Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[zi.kir] | ذيکير

Definisi : Ar perbuatan mengingati Allah dgn menyebut kalimah spt astaghfirullah, Allahuakbar, sama ada dgn lidah (zikir jali/jahri), atau dlm hati (zikir sirri/khafi); berzikir menyebut-nyebut nama Allah dan mengingati Allah; dikir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[zi.kir] | ذيکير

Definisi : puji-pujian, doa dsb kpd Allah yg diucapkan berulang-ulang. berzikir mengucapkan puji-pujian, doa dsb kpd Allah berulang-ulang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zikir


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NABI DAUD A.S.

Nabi Daud a.s. ialah salah seorang daripada Nabi

Allah yang diutuskan kepada manusia. Baginda

adalah anak kepada Yahudha ibn Ya‘kub ibn Ishak

ibn Ibrahim Khalil al-Rahman alaihissalam. Allah

SWT telah menurunkan kepadanya kitab Zabur

yang mengandungi pengajaran, teladan, kata-kata

hikmah dan zikir-zikir yang memuji Allah. Allah juga

telah mengurniakannya ilmu pengetahuan dan

kepetahan berucap di samping kedudukan sebagai

seorang nabi dan raja. Nabi Daud a.s. mempunyai

suara yang sangat lunak dan merdu hinggakan

apabila membaca kitab Zabur, burung-burung yang

terbang akan berhenti dan hinggap di dahan pokok

sambil berkicau mendengar bacaannya. Burung-

burung itu juga akan turut bertasbih apabila Nabi

Allah Daud bertasbih. Begitu juga dengan gunung-

ganang. Ia akan mengiringi Nabi Daud a.s. berzikir

pada waktu pagi dan petang. Nabi Daud a.s. banyak

melakukan amal ibadat pada waktu malam,

berpuasa pada waktu siang dan banyak

menghabiskan masanya dengan beribadat di masjid.

Allah SWT memberikan keistimewaan dan

mukjizat kepadanya iaitu gunung-ganang turut

mengiringinya bertasbih pada waktu pagi dan

petang. Burung-burung akan berkicau

mengiringinya apabila Nabi Daud a.s. membaca

kitab Zabur. Nabi Allah Daud dapat memahami

bahasa pertuturan burung. Bahkan turut mampu

melembutkan besi dan melenturnya dengan tangan

seolah-olah membuat adunan tepung. Selain

daripada itu, Nabi Allah Daud juga pakar dalam

membuat perisai perang.

UMUM 
PERAYAAN UMAT ISLAM

Perayaan Umat Islam ialah hari kemuliaan,

iaitu himpunan amalan yang berkaitan dengan

ibadat dan adat. Dari segi amalan ibadat ialah

solat, zikir (mengingati Allah), tahlil (berzikir

dengan kalimah tauhid “Lailahaillallah”), tasbih

(memuji Allah S.W.T. dengan Subhanallah) dan

takbir (mengagungkan Tuhan dengan Allahu

Akbar). Manakala adat kebiasaan pula seperti

makan, minum, pakaian, perhiasan, kelapangan,

kegembiraan dan amalan yang diharuskan dalam

Islam.

UMUM 
DIKIRDIKIR, satu upacara agama atau pengabdian diri kepada Tuhan yang diamalkan oleh kumpulan agama. Dikir berasal daripada istilah Arab, zik’r. Dikir atau zikir mempunyai beberapa maksud, iaitu doa atau puji-pujian kepada Allah yang diucapkan secara berlagu atau tidak atau dengan cara berulang-ulang; doa atau puji-pujian berlagu seperti dalam perayaan maulid Nabi, yang sering kali diiringi alat muzik seperti kompang atau rebana; dan lagu atau nyanyian berpantun secara beramai-ramai seperti dalam persembahan dikir barat.BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
KENDURI

KENDURI, jamuan makan yang lazimnya didahului dengan bacaan doa, zikir dan seumpamanya yang diadakan sempena sesuatu peristiwa, seperti perkahwinan, kelahiran, ataupun mengingati sesuatu peristiwa seperti mengingati orang yang telah meninggal, upacara maulid dan seumpamanya.  Juadah yang dihidangkan itu bergantung pada jenis kenduri yang diadakan.  Kenduri bersempena majlis perkahwinan, biasanya dihidangkan nasi minyak; dan kenduri sempena mengkhatankan anak biasanya pulut kuning dihidangkan menyertai hidangan nasi.

BUDAYAKonsep
BERZANJI

BERZANJI, puisi yang tergolong dalam genre dikir atau zikir yang merupakan salah satu daripada 12 genre puisi Melayu tradisional.  Perkataan ‘berzanji’ dalam bahasa Melayu terdiri daripada perkataan ‘Barzanji’ yang sebenarnya  nama pengarang puisi tersebut, iaitu al-Saiyyid Jaafar al-Barzanji yang meninggal dunia pada tahun 1766.  Keterangan tentang nama pengarang ini dijelaskan dalam barzanji nathar. Bagaimanapun berdasarkan bentuk dan isi, umum berpendapat barzanji nazam juga ditulis oleh pengarang yang sama.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas