| EMOSI | Emosi selalu dikatakan sebagai perasaan  tentang sesuatu atau reaksi sesuatu kejadian  atau pemikiran. Ada emosi yang menyeronokkan  dan ada emosi yang tidak menyenangkan.  | UMUM |   | 
			
				| MARAH | Marah lihat Emosi.   | UMUM |   | 
			
				| ANOREKSIA NERVOSA | Anoreksia nervosa ialah penyakit emosi yang membuatkan pesakit enggan makan. Penyakit ini biasanya dialami oleh gadis remaja dan wanita muda. Perkataan  anoreksia  bermakna  tiada selera  , walaupun penghidap anoreksia sentiasa dalam keadaan sangat lapar. Mereka enggan makan disebabkan oleh alasan psikologi. Sesetengah penghidap anoreksia mengalami perasaan ketagihan makanan, yang disebut  bulimia  . Dalam keadaan begini mereka akan makan dengan begitu banyak, kemudian mereka memaksa diri supaya memuntah keluar apa yang dimakan. Lihat Bulimia.  | UMUM |   | 
			
				| PSIKOTERAPI | Psikoterapi ialah sebarang rawatan gangguan mental atau gangguan emosi dengan maksud psikologikal. Kebiasaannya psikoterapi adalah berasaskan pada perbincangan antara ahli terapi dengan seorang ataupun lebih pesakit.  | UMUM |   | 
			
				| THOMPSON, FRANCIS | Thompson, Francis (1859–1907) ialah penyair Inggeris. Dia menghasilkan puisi penuh emosi yang menggambarkan kepercayaannya yang mendalam terhadap Roman Katolik. “  The Hound of   Heaven  ” (1893) ialah karyanya yang paling terkenal. Puisi tersebut menggambarkan Jesus Christ sebagai pemburu yang baik hati yang mendalami dan akhirnya menghayati jiwa penyair yang terawang-awang.  | UMUM |   | 
			
				| MESKALINA | Meskalina ialah sejenis dadah kuat yang boleh mengubah apa yang dilihat dan didengar serta meningkatkan emosi seseorang. Dadah ini diperoleh daripada bahagian atas atau ‘butang’ pokok kaktus peyote, yang banyak tumbuh di kawasan Mexico dan Tenggara Amerika Syarikat. Native American Church yang mempunyai ahli daripada kalangan Orang Asli Amerika, menggunakan peyote dalam upacara suci keagamaan. Di Amerika Syarikat, Undang-undang Persekutuan mengharamkan pemilikan atau penggunaan dadah ini kecuali untuk tujuan keagamaan itu sahaja.  | UMUM |   | 
			
				| KATAPLEKSI | Katapleksi ialah satu keadaan yang melibatkan  kehilangan sementara keadaan normal otot secara  tiba-tiba. Ia selalunya disebabkan oleh keadaan  emosi yang keterlaluan terutamanya ketawa,  marah, dan keterujaan. Serangan katapleksi ini  berbeza kadar dan lamanya. Serangan yang  sederhana boleh menyebabkan lemah pada lutut,  atau rahang ternganga, atau kepala terlentok.  | UMUM |   | 
			
				| ROSTROPOVICH, MSTISLAV LEOPOLDOVICH | Rostropovich, Mstislav Leopoldovich (1927– ) ialah pemain celo terhandal di dunia. Dia juga merupakan seorang pemimpin yang unggul. Sebagai pemain celo, dia menonjolkan emosi dan imaginasi melalui kepelbagaian ton dalam iramanya. Ramai penggubah lagu telah bekerjasama dengannya. Antaranya Sergei Prokofeiv, Dimitri Shostakovich, dan Aram Khachaturian dari Kesatuan Soviet, serta Benjamin Britten dari United Kingdom.  | UMUM |   | 
			
				| REVIVALISME | Revivalisme merupakan pendekatan terhadap agama yang menekankan pengalaman keagamaan seseorang dan bukan doktrin. Ia sering kali dikaitkan dengan ceramah yang bersemangat dan penuh emosi.  | UMUM |   | 
			
				| KATARSIS | Katarsis ialah satu istilah yang digunakan oleh  pakar psikiatri dan ahli psikoanalisis untuk  menerangkan cara bagaimana psikoterapi  membantu seseorang itu melepaskan tekanan  emosi.   | UMUM |   |