Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.rang.kat]/[ber.ang.kat] | براڠکت

Definisi : 1. mula meninggalkan sesuatu tempat utk pergi ke tempat lain, bertolak: rombongan itu akan ~ ke Pulau Pinang; 2. mulai menjadi (besar, dewasa, dll): anak itu sudah ~ dewasa; orang yg ~ hamil sering didatangi perasaan yg aneh-aneh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.rang.kat]/[ber.ang.kat] | براڠکت

Definisi : mula berjalan; bertolak: Bakal-bakal haji telah ~ ke Mekah dr Lapangan Terbang Subang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berangkat

Puisi
 

Air pasang berangkat ke hulu,
     Datanglah ubi hanyut melintang;
Kalau kukenang masa yang lalu,
     Makan kelubi serasa pinang.


Lihat selanjutnya...(6)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SULTAN ABDUL KADIR KAMARUDDIN

SULTAN ABDUL KADIR KAMARUDDIN ( ? – 1933), Raja Patani (1898 – 1902).  Baginda menggantikan ayahandanya, Sultan Sulaiman Sarifuddin yang mangkat pada tahun 1898.  Setelah sebulan dilantik sebagai Raja Patani, Sultan Abdul Kadir ke Bangkok untuk mendapat pengiktirafan daripada Raja Chulalongkorn, Raja Siam, tetapi gagal.  Sultan Abdul Kadir berangkat ke Singapura untuk menemui Gabenor Negeri-negeri Selat dan Pesuruhjaya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Sir Frank Swettenham, bagi mendapat sokongan British untuk membebaskan Patani dari Siam.  Usaha baginda gagal kerana British tidak mahu memburukkan hubungan antara kerajaan British dengan kerajaan Siam.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUN FATIMAHTUN FATIMAH ( ? - ?), raja perempuan Melaka.  Dia ialah anak Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir.  Dia digambarkan sebagai gadis yang sangat cantik.  Mengikut Sejarah Melayu, kecantikan Tun Fatimah seperti “... laut madu, bercahaya-cahaya, berkilat, seperti bulan purnama ketika cuaca”.  Tun Fatimah berkahwin dengan Tun Ali, anak Seri Nara Diraja Tun Tahir.  Sultan Mahmud yang berangkat menghadiri majlis perkahwinan Tun Fatimah jatuh hati kepadanya dan mendendami Bendahara Tun Mutahir kerana tidak memberitahu baginda yang dia mempunyai anak perempuan yang cantik.  Hasil perkahwinan tersebut, Tun Fatimah dikurniakan cahaya mata dan diberi nama Tun Terang.  SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN BADLISHAHKapsyen          :           Sultan Badlishah

 

SULTAN BADLISHAH (1894-1958), Sultan Kedah yang ke-27 (1943-1958). Baginda diputerakan pada 17 Mac 1894, di Alor Setar, Kedah. Baginda adalah putera Sultan Abdul Hamid dengan bondanya Tunku Sofiah Tunku Mahmud. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jalan Baharu, Alor Setar. Kemudian, baginda melanjutkan pelajaran di Sekolah Diraja, di Bangkok, Thailand. Pada tahun 1912, baginda berangkat ke England untuk melanjutkan pelajaran di Wadham College, Oxford dalam bidang ekonomi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas