Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (zulkaédah) Ar bulan yg kesebelas (mengikut perhitungan tahun Hijrah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /zulkaédah/ bulan yg kesebelah mengikut tahun Hijrah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zulkaedah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ZULKAEDAH

Zulkaedah ialah bulan di antara Syawal dan

Zulhijah iaitu bulan yang ke-11 mengikut Takwim

Hijrah. Ia dinamakan demikian lebih kurang pada

tahun 1412 M.
UMUMKonsep
RENCANA MELAYU

RENCANA MELAYU, buku tatabahasa Melayu karya Raja Haji Muhammad Tahir ibni Almarhum Mursyid, dari Riau. Buku ini siap diltulis pada 24 April 1915 (1 Jamadilakhir 1333 H.). Buku ini hanya dicetak dan diterbitkan  pada 12 Mei 1928 (20 Zulkaedah 1346 H.) oleh Maktabah Wa-Matbaah al-Ahmadiah, Singapura. Buku ini mengandungi 35 halaman dan menggunakan tulisan Jawi.

BAHASAKarya
MOHD. IDRIS AL-MARBAWI

MOHD. IDRIS AL-MARBAWI (1893-1989), pemikir dan ulama Islam, terutamanya di Mesir dan Makkah. Dia lahir pada 28 Zulkaedah 1313 H. (1893) di Makkah. Nama sebenarnya ialah Syekh Mohd. Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi.Ketika berusia 10 tahun, Mohd. Idris al-Marbawi telah menghafaz 10 juzuk al-Qur’an, di samping beberapa buah kitab yang lain. Pada tahun 1913, dia telah kembali ke tanah air bersama-sama keluarganya.

BAHASATokoh
SEKOLA MELAYU

SEKOLA MELAYU,  akhbar mingguan Melayu yang terbit di Singapura.  Sekola Melayu mula diterbitkan pada 1 Ogos 1888 (22 Zulkaedah 1305 H.) pada setiap hari  Rabu dan terbit seminggu sekali. Akhbar ini mengandungi empat halaman dengan menggunakan tulisan Jawi dan dicetak dengan cap batu.  Akhbar ini mula dicetak di Arab Street dan kemudian berpindah ke Dalhousie Lane, Singapura.

BAHASAKitab

Kembali ke atas