LEGEH BESAR | | UMUM | |
LEGEH BENUA | | UMUM | |
LEGEH | | UMUM | |
REMAN | REMAN, salah sebuah negeri di bawah Kesultanan Pahang. Antara tahun 1816 hingga tahun 1902, Kesultanan Patani berada di bawah naungan kerajaan Siam. Pada masa itu, Kesultanan Patani mempunyai tujuh buah negeri kecil, iaitu Legeh, Patani, Reman, Saiburi, Yala, Yaring dan Nongchik. Reman mempunyai keluasan lebih daripada 4 000 batu persegi. Negeri ini bersempadan dengan Patani, Saiburi (Teluban) dan Yaring di sebelah utara; Kedah, Kelantan dan Perak di sebelah selatan; Legeh di sebelah timur; dan Kedah dan Yala di sebelah barat. Kota Baru ialah ibu kota Reman yang menjadi pusat kegiatan politik dan ekonomi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
NONGCHIK | NONGCHIK, salah sebuah negeri di bawah Kesultanan Patani. Antara tahun 1816 hingga tahun 1902, Kesultanan Patani berada di bawah naungan kerajaan Siam. Pada masa itu, Kesultanan Patani mempunyai tujuh buah negeri kecil, iaitu Legeh, Nongchik, Patani, Reman, Saiburi, Yala dan Yaring. Nongchik dianggap sebagai salah sebuah negeri yang terkecil. Kota Nongchik ialah ibu kota dan pusat pentadbiran dan kegiatan ekonomi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
TENGKU ABDUL MUTTALIB TENGKU ABDUL KADIR | TENGKU ABDUL MUTTALIB TENGKU ABDUL KADIR ( ? - 1919), Raja Negeri Teluban (kini Saiburi) yang terakhir. Nama penuh baginda ialah Tengku Abdul Muttalib bin Tengku Abdul Kadir bin Tengku Jalaluddin bin Nik Dah. Moyang baginda, Nik Dah, dilantik oleh Siam menjadi Raja Teluban yang pertama, tidak lama selepas Siam membahagi-bahagikan negeri Patani kepada tujuh negeri kecil pada tahun 1816, iaitu Patani, Jambu, Jalor (Yala), Nongchik, Legeh dan Reman. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |