Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : dasar atau pergerakan politik yg bertujuan menegakkan sebuah negara Yahudi di Palestin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zionisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ZionismZionismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang dibentuk khas untuk memperjuangkan kedudukan bangsa Yahudi di Palestin yang kini lebih dikenali sebagai negara Israel. Idea ini mahu mengembalikan kedudukan bangsa Yahudi sebagai satu bangsa yang pernah berkuasa di tanah itu. Idea ini mendapat sokongan kuat penduduk Yahudi di seluruh dunia dan beberapa kuasa besar yang mempunyai kepentingan. Zionisme tidak sahaja menjelma dalam bentuk perjuangan politik dan ketenteraan tetapi juga dalam falsafah, ideologi, propaganda, media dan sebagainya. Gerakan ini turut menyerap dalam pelbagai pertubuhan politik dan keselamatan yang penting seperti CIA di Amerika Syarikat, akhbar dan majalah penting di dunia.
zionismzionismePentadbiranTiadaTiada
zionismzionismeSains PolitikTiadaTiada
zionismzionismeSejarahTiadaTiada
zionismzionismeSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
zionismzionismeSains PolitikHubungan AntarabangsaLihat fahaman zionis.
zionismfahaman zionisSains PolitikHubungan AntarabangsaFahaman yang dibentuk pada tahun 1880-an. Fahaman ini menerangkan kesedaran nasionalis Yahudi yang berusaha menempatkan orang Yahudi di Palestin. Walaupun tidak semua orang Yahudi berfahaman zionis dan tidak semua mahu tinggal di Israel, namun mereka masih menyokong perjuangan Israel. Sinonim zionisme.
Balfour DeclarationDeklarasi BalfourSains PolitikHubungan AntarabangsaPerisytiharan sokongan Britain terhadap pembentukan negara Yahudi di Palestin. Deklarasi ini mengambil sempena nama Menteri Luar Britain, Arthur James Balfour yang mengutuskan surat sokongan kepada ketua persekutuan zionis Inggeris, Lord Rothchild pada 2 November 1917. Pernyataan sokongan ini menjadi dasar politik gerakan zionisme. Berikutan deklarasi ini, PBB bersetuju membahagikan Palestin kepada dua bahagian, iaitu satu bahagian untuk Yahudi dan sebahagian lain untuk Arab Palestin. Pada 14 Mei 1948, mandat Britain ke atas Palestin berakhir dan pada masa yang sama Israel mengisytiharkan pembentukan negara untuk orang Yahudi di Palestin.
Arab-Israeli conflictkonflik Arab-IsraelSains PolitikHubungan AntarabangsaKonflik yang berpanjangan sehingga kini antara Arab dengan Israel. Konflik ini melibatkan pelbagai dimensi seperti dimensi politik, wilayah, dan agama. Menurut sejarah, Palestin merupakan wilayah dalam Empayar Uthmaniyah sehingga akhir perang Dunia Pertama apabila Liga Bangsa- Bangsa Bersatu memberi mandat kepada British untuk mengurus tadbir Palestin. Di bawah urus tadbir British dan deklarasi Balfour (1917), migrasi orang Yahudi ke Palestin meningkat secara mendadak. Hubungan penduduk Arab Palestin dan Yahudi yang sedia berkonflik ini bertambah tegang dengan kebanjiran pendatang Yahudi. Konflik ini terus memuncak dengan kemunculan gerakan zionisme yang mendapat sokongan kuat Amerika Syarikat. Konflik ini menjadi isu utama dalam perhubungan antarabangsa apabila pihak Arab Palestin mendapat sokongan negara jiran Arab dan Liga Arab serta simpati daripada Rusia. Pada tahun 1947, Suruhanjaya Khas PBB berkaitan Palestin telah mencadangkan pembahagian wilayah Palestin. Pada tahun 1948, pembahagian de facto Palestin telah dibuat apabila negara Israel ditubuhkan. Konflik dan keganasan dalam hubungan antara Israel dengan negara jiran Arab boleh dibahagikan kepada dua jenis. Pertama, perang konvensional seperti yang berlaku pada tahun 1956, 1967 dan 1973. Kedua, peperangan untuk pembebasan seperti yang berlaku pada tahun 1948, kekejaman antara tahun 1970 hingga 1973, dan campur tangan Israel dalam perang saudara di Lubnan pada tahun 1978.

Kembali ke atas