apa perbezaan makna perkataan: 1) catit, catat 2) cencang, cincang 3) adalah, ialah | 1.catit sama makna dengan catat yang membawa maksud menulis atau merakamkan sesuatu. 2.cincang = sejenis tumbuhan, cungkil 3.cencang = tetak kecil-kecil atau halus dengan parang. 4.kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama manakala adalah hadir di hadapan frasa adjektif. | Tatabahasa | 31.07.2007 |
Saya keliru antara penggunaan catat dengan catit..yang mana betul dalam penggunaan ayat? | Ejaan yang betul ialah catat. | Ejaan | 24.04.2012 |
saya ingin mendapatkan panduan dari pihak tuan. Yang mana satu adalah benar? 1)catat atau catit? 2)....sepertimana yang tercatat ...atau .....sepertimana yang tercatit...? | Ejaan yang betul ialah catat dan tercatat. | Ejaan | 10.11.2011 |
apakah maksud mencatit? | Ejaan yang betul ialah catat. Mencatat membawa maksud menulis atau merakamkan sesuatu utk peringatan. | Ejaan | 12.07.2016 |
apakah perbezaan antara mencait dan mencatat | Perkataan yang betul ialah mencatat (catat). | Istilah | 04.07.2016 |
Apakah perkataan yang betul: Catatan atau Catitan. Adakan kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza?? | Ejaan yang betul ialah catat, catatan. Ejaan catitan tidak lagi diterima pakai. | Ejaan | 27.09.2012 |
Hi, i tak faham kenapa permohonan saya tidah lulus. kindly advise. thanks No permohonan : 93877/2022 Nota : Sila gunakan nama perniagaan yang telah didaftarkan dengan SSM (NJOTA SOLUTION. Jika telah berdaftar di MyIPO, catat no TM pada Maklumat tentang Iklan pada menu untuk makluman. | Untuk makluman tuan, hanya nama permis yang telah didaftarkan dengan SSM atau MyIPO sahaja dibenarkan (NJOTA SOLUTION) sebagai nama premis. Jika tuan ingin menggunakan nama yang lain, sila pilih dan gunakan nama dalam bahasa Melayu sepenuhnya dengan baik dan betul. Sekiranya mahu dikekalkan nama yang sedia ada, sila daftarkan dahulu "COFFEE HOUSE" dengan MyIPO dan maklumkan nombor surat/sijil tersebut dalam sistem permohonan untuk makluman pegawai penyemak. Harap maklum. | Lain-lain | 23.09.2022 |
Salam. Saya ingin mengajukan soalan. Kenapa ya ejaan bumiputera betul tetapi bumiputra salah? Kenapa ejaan nanas betul sedangkan kita sering mendengar ejaan nenas dalam pertuturan harian? Boleh saya tahu adakah catit merupakan sistem ejaan lama dan catat merupakan ejaan yang terkini? Sekian. terima kasih. | Untuk makluman puan, antara kaedah peminjaman kata daripada bahasa asing adalah dengan menyerap masuk kata tersebut dan disesuaikan ejaannya mengikut sistem ejaan dan sebutan bahasa Melayu. Sistem ejaan Rumi yang digunakan sekarang ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Puan boleh merujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, penyusun Encik Ismail Dahaman, terbitan DBP. Buku ini menghuraikan secara terperinci tentang pengenalan sistem ejaan bahasa Melayu pada Bahagian Satu Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Bahasa Melayu mempunyai sistem bahasa mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam urusan rasmi. | Tatabahasa | 20.07.2021 |
Salam. Saya ingin bertanya, kenapa ejaan perabot adalah perabot bukannya perabut? Kenapa ejaan tose bukannya tosai? Kenapa ejaan telefon bukannya talipon? Kenapa ejaan bumiputra bukannya bumiputra? Kenapa ejaan Insya-Allah ada sempang, bukannya Insyallah? Kenapa ejaan yang betul spageti bukannya spagheti? Kenapa ejaan stoking, bukannya stokin? Kenapa ejaan yang betul adalah catat, bukannya catit? Kenapa ejaan yang betul adalah maksimum bukannya maksima? Kenapa ejaan minimum adalah minimum, bukannya minima? Kenapa ejaan pelancaran digugurkan huruf ‘r’ perlancaran? Kenapa ejaan yang betul adalah cap, bukannya cop? Sekian terima kasih. | Sistem ejaan Rumi yang digunakan sekarang ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Puan boleh merujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, penyusun Encik Ismail Dahaman, terbitan DBP. Buku ini menghuraikan secara terperinci tentang pengenalan sistem ejaan bahasa Melayu pada Bahagian Satu Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Perkataan yang betul ialah pelancaran hasil daripada kata kerja melancarkan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk maklumat lebih lanjut. | Tatabahasa | 16.07.2021 |
VISUAL IKLAN PREMIS BERIKUT BOLEH LULUS DALAM PERMOHONAN BAHARU LESEN PREMIS PERNIAGAAN DAN IKLAN? | Untuk mendapatkan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan/puan melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila rujuk panduan permohonan untuk memudahkan tuan/puan mendaftar permohonan iklan. Sila catat nombor pendaftaran iklan (contoh: 12345/2021) untuk rujukan. DBP hanya mengesahkan bahasa Melayu dalam visaul iklan sahaja manakala lesen perniagaan perlu dimohon melalui PBT yang berkenaan. Mohon maaf lampiran tidak dapat dibuka. | Lain-lain | 20.02.2021 |