menjalani mengalami, melalui: dia telah ~ satu pembedahan; tuan, terima kasih saya ucapkan dahulu kepada pertolongan tuan. saya masih tidak faham tentang jawaban antara menjalani dan manjalankan. Doktor itu menjalankan pemindahan buah pinggan terhadap pesakit itu.( menurut kamus, menjalani mengalami, melalui: dia telah ~ satu pembedahan;) maka, adakah menjalani lebih sesuai dalam konteks ini? TQ | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, menjalankan bermaksud 1. mengusahakan (membuat) supaya berjalan (kereta, kereta api, mesin, perniagaan dan lain-lain). Contoh ayat: (a) Dia cuba menjalankan kereta itu tetapi tidak berjaya. (b) Setelah ayahnya meninggal dunia, Alilah yang menjalankan perniagaan itu. 2. mengerjakan (tugas dan lain-lain), melaksanakan. Contoh ayat: Pak Leman tidak berasa susah untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang penarik beca. Menjalani pula bermaksud mengalami atau melalui.Contoh ayat: Dia telah menjalani satu pembedahan. Dalam konteks ayat yang diberikan, doktor itu telah melaksanakan pembedahan terhadap pesakit. Oleh itu, perkataan yang sesuai ialah menjalankan. Dalam ayat seterusnya, dia (orang tersebut ) yang dibedah atau yang mengalami pembedahan, dan bukan dia yang melaksanakan pembedahan. Oleh itu, perkataan yang betul ialah menjalani. | Makna | 19.01.2012 |
menjalani , menjalankan | menjalani- mengalami/melalui menjalankan-mengusahakan supaya berjalan/membuat | Makna | 25.01.2011 |
penggunaan dari dan daripada: soalan : pulang dari menjalani latihan atau pulang daripada menjalani latihan, terima kasih. | dari untuk tempat atau masa (dari KL, dari pukul 3.50ptg.) daripada untuk (selain masa dan tempat). pulang daripada menjalani latihan. | Tatabahasa | 03.09.2012 |
menjalankan dengan menjalani apakah perbezaannya | Merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, pada dasarnya sukar ditentukan makna khusus apitan men...i, selain membentuk kata kerja transitif dan mendukung makna asas yang terkandung dalam kata dasar. Apabila dibandingkan penggunaan apitan men..kan dengan men..i, fungsinya dapat dibahagikan kepada tiga. Antaranya fungsi apitan men..kan menandakan kausatif, manakala apitan men..i menandakan lokatif. 2. Bagi kata kerja tertentu, perbezaan penggunaan apitan men...kan dan men i adalah dari segi jenis objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan men..kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan men...i menerima objek yang bernyawa. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, muka surat 205-207. | Tatabahasa | 05.09.2008 |
adakah kolokasi "menjalani gaya hidup sihat" betul? | Kolokasi dalam ayat "Menjalani gaya hidup sihat.", betul. | Tatabahasa | 27.05.2019 |
selamat sejahtera. 1. menjalankan latihan dan menjalani latihan yang mana betul? terima kasih. | Frasa yang betul ialah menjalani latihan. | Tatabahasa | 17.07.2012 |
Salam, Terima kasih atas maklum balas pihak tuan. Saya ingin minta jelaskan sama ada mempelai itu hanya merujuk kepada pasangan lelaki dan perempuan yang sedang menjalani istiadat perkahwinan atau ia merujuk kepada lelaki yang sedang menjalani istiadat itu sahaja? | Mempelai ialah orang yang sedang menjalani istiadat perkahwinan, sama ada lelaki atau perempuan bergantung pada konteks ayat. Contohnya, jika disebut mempelai lelaki khusus kepada lelaki. | Makna | 15.02.2016 |
Kesalahan bahasa dalam ayat berikut: Saya tidak dapat menjalani latihan pada petang semalam sebab keadaan padang yang becak. | Ayat yang lebih tepat ialah "Saya tidak dapat menjalani latihan pada petang semalam kerana keadaan padang yang becak." | Tatabahasa | 12.06.2013 |
1. Secawan kopi saya pesan sementara secawan teh dipesan oleh kakak. Adakah penggunaan 'sementara' di atas betul ? 2. Kita perlu menjalani tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita dengan sempurna. Adakah perkataan 'menjalani' di atas betul ? | 1. Penggunaan sementara dan ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang gramatis, saya memesan secawan kopi sementara itu kakak memesan secawan teh. 2. Perkataan menjalani bermaksud mengalami tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Perkataan yang betul ialah menjalankan. | Tatabahasa | 25.09.2012 |
Yang manakah betul? Murid-murid menjalani aktiviti yang berfaedah ( dalam, pada ) percutian sekolah. | Ayat yang gramatis adalah seperti yang berikut: Murid-murid menjalani aktiviti yang berfaedah pada musim cuti sekolah. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.06.2017 |