Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 satu drpd lima kawasan (lingkungan) di permukaan bumi yg terbahagi mengikut garisan lintang dan suhu; kawasan: ~ panas; ~ sederhana. 2 kawasan atau daerah yg mempunyai sifat tertentu atau utk tujuan tertentu: ~ perang; ~ letak kereta bermeter. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1. salah satu drpd lima bahagian di permukaan bumi, terutamanya yg terbahagi mengikut garis lintang dan suhu, mintakat: ~ sederhana; ~ sejuk; ~ panas; 2. kawasan yg mempunyai sifat tertentu utk tujuan tertentu, daerah, mintakat: ~ pengaruh; ~ damai; letak harga mengikut ~; 3. lapisan atau kawasan batu-batan yg dicirikan dgn fosil, kecacatan struktur, dsb tertentu: ~ air tanih; ~ air ampai; 4. bahagian sfera di antara dua satah yg selari yg memintasi sfera; 5. kawasan atau daerah yg berada di bawah sekatan atau peraturan tertentu dsb: ~ letak kereta bermeter; ~ tentera; ~ perdagangan bebas (Eko) kawasan yg disediakan khas utk pembinaan kilang yg mengeluarkan barangan utk dieksport; mengezonkan membahagikan kpd zon; pengezonan perbuatan (tindakan, kerja) mengezonkan sesuatu kawasan dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Adakah anda bermaksud : zon

Tesaurus
 
zon (kata nama)
Bersinonim dengan kawasan, lingkungan, daerah, bahagian, jajahan, negeri, wilayah, mukim, tanah, alam, mandala, luak, luruh, mintakat, distrik.,


Majalah

Dewan Budaya » 2014 » March
Seorang Penyair • Nota Editor • Sekeliling Kita • Tradisi • Umum Home » 2014 » March 0 Comments JELAJAH PULAU BANGAU admin on March 1st, 2014 Oleh Lin Ying Xiamen merupakan satu daripada lima buah zon ekonomi khas di China. Kononnya, pada zaman purbakala, bandar ini menjadi tempat persinggahan bagi burung bangau. Oleh itu, Xiamen juga dikenal sebagai “Pulau Bangau”.Xiamen mungkin kurang dikenal oleh kebanyakan
Dewan Budaya » 2014 » February
bertentangan tentang pengertian sesuatu imej. Hasan Majid pelukis figuratif, memiuh-miuh wajah watak-wataknya menjadi karikatur pak sanggup di atas pentas. Sebaliknya, Mazlan Noor menyusun siri bulatan yang berada dalam zon masa yang jangkanya tidak diketahui. Bulatan tersebut bererti ketidaksudahan yang apabila diberikan tajuk-tajuk berunsur agama maka menjadi lebih ketara akan ketidaksudahannya itu. Satu titik permulaan melengkung mencari titik permulaan
Dewan Budaya » 2013 » November
bukannya nama sesebuah puncak. Di Gunung Arxan, terdapat 76 buah mata air panas dan keunikan ini jarang-jarang ditemui di tempat lain di dunia. Difahamkan bahawa pada pertengahan Era Senozoik, zon sesar terbentuk di kawasan pergunungan Arxan dan air bawah tanah menyerap ke dalam retakan batu. Melalui pemanasan geoterma dan mineral, maka terbentuklah mata air panas yang mengandungi pelbagai elemen mineral
Dewan Budaya » 2013 » August
risiko penyakit berbahaya, malahan mendapat tentangan yang hebat daripada ulama tempatan. Ketika kempen “Henti Merokok” sedang giat dijalankan di seluruh negara, ada pihak yang mewartakan di setengah-setengah kawasan sebagai zon larangan merokok, gejala menghisap shisha pula menghantui penduduk di negara ini.Kalau diperhatikan, penjualan shisha semakin mendapat tempat di kawasan bandar dan pekan besar. Komponen tembakau yang terdapat dalam shisha
Dewan Budaya » 2013 » September
asal usul sejarah bahkan pengiktirafan pada kebudayaan asal penduduk negara ini. Ilusi manusia yang berumur setengah abad terhadap dirinya yang berasa sentiasa benar menghanyutkan bahtera negara yang sentiasa berada dalam zon selesa hingga hampir karam kehilangan kuasa pentadbiran.Hal inilah yang harus diakui secara jujur bahawa berpunca daripada kemelut kuasa dengan kemudi bangsa sebagai tonggak kapal keharmonian negara ini bakal hancur

Kembali ke atas