Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[zi.kir] | ذيکير

Definisi : Ar perbuatan mengingati Allah dgn menyebut kalimah spt astaghfirullah, Allahuakbar, sama ada dgn lidah (zikir jali/jahri), atau dlm hati (zikir sirri/khafi); berzikir menyebut-nyebut nama Allah dan mengingati Allah; dikir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[zi.kir] | ذيکير

Definisi : puji-pujian, doa dsb kpd Allah yg diucapkan berulang-ulang. berzikir mengucapkan puji-pujian, doa dsb kpd Allah berulang-ulang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zikir


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
zikirzikirMuzikTiada

Ucapan lisan atau ungkapan untuk mensyukuri nikmat Allah SWT yang dikurniakan kepada manusia. Zikir ialah amalan untuk mentaati dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Zikir boleh disebut dengan suara yang kuat atau suara yang lembut. Zikir dalam bahasa Arab bermaksud menyebut, menutur dan perbuatan baik.

zikirzikirKesusasteraanPuisiUcapan atau doa yang memuji-muji kebesaran Allah. Ucapan ini biasanya disampaikan dalam bentuk lagu seperti di majlis menyambut Maulud Nabi.
zikirzikirKesusasteraanTiadaSejenis puisi bagi memuji Allah.
dervishdarwisySejarahTiadaAhli kumpulan sufi Islam yang mengamalkan zikir dan menari dalam kumpulan mengikut tarekat yang dipelajari.
hadrahhadrahMuzikTiada

 Tarian dan muzik yang berkaitan dengan nyanyian zikir. Nyanyian ini berbentuk puisi yang memuji Nabi Muhammad SAW. Persembahan biasanya melibatkan nyanyian 8-12 fasal daripada Kitab Zikir. Gaya nyanyian secara bersahut-sahutan antara dua kumpulan korus. Di Perlis, ensembel ini dikenali sebagai hadrah, sementara di Terengganu, dikenali sebagai rodat. Ensembel hadrah terdiri daripada beberapa buah rebana yang dikenali sebagai gendang hadrah. Ensembel rodat pula terdiri daripada tar rodat, iaitu rebana kercing. Ensembel ini dimainkan dalam majlis keramaian. Sinonim rodat.

burdahburdahKesenianDrama dan TeaterSeni permainan rakyat berasaskan gendang yang dipalu dan disertai dengan nyanyian zikir burdah berbentuk pujian kepada keluarga untuk mendapat berkat dan kemuliaan majlis keramaian.
psalmmazmurKesusasteraanPuisiKelompok puisi keagamaan yang dicipta dengan tujuan untuk memuji kebesaran Tuhan. Contohnya, "Titir dan Zikir" karya Kemala (Ahmad Kamal Abdullah) dan "Di Malam Gelita Joi" karya Suhaimi Haji Muhammad.
chantdikirKesenianDrama dan TeaterGabungan ucapan doa atau nyanyian yang disampaikan secara beramai-ramai dengan cara berlagu. Istilah dikir berasal daripada kata zikir yang bermaksud kata-kata pujian yang puitis. Lagu disampaikan dalam bentuk pantun diiringi dengan paluan rebana dan alat muzik yang lain. Terdapat beberapa jenis dikir mengikut rentak dan lagu seperti dikir rebana, dikir barat, dikir maulud dan dikir berendoi.
berzanjiberzanjiKesusasteraanPuisiPuisi yang berbentuk bebas sama ada dalam aspek rima akhir, jumlah perkataan dalam baris mahupun jumlah baris dalam sesuatu rangkap atau untai. Puisi yang tergolong dalam kategori berzanji ini merupakan sejenis zikir yang intinya mengandungi unsur-unsur keagamaan, adat istiadat dan puji-pujian kepada Allah s.w.t. Sebagai contoh dapat dilihat daripada petikan di bawah. Kumulakan karangan ini, dengan nama Tuhan Ilahi Kumohon limpahan berkat atas segala nikmat yang telah diberi Kuucapkan pujian kepada Allah sebenar-benar puji Kuiringkan pujian dengan kesyukuran yang amat tinggi.
rebana ubirebana ubiMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Rebana ubi diperbuat daripada kayu, baluhnya berbentuk kon dan mempunyai satu muka kulit yang bergaris pusat hampir satu meter. Kulit dipasang pada baluh dengan tali rotan tebal dan kulit ditegangkan dengan tali rotan dan sendal kayu yang diselitkan antara badan dengan tali rotan. Baluh dan kulit dihiasi logo atau lambang sesuatu kumpulan atau desa. Coraknya bermotifkan geometri yang dicat berwarna-warni. Rebana ubi biasanya digantung atau diletakkan di atas tanah secara menegak dan kulitnya dipukul dengan tangan atau pemukul yang berbalut. Rebana ubi yang dimain­kan secara ensembel menghasilkan rentak terhasil bagi tujuan pertandingan atau hiburan di desa. Rebana ubi yang bersaiz lebih besar mempunyai muka kulit yang bergaris pusat lebih daripada satu meter dinamai rebana besar dan dimainkan di kampung untuk mengiringi nyanyian zikir di Kelantan. Alat muzik ini dimainkan dalam ensembel yang terdiri daripada empat hingga lapan atau lebih biji dram.

12

Kembali ke atas