Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 satu drpd lima kawasan (lingkungan) di permukaan bumi yg terbahagi mengikut garisan lintang dan suhu; kawasan: ~ panas; ~ sederhana. 2 kawasan atau daerah yg mempunyai sifat tertentu atau utk tujuan tertentu: ~ perang; ~ letak kereta bermeter. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1. salah satu drpd lima bahagian di permukaan bumi, terutamanya yg terbahagi mengikut garis lintang dan suhu, mintakat: ~ sederhana; ~ sejuk; ~ panas; 2. kawasan yg mempunyai sifat tertentu utk tujuan tertentu, daerah, mintakat: ~ pengaruh; ~ damai; letak harga mengikut ~; 3. lapisan atau kawasan batu-batan yg dicirikan dgn fosil, kecacatan struktur, dsb tertentu: ~ air tanih; ~ air ampai; 4. bahagian sfera di antara dua satah yg selari yg memintasi sfera; 5. kawasan atau daerah yg berada di bawah sekatan atau peraturan tertentu dsb: ~ letak kereta bermeter; ~ tentera; ~ perdagangan bebas (Eko) kawasan yg disediakan khas utk pembinaan kilang yg mengeluarkan barangan utk dieksport; mengezonkan membahagikan kpd zon; pengezonan perbuatan (tindakan, kerja) mengezonkan sesuatu kawasan dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Adakah anda bermaksud : zon

Tesaurus
 
zon (kata nama)
Bersinonim dengan kawasan, lingkungan, daerah, bahagian, jajahan, negeri, wilayah, mukim, tanah, alam, mandala, luak, luruh, mintakat, distrik.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
production packersimpai pengeluaranKejuruteraanPetroleumSimpai untuk menutup rapat-rapat ruangan di antara tetiub dengan selongsong semasa proses pengeluaran dan boleh digunakan sebagai pemisah di antara zon-zon produktif dengan zon-zon yang tidak produktif. Rujuk : simpai.
histogen theoryteori histogenBotaniTiadaKonsep organisasi dan pertumbuhan meristem apeks yang terdiri daripada tiga zon, iaitu zon dermatogen, zon periblem dan zon prerom. Zon dermatogen akan membentuk epidermis, zon periblem membentuk korteks dan zon prolem pula membentuk tisu vaskular primer dan empulur. Bilangan lapisan sel yang terdapat dalam setiap zon adalah berbeza berdasarkan spesies dan kultivar dalam sesuatu spesies. Teori ini telah digantikan dengan teori tunika-korpus.
trip distributionedaran perjalananKesenianTiadaBilangan edaran perjalanan dari satu zon lalu lintas ke zon-zon lain.
glandular stomachperut berkelenjarVeterinarPraklinikalPerut yang terbahagi kepada tiga zon; iaitu zon kardium; zon fundus dan zon pilorus berkelenjar. Contoh perut berkelenjar adalah yang terdapat pada perut kuda.
depth zonezon kedalamanGeologiTiada1. Zon di pelbagai kedalaman di dalam bumi yang menimbulkan fenomena metomorf yang berbeza-beza. 2. Satu dari empat persekitaran lautan; zon litoral, zon neritik, zon bati, dan zon abis.
desire linegarisan kehendakSosiologiTiadaGarisan yang dilukis antara pasangan zon trafik yang menunjukkan permintaan trafik antara zon-zon tersebut. Biasanya lebar garisan berpadanan dengan nilai isi padu trafik berkenaan.
desire linegarisan kehendakKejuruteraan AutomotifTiadaGarisan yang dilukis antara pasangan zon trafik yang menunjukkan permintaan trafik antara zon-zon tersebut. Biasanya lebar garisan berpadanan dengan nilai isi padu trafik berkenaan.
zone of annuluszon anulusKejuruteraanPetroleumZon di sekitar lubang gerudi pada bahagian formasi yang wujud antara zon yang terserbu oleh turasan lumpur dengan zon yang tak terganggu. Zon ini wujud secara sementara sahaja terutama pada masa formasi sedang atau baru sahaja digerudi. Jika formasi telah sedia kala mengandungi minyak, zon ini dicirikan oleh nilai keberintangan yang secara menonjol lebih rendah daripada nilai keberintangan yang sepatutnya, iaitu jika dibandingkan dengan nilai keberintangan zon yang terserbu atau zon yang tak terganggu. Dalam zon ini dianggap wujud persimpangan bendalir antara minyak, air formasi dan turasan lumpur. Apabila zon ini menghilang atau tidak lagi wujud, zon yang terserbu dengan zon yang tak terganggu akan bercantum.
subsurface abandonmentpeninggalan subpermukaanKejuruteraanPetroleumProses menyekat aliran bendalir dari dalam formasi daripada masuk ke dalam telaga. Dengan demikian, zon-zon pengeluaran terpisah dari permukaan. Proses penyekatan itu dilakukan dengan cara memasang penyumbat simen pada zon pengeluaran yang hendak diasingkan itu. isi padu simen yang diperlukan akan ditentukan oleh keadaan telaga berkenaan seperti panjang lubang terbuka, bendalir formasi yang ada dan ciri-ciri formasi tersebut. Rujuk : peninggalan telaga.
thermal climateiklim termaSainsHidrometeorologiIklim yang ditakrifkan oleh suhu dan dibahagikan berdasarkan wilayah menjadi zon-zon suhu.
12345678910...

Kembali ke atas