Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Baligh


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pubertybalighPsikologiPsikologi UmumPeringkat perkembangan psikobiologi individu yang membolehkan mereka menyempurnakan tingkah laku reproduksi kerana fungsi seksualnya telah matang. Peringkat ini juga menandakan bermulanya peringkat remaja. Pada peringkat baligh, ciri-ciri seksual individu berkembang sepenuhnya. Tanda baligh bagi kanak-kanak perempuan ialah bermulanya kitaran haid, manakala bagi kanak-kanak lelaki pula ialah pancutan mani yang biasanya berlaku semasa tidur. Sinonim puberti.
pubertypubertiPsikologiPsikologi UmumLihat baligh.
childhood schizophreniaskizofrenia kanak-kanakPerubatanTiadaSkizofrenia yang bermula sebelum baligh. Penyakit ini dicirikan dengan autisme, penyendirian dan tingkah laku yang luar biasa.
atretic folliclefolikel atresiaBiologiHistologi dan SitologiFolikel ovari yang tidak berkembang menjadi folikel dewasa dan musnah. Biasanya apabila wujud sebelum seseorang wanita itu baligh, folikel ini tidak akan meninggalkan apa-apa kesan, bekas atau parut.
thymustimusPerubatanTiadaStruktur yang menyerupai kelenjar yang bertempat di bahagian leher, di bawah kelenjar tiroid berdekatan dengan tulang rusuk kedua. Kelenjar ini berkembang sehingga baligh dan selepas itu mengatrofi. Kelanjar ini penting semasa awal hayat untuk perkembangan dan pematangan fungsi keimunan perantaraan sel. Kelenjar ini menghasilkan hormon yang menggalakkan limfosit untuk menjadi sel plasma.
thymustimusBiologiHistologi dan SitologiKelenjar eksokrin yang terdapat di bawah bahagian anterior leher atau yang mengelilingi jantung. Kelenjar ini akan berkembang sehingga ke peringkat maksimum pertumbuhannya, tetapi akan mengecut apabila manusia itu mencapai umur baligh, dan berfungsi mengawal gerak balas keimunan badan.

Kembali ke atas