunuh. Penentangan politik dalam sistem ini hanya wujud secara berselindung atau rahsia seperti gerakan bawah tanah. Contohnya, Rusia di bawah pemerintahan Stalin berada dalam pemerintahan kuku besi. |
democratic despotism | demokrasi fahaman kuku besi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem demokrasi yang dilaksanakan secara kejam oleh pihak pemerintah. Sistem ini berselindung di sebalik nama demokrasi yang menonjolkan dasar melindungi kepentingan rakyat namun pada hakikatnya ia bersifat pemerintahan mutlak, zalim dan tidak berperikemanusiaan. Dalam sistem ini, hak rakyat ditindas dan tidak dipedulikan. Sebarang penentangan atau kritikan terhadap pemerintah akan dihukum bunuh, penjara atau buang negara. Demokrasi ini sering dikaitkan dengan amalan politik negara bekas fahaman sosialis di Eropah Timur pada suatu ketika dahulu dan di negara Afrika. Contohnya, Uganda di bawah pentadbiran Idi Amin dianggap sebagai demokrasi fahaman kuku besi. Sinonim demokrasi kuku besi. |