| Rakyat Masih Keliru, Pada 4 Jun 2007, Kabinet membuat keputusan untuk menukarkan penggunaan 'Bahasa Melayu' kepada 'Bahasa Malaysia' untuk menanam semangat perpaduan. Pada 5 Nov 2007 Menteri Penerangan Malaysia menegaskan lagi bahawa penggunaan istilah baru 'Bahasa Malaysia' adalah muktamad. Namun begitu hingga kini didalam Perlembagaan Malaysia Artikel 152 masih belum dipinda dan ditukar. | Selagi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu. | Lain-lain | 06.02.2010 |
| Dalam hal ini,tidak dapat dinafikan bahawa,anak-anaknya kerap membeli barangan yang tidak berguna dan ketandusan mendapat kecantikkan barang kepada diri sendiri.Bertitik tolak daripada hal itu,mereka menanam tabiat buruk untuk membeli barangan yang tidak berguna di pusat atau di pasaran.Menurut kadar bilangan rakyat Malaysia membuang sampah semakin serius,kerajaan seharusnya merancang pelan dengan sebaik mungkin untuk mencegah masalah atau rintangan ini dalam keadaan berlaku di negara kita.Sebagai analoginya,pihak sekolah sememangnya mengadakan aktiviti cara menabung wang untuk menggelakkan kita menanggung beban berat atas perbelanjaan keperluan barangan.Anak-anak mereka perlulah menerima atau menganjurkan aktiviti dengan semangat yang lebih aktif untuk belajar menguruskan wang.Apakah kepentingan amalan menabung dalam kehidupan seharian?Ironinya,tidak dapat dinafikan bahawa kita dapat menyelesaikan masalah buruk diri sendiri tanpa bergantung pada diri sendiri menarik rambut dalam tepung ,rambut jangan terputus,tepung jangan berselerak. Bolehkah Tuan /Puan memberikan bantuan.Saya nak tahu akan semua ayat ada kesalahan tatabahasa atau kesalahan istilah tak?Jika ada,bolehkah membetulkan kesalahan yang saya buat.Terima kasih | Puan Catherine, semakan yang diminta termasuk dalam semakan dokumen. Untuk makluman pihak puan, DBP ada menyediakan semakan dokumen bahasa Melayu dengan kadar RM8 satu muka surat (saiz huruf 12; Arial/Times New Roman; langkau 2 baris). Sila e-melkan dokumen tuan kepada fadhilah@dbp.gov.my untuk sebut harga dan maklumat lanjut. Terima kasih. | Lain-lain | 27.01.2021 |