Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[zu] | زو

Definisi : kawasan (taman) tempat berbagai-bagai jenis binatang dipelihara utk dilihat oleh orang ramai, taman haiwan, kebun binatang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[zu] | زو

Definisi : /zu/ tempat (taman) berbagai-bagai jenis binatang dipelihara utk dilihat oleh orang ramai; kebun binatang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zoo


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
zoozooTeknologi MaklumatTiadaLihat zoo virus
zoozooTeknologi MaklumatPerisianFormat dan atur cara pemampatan yang dibangunkan oleh Rahul Dhesi pada pertengahan tahun 80-an. Format ini berdasarkan algoritma pemampatan LZW. Format fail ini dikenal pasti dengan sambungan fail < .zoo >. Walau bagaimanapun, format ini tidak digunakan secara meluas. Format ini mempunyai keserasian dengan pelbagai sistem pengendalian seperti UNIX dan MS-DOS. Virus hanya wujud dalam makmal penyelidikan atur cara virus yang digunakan sebagai bahan pengujian dalam proses pembangunan perisian antivirus. Virus ini dianggap tidak berbahaya selagi tidak disebarkan keluar dari makmal penyelidikan tersebut.
petting zoozoo haiwan jinakVeterinarTiadaTiada
zoo viruszoo virusTeknologi MaklumatTiadaTapak web yang menyimpan koleksi virus Internet. Virus dikurung dalam persekitaran terasing untuk tujuan latihan dan penyelidikan antivirus. Zoo virus tidak boleh didapati di luar daripada makmal syarikat antivirus. Laman ini diharamkan oleh sesetengah negara.
zoo virusvirus zooTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerVirus yang hanya wujud dalam makmal penyelidikan atur cara virus yang digunakan sebagai bahan pengujian dalam proses pembangunan perisian antivirus. Virus ini dianggap tidak berbahaya selagi tidak disebarkan keluar dari makmal penyelidikan tersebut.
zoo-semioticssemiotik haiwanLinguistikTiadaTiada
Zouave jacket (zoo-ahv)jaket ZouaveKesenianTiadaJaket wanita paras pinggang jenis bolero, berkancing di leher, bahagian sisinya melengkung dan bertrimin di hadapan dan berlengan tiga suku panjang kembang ala pakaian tentera Algeria yang diilhamkan oleh Zouave semasa peperangan di Itali pada tahun 1859. Popular pada tahun 1859 hingga 1870-an dan kemudian dipopularkan semula pada tahun 1890-an. Pada tahun 1860-an jaket ini juga menjadi pakaian kanak-kanak.
hepatichepatik (PEM.MAN, UBAT, ZOO)SosiologiTiadaTiada
hepatichepatik (PEM.MAN, UBAT, ZOO)PerubatanTiadaTiada
naturalistic observationpemerhatian naturalistikPsikologiPsikologi UmumKaedah pemerhatian yang mengumpulkan data kajian dengan mencerap tingkah laku di tempat semula jadi subjek kajian yang terlibat. Contohnya, Van Landwick-Goodall (1971) meneliti tingkah laku beruk menggunakan batang rumput untuk memancing semut di busut secara deskriptif. Bagi menjelaskan tingkah laku seperti itu pengkaji biasanya bermungkinan tidak dapat melakukannya di makmal atau tempat yang diubah suai seperti zoo.

Kembali ke atas