1.Di pasaran atau dalam pasaran? 2.Saya tertarik oleh keindahan Pulau Tioman atau saya tertarik dengan Pulau Tioman? 3.Banyak pelajar tidak hadir atau ramai pelajar tidak hadir | 1. Dalam pasaran. 2. Saya tertarik dengan keindahan Pulau Tioman. 3. Kedua-dua boleh digunakan. | Tatabahasa | 09.08.2008 |
"Selain untuk pasaran tempatan, mangga Harum Manis ini juga dieksport ke luar negara," kata pengurus ladang itu. Betulkah ayat ini? | Penggunaan tatabahasa dalam ayat betul. | Tatabahasa | 29.04.2013 |
Bagaimanakah cara menentukan sama ada kita perlu menggunakan tanda koma atau noktah pada dialog? Contohnya dialog seperti di bawah: "Kita dapat membantu meluaskan pasaran," Zaim menyampuk membenarkan kenyataan Wafiq. | Ejaan yang betul: "Kita dapat membantu meluaskan pasaran," Zaim menyampuk membenarkan kenyataan Wafiq. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Gaya Dewan, halaman 76. | Ejaan | 11.10.2011 |
Slmt ptg, tumpang tanya ye, bolehkah saya mendapatkan buku teks tahun 1 2011 dalam pasaran? Sdh lama tunggu, tapi buku -buku teks masih belum sampai kat sekolah lagi. Sekian, terima kasih. | Bagi buku teks terbitan DBP, sebahagian besar buku teks tahun 1 kegunaan mulai tahun 2011 telah diedarkan ke sekolah-sekolah. Buku teks ini akan berada di pasaran terbuka mulai pertengahan bulan November. | Lain-lain | 01.11.2010 |
langkah-langkah meningkatkan pasaran hasil pertanian di negara kita | Sila rujuk bahan ini : 1.Agenda memajukan pertanian secara komersial (diwawancara oleh AhmadYani Abd. Manaf) Sulaiman Haji Daud Dewan Masyarakat 01/03/1998. 2. Cabaran sektor pertanian untuk meningkatkan produktiviti oleh Noorkhairil Huda Mohd. Ali Dewan Ekonomi 01/09/1997. 4. Masa depan sektor pertanian. Mohamed Diah Isa Dewan Kosmik 01/04/1995. 5. Memajukan pertanian adalah tanggungjawab semua oleh Lee Lam Thye Dewan Masyarakat 01/03/1998. 6. Memajukan sektor pertanian Dewan Masyarakat 01/10/2005. 7. Menggiatkan semula pertanian Fadzilah Aziz Dewan Masyarakat 01/02/1998. 8.Peranan pengurusan sumber manusia dalam menjayakan Dasar Pertanian Negara Alias B. A oleh Dewan Masyarakat 01/10/1996. 10. Pertanian negara : masalah dan masa depannya oleh Shamsul Amri Baharuddin Dewan Masyarakat 01/06/1988. 12. Usaha meningkatkan produk pertanian oleh Hamidi Said Dewan Masyarakat 01/01/1998. | Lain-lain | 23.07.2007 |
apa kah padanan untuk perkataan "market rally" dalam bahasa melayu | Istilah "market rally" belum ada lagi padanannya dalam bahasa Melayu. Namun, kami mencadangkan padanan yang sesuai ialah "pengukuhan pasaran" yang merujuk suatu keadaan orang ramai yang berminat membeli sesuatu saham yang pada mulanya jatuh di pasaran. | Istilah | 09.06.2009 |
Kursus Business Intelligence bolehkah kita tafsirkan sebagai kursus Pakar Perniagaan? Apakah pendapat tuan? Terima kasih | Untuk makluman, istilah "business intelligence' tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "market intelligence" yang padanan bahasa Melayunya ialah perisikan pasaran. Oleh itu, cadangan istilah bahasa Melayu untuk "business intelligence" ialah perisikan pasaran dan kursus tersebut boleh diterjemahkan sebagai Kursus Perisikan Pasaran. | Istilah | 12.09.2012 |
Terdapat buku rujukan penjodoh bilangan di pasaran. Dalam buku tersebut mereka menggunakan 'sebilah jarum' tetapi selama ini, kami telah didedahkan bahawa kami harus menggunakan 'sepucuk jarum'. Jadi apakah penjodoh bilangan yg sesuai bagi 'jarum'? terima kasih | Penjodoh bilangan untuk jarum ialah sebatang. | Tatabahasa | 28.06.2011 |
graduan dalam negara lebih berkualiti dalam memenuhi pasaran kerja..? ini adalah kehendak soalan karangan perbahasan. saya tidak memahami apakah kehendak soalan ini.. | Untuk pertanyaan ini, seelok-eloknya, saudara bertanya kepada guru saudara sekiranya saudara tidak faham atau tidak jelas dengan sesuatu perkara berkaitan dengan tugasan yang diberikan. Kemungkinan tajuk perbahasan ini berkaitan dengan perbandingan kualiti antara seorang siswazah yang berkelulusan daripada universiti dalam negara dengan siswazah yang berkelulusan daripada universiti luar negara. | Lain-lain | 22.02.2009 |
Salam! Saya berminat untuk menjadi Penerbit Kecil dan mengharapkan tunjuk ajar dari pihak DBP. Bagaimana harus saya bermula? Modal yang diperlukan? Bidang penulisan yang menepati pasaran semasa? Dan lain-lain khidmat nasihat yang perlu saya perolehi? Sekian, terima kasih. | Salam! Saya berminat untuk menjadi Penerbit Kecil dan mengharapkan tunjuk ajar dari pihak DBP. Bagaimana harus saya bermula? Modal yang diperlukan? Bidang penulisan yang menepati pasaran semasa? Dan lain-lain khidmat nasihat yang perlu saya perolehi? Sekian, terima kasih. Tuan perlu memahami apa itu penerbitan. Penerbitan terbahagi kepada penerbitan buku, Majalah, Kamus dan lain-lain. Kemudian apabila mengaetahui selok belok penerbitan baharulah tuan menubuhkan syarikat penerbit. Mendapatkan maklumat jumlah modal yang perlu kerana syarikat yang ditubuhkan perlukan a) modal pusingan b) kakitangan c) pejabat dan d) overhed (talian telefon, api, air ,sewa, promosi dan pengangkutan). Membuat perancangan penerbitan seperti membuat perolehan manuskrip (mencari penulis yang boleh menulis skrip) menentukan bidang buku yang hendak diterbitkan dan buku peringkat apa yang hendak diterbitkan sama ada peringkat kanak-kanak, remaja atau dewasa. Juga peringkat pengajian tinggi (Buku Ilmiah) atau buku fiksyen seperti novel dan cerpen atau buku rujukan seperti ensiklopedia. Untuk mendapatkan ilmu penerbitan perlu dicari dan banyak berbincang dengan rakan penerbit. | Lain-lain | 23.07.2009 |