Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Bluetooth


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah penterjemahan "bluetooth" dalam Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia?Istilah sasar bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris "Bluetooth" ialah Bluetooth.Istilah19.07.2018
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut dari bidang perhotelan" 1. drain sheet 2. duvet with cover 3. upscale 4. bluetooth-enabled Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. drain sheet - alas salir
2. duvet with cover - duvet dengan penutup
3. upscale - kelas tinggi
4. bluetooth-enabled - boleh guna Bluetooth

Istilah17.06.2016
Assalamualaikum. Saya sedang menterjemah tajuk yang membincangkan Kuasa Bluetooth. Saya mempunyai masalah menterjemahkan istilah 'piconet': Piconet' - a network that can connect up to eight active devices. Adakah istilah Bahasa Melayu bagi 'Piconet'?Untuk makluman, istilah "piconet' tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah rangkaian kawasan peribadi atau pikonet.Istilah17.03.2013
Assalamualaikum, Terjemahan sesuai bagi 1. Case/Casing telefon pintar 2. True Wireless Stereo(TWS), penerangan True wireless earbuds have no cord to keep each bud connected to each other. They rely on wireless technology such as Bluetooth to transmit audio from a hardware device. Terima kasihPadanan bahasa Melayu bagi istilah phone case/casing ialah selongsong telefon dan padanan istilah True Wireless Stereo (TWS) ialah stereo nirwayar sepenuhnya. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah13.12.2022

Kembali ke atas