Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ia.lah] | اياله

Definisi : 1. kata penghubung yg menerangkan kata atau ayat yg di depan; 2. kata penghubung yg mendahului ayat yg menyatakan sebab (terjadinya sesuatu dll): punca kemalangan itu ~ kecuaian; 3. kata yg menjadi pemerihal atau perangkai antara subjek dgn frasa utama bagi predikat sesuatu ayat: jumlah kematian yg disahkan ~ 22 orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ia.lah] | اياله

Definisi : kata yg digunakan utk menegaskan sesuatu pernyataan, mendahului penyebab atau keterangan dll: Orang yg dituduh itu ~ perempuan. Punca kemalangan itu ~ kecuaian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ia2 (kata nama)
Bersinonim dengan ya, betul, benar, sah;,
Kata Terbitan : seia sekata, beria-ia, mengiakan, pengiaan, ialah, iaitu,

Peribahasa

Siapa makan cabai (= lada),
     ialah berasa pedas (= kepedasan).

Bermaksud :

Yang merasa tersindir, dialah yang berbuat pekerjaan yang disindirkan itu; yang berbuat salah akan merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Siapa luka siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh).

 

Lihat selanjutnya...(20)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Tuan, Apakah jawapan yang tepat bagisoalan yang berikut: Datuk Sheikh Muzhapar ___________ rakyat Malaysia yang amat dikagumi kerana beliau __________ angkasawan Malaysia yang pertama. ialah...ialah @ adalah...ialah Sekian, terima kasih.
Datuk Sheikh Muzhapar ialah rakyat Malaysia yang amat dikagumi kerana beliau ialah angkasawan Malaysia yang pertama.
Tatabahasa17.05.2013
Salam, saya ingin bertanyakan kata pemeri. Apakah kata pemeri yang sesuai untuk ayat ini? Kisah yang dipamerkan di kaca televisyen itu _________ rekaan semata-mata. Terima kasih.Kata pemeri yang tepat ialah "ialah".

Kisah yang dipamerkan di kaca televisyen itu ialah rekaan semata-mata.
Tatabahasa13.09.2013
1. Hutan ialah tempat haiwan tinggal. 2. Hutan ialah tempat tinggal haiwan. Pls kindly help to adv which is the correct. Thank youAyat yang betul ialah "Hutan ialah tempat tinggal haiwan."Tatabahasa02.10.2013
Bagaimanakah cara hendak menggunakan perkataan adalah dengan ialah?Ialah dan adalah tergolong dalam kata pemeri. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya.Tatabahasa22.04.2013
... 'Malaysia Boleh!', adalah/ ialah ungkapan oleh ...Ialah dan adalah tergolong dalam kata pemeri. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Contohnya, "Malaysia Boleh" ialah slogan yang dipopularkan oleh kerajaan Malaysia.Tatabahasa07.05.2013
1)... alam sekitar ialah/adalah alam di sekeliling kita ... 2)... alam sekitar ialah/adalah anugerah Tuhan kepada kita ...1)... alam sekitar ialah/adalah alam di sekeliling kita ... 2)... alam sekitar ialah/adalah anugerah Tuhan kepada kita ...

Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah  menunjukkan huraian hadir di hadapan frasa adjektof dan frasa sendi nama.
Ayat yang betul; ...alam sekitar ialah alam di sekeliling kita...; dan
...alam sekitar ialah anugerah Tuhan kepada kita....
Tatabahasa10.05.2013
yang manakah betul? pecutan adalah suatu kuantiti vektor atau pecutan ialah suatu kuantiti vektor. terima kasih.Frasa yang betul ialah "Pecutan ialah suatu kuantiti vector..."Tatabahasa10.07.2013
Minta penjelasan DBP berhubung ketepatan penggunaan di antara perkataan "ialah" dan "adalah". Contohnya: Penggunaan yang mana lebih tepat, Perniagaan anda ialah keutamaan kami. ATAU Perniagaan anda adalah keutamaan kami. Sekian, terima kasih.Ayat yang betul ialah  "Perniagaan anda ialah keutamaan kami." Untuk makluman, kata pemeri ialah hanya digunakan di hadapan perkataan atau rangkai kata yang berupa kata nama atau frasa nama. Kata pemeri adalah pula hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama seperti (untuk, pada, dalam, dll) dan kata adjektif sahaja.Tatabahasa27.09.2013
Salam sejahtera, apakah perbezaan antara ialah, adalah dan merupakan ? Terima kasih.

Menurut tatabahasa bahasa Melayu kata pemeri hanya dua iaitu "adalah" dan "ialah". Perkataan "merupakan" ialah kata kerja dan bukan kata pemeri. Dalam penggunaannya kata pemeri tidak boleh diikuti dengan kata kerja.  Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya.

Makna perkataan merupakan adalah seperti yang berikut :  1. membentuk (membuat, men­­jadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi, membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4. ki me­lambangkan, melukiskan, meng­gambar­kan: Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yang dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yang ~ fikiran yang dibuat daripada satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya seperti (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung Ledang ~ dirinya seperti perempuan tua; ia dapat ~ dirinya seperti harimau; b) ber­lagak (berlaku dll) sebagai: dengan ~ dirinya sebagai se­orang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu;

Tatabahasa24.04.2013
Tuan.... yang mana satu betul.. 1. Saya menunaikan permintaannya kerana esok adalah hari jadinya . atau... 2.Saya menunaikan permintaannya kerana esok ialah hari jadinya . Penggunaan ialah atau adalah yang betul... TQAyat yang betul ialah ayat no. 2. Saya menunaikan permintaannya kerana esok ialah hari jadinya . Tatabahasa05.09.2013
12345678910...

Kembali ke atas