Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[za.rah] | ذره

Definisi : 1. habuk yg halus sekali, hama; 2. (Fiz) bahagian kecil sesuatu jirim, spt atom, molekul, elektron, dll; ~ subatom (Fiz) zarah spt proton, elektron, dan neutron yg terdapat dlm atom; sezarah halus sekali, sedikit sekali, sebesar zarah; menzarah; pecah ~ hancur lebur (menjadi zarah), hancur luluh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[za.rah] | ذره

Definisi : zat yg halus sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zarah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bahasa Inggeris nanoparticles. Jika terjemahan nanozarah atau nano zarah atau ada cadangan lain.Istilah bahasa Melayu untuk "nanoparticle" ialah nanozarah.Istilah10.10.2013
Saya dah beri cadangan istilah "Particle Swarm Optimization" kepada "Pengoptimuman Kerumunan Zarah". salah satu teknik pengoptimuman dalam bidang kejuruteraan. macam saya boleh tahu cadangan saya diterima atau terdapat pengubahsuaian dari pihak DBP??? kerana saya perlukannya dengan kadar segera.Ketiga-tiga perkataan dalam istilah tersebut terdapat padanannya dalam rujukan istilah DBP. Walau bagaimanapun, ketepatan padanan istilah bergantung pada penyesuaiannya dengan makna sebenar istilah tersebut, bermaksud perlu dilihat dari segi konteks dan bidang istilah tersebut. Jika menepati konteks dan bidang, istilah tersebut boleh digunakan.Istilah17.01.2012
Salam, saya ingin bertanya apakah istilah bahasa melayu untuk 1) irradiated food 2) glow stick? Apakah beza granular dengan granul yang merujuk pada permukaan Matahari? Apakah penerangan bagi istilah magnetosfera? Terima kasih

1. Belum ada istilah bahasa Melayu untuk “irradiated food” dan “glow stick”. Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah makanan tersinar dan lampu batang bercahaya.

2. Granular ialah perkataan dalam bahasa Inggeris, manakala istilah bahasa Melayu ialah granul.

3. Menurut huraian istilah bidang Aeroangkasa dan Matematik, magnetosfera ialah kawasan di sekeliling planet yang zarah terion di dalamnya dipengaruhi oleh medan magnet planet itu sendiri, tetapi bukannya oleh medan magnet yang dibawa oleh angin suria.
Istilah22.02.2018

Kembali ke atas