Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; menghentak 1. memijak dgn kuat-kuat, merentak, menginjak (menumbuk dll) dgn keras: anak itu ~ lantai kerana tidak dapat wang; 2. menikam, menjolok, menu­suk, meradak (dgn lembing dll): anjingnya luka dihentak orang; 3. = menghentak-hentak berdenyut-denyut (hati dll): hatinya ~ menunggu keputusan peperiksaan; menghentakkan, menghentak-hentak­kan me­­mijakkan, menumbukkan, merentak­kan: ia ~ kasut tumit tingginya di atas lantai simen; ~ diri menjatuhkan diri; ~ kaki merentakkan kaki; hentakan hasil perbuatan menghentak atau menghentakkan: ia meninggalkan ruang itu dgn ~ kaki; penghentak alat pemadat tanah, antan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; menghentak merodok (menikam, meradak) sesuatu dgn lembing dll: Anjing itu mati dihentak orang. meng­hentakkan 1 menghempaskan (kaki dll) ke bawah kuat-kuat; merentakkan: Dia ~ kasutnya di atas lantai. Budak itu ~ kakinya ke lantai. 2 merodokkan atau menikamkan (sesuatu): ~ lembing. hentakan hasil menghentak atau menghentakkan: ~ kakinya terlalu kuat. penghentak alat utk memadatkan tanah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hentak
Kata Terbitan : menghentak, menghentakkan, hentakan,

Peribahasa

Dientak (hentak) alu luncung.

Bermaksud :

Dialahkan oleh orang yang bodoh. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ditembak petus tunggal). luncung = lancip tetapi tidak runcing di hujungnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)