Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar bulan ke-12 (mengikut perhitungan tahun Hijrah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bulan yg kedua belas mengikut tahun Hijrah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zulhijah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ZULHIJAH

Zulhijah ialah nama salah satu bulan dalam tahun

Hijrah. Ada sesetengah orang menyebut ‘Zulhajah’

dengan huruf ‘ha’ berbaris di atas. Ia merupakan

bulan ke-12 mengikut takwim Hijrah. Ia dinamakan

Zulhijah pada tahun 412 M, iaitu pada zaman Kilab

ibn Murrah, moyang kelima Nabi Muhammad

SAW bersempena dengan bulan haji.

UMUM 
ZULKAEDAH

Zulkaedah ialah bulan di antara Syawal dan

Zulhijah iaitu bulan yang ke-11 mengikut Takwim

Hijrah. Ia dinamakan demikian lebih kurang pada

tahun 1412 M.
UMUMKonsep
AIDILADHAAIDILADHA, perayaan agama yang disambut oleh masyarakat Islam di seluruh dunia pada tanggal 10 Zulhijah, iaitu bulan terakhir dalam kalendar Islam.BUDAYAKonsep
SYAWAL

Syawal ialah bulan ke-10 mengikut

takwim Hijrah yang digunakan di sesetengah

negara Islam. Bulan Syawal adalah selepas bulan

Ramadan dan merupakan bulan permulaan bagi

mengerjakan haji yang bermula dari 1 Syawal

hingga ke-10 Zulhijah. Ia mendapat nama pada

zaman datuk Nabi Muhammad s.a.w. yang kelima,

iaitu Kilab ibn Murrah kira-kira pada tahun 412 M.

UMUM 
SURAH AL-FAJR

Surah al-Fajr ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-89 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 30 ayat.

Surah ini dinamakan al-Fajr (Fajar) kerana Allah

S.W.T. bersumpah dengan cahaya fajar ketika ia

menyingsing di akhir kegelapan malam. Begitu

juga Allah S.W.T. membawa lafaz sumpah dengan

10 malam yang berkat pada akhir bulan Zulhijah,

dengan malam yang bilangannya genap dan ganjil

seperti mana dalam firman Allah S.W.T. yang

bermaksud:

“Demi fajar, dan malam yang sepuluh dan yang

genap dan yang ganjil”.

(Surah al-Fajr 89:1–3)

UMUM 

Kembali ke atas