| Kata tua kata bersendi, Sendinya Quran berserta sunah; Hina bangsa kerana keji, Keji berkawan gila memerintah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat | 
			
				| Orang beradat berhati tabah, Kepada Allah selalu tawakal; Membuang adat keji bertambah, Kerja menyalah laku pun bebal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat | 
			
				| Bagaimana kayu tidakkan mati, Bila dicabut sehingga patah; Bagaimana laku tidakkan keji, Bila menurutkan nafsu serakah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat | 
			
				| Siapa suka mendekati api, Lama-lama tentu terbakar; Siapa suka berbuat keji, Nama hina hidup terlantar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat | 
			
				| Padang lalang rumputnya tinggi, Siapa melapah tentunya miang; Orang peradang mulutnya keji, Suka berbantah memalukan orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat | 
			
				| Apabila ke hulu berjual padi, Ke hilir pula berjual pisang; Apabila selalu berbual keji, Akhirnya kepala dipenggal orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat | 
			
				| Tegak adat rakyat bahagia, Pemimpin terpuji muka belakang; Rosak adat rakyat teraniaya, Pemimpin keji bala pun datang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat | 
			
				| Kalau selalu menebas ladang, Tentulah padi di tanam subur; Kalau terlalu menindas orang, Tentulah keji di dalam kubur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat | 
			
				| Apabila menjala udang, Lama-lama ada rezeki; Apabila suka meradang, Ke mana saja kena keji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat | 
			
				| Apabila musang sudah merayau, Banyaklah ayam kan jadi korban; Apabila orang suka meracau, Akhlaknya karam keji kelakuan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |