Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[zip] | زيڤ

Definisi : sj alat utk mengancing (baju dll) yg terdiri drpd dua bahagian yg bergerigi; berzip 1. mempunyai (dipasang) zip: bajunya ~ di belakang; 2. telah dipasang (ditarik) zipnya: dia tidak menyedari yg seluarnya tidak ~; mengezip memasang (menarik) zip (supaya tertutup pakaian, beg, dll); mengezipkan memasangkan zip (pd pakaian, beg, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[zip] | زيڤ

Definisi : alat yg terdiri drpd dua bahagian yg bergerigi dan digunakan utk mengancing seluar (baju dll). berzip 1 mempunyai zip: Seluarnya ~ di tepi. 2 telah ditarik zipnya. mengezip memasang atau mengancing zip; menarik zip (utk menutup baju dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zip


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya jika ada padanan Bahasa Malaysia untuk perkataan flying fox atau Zip Line( di Amerika)?Tidak ada maklumat berkaitan flying fox atau zip line dalam data DBP. Mengambil kira bungee jumping diberikan padanan ‘terjun lelabah’, kami mencadangkan flying fox diberikan padanan  ‘terbang kelawar’. Pada peringkat permulaan memperkenalkan istilah ini, puan boleh menulis menggunakan ‘terbang kelawar’ dan flying fox dalam kurungan, terbang kelawar (flying fox).Istilah03.12.2014
Assalamualaikum & Salam Sejahtera... Puas sudah saya mencari padanan dalam bahasa kebangsaan istilah "flying fox". Sudi bantu saya? Terima kasih....Tidak ada maklumat berkaitan flying fox atau zip line dalam data DBP. Mengambil kira bungee jumping diberikan padanan ‘terjun lelabah’, kami mencadangkan flying fox diberikan padanan  ‘terbang kelawar’. Pada peringkat permulaan memperkenalkan istilah ini, tuan boleh menulis menggunakan ‘terbang kelawar’ dan flying Fox dalam kurungan, terbang kelawar (flying fox).Istilah09.12.2014

Kembali ke atas