Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.bo.lo/] | تمبولوق

Definisi : 1. kantung tempat menyimpan makanan pd leher burung (ayam dll): kelihat­an padi berhamburan di tanah dr ayam tedung, kerana ~nya belah kena taji ayam kurik; 2. bk perut; asal berisi ~ senang hati prb apabila sudah cukup makan dan pakaian, senanglah hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.bo.lo/] | تمبولوق

Definisi : kantung makanan pd leher binatang spt ayam, burung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tembolok