Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris

kingdom

Definisi : n 1. territory ruled by king, kerajaan; 2. (of the natural world) alam, dunia: the animal ~, alam haiwan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)

Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Kingdom


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
International Court of Justice (ICJ)Mahkamah Pengadilan AntarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaMahkamah yang ditubuhkan pada tahun 1946 dan terdiri daripada 15 orang hakim yang dilantik oleh Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan PBB. Mahkamah ini merupakan sebahagian daripada PBB dan berfungsi sebagai badan pengadilan bagi negara yang terlibat dalam konflik tertentu dan bersetuju untuk diadili oleh badan ini. Mahkamah ini memutuskan sesuatu keputusan keadilan berdasarkan undang-undang antarabangsa. Di samping itu, badan ini juga memberi nasihat kepada institusi lain dalam PBB. Kes pertama yang pernah dirujuk kepada mahkamah ini ialah kes Terusan Corfu pada tahun 1946 yang melibatkan negara United Kingdom dan Albania. Dalam kes ini, mahkamah ini memutuskan United Kingdom telah melanggar kedaulatan Albania kerana membersihkan periuk api di terusan Corfu, yang dipercayai telah dipasang dengan pengetahuan Albania dan meletupkan dua kapal pemusnah milik United Kingdom semasa melayari terusan tersebut. Mahkamah ini juga menetapkan jumlah kerugian yang perlu dibayar oleh Albania kepada United Kingdom. Sino
I.E.EI.E.ETeknikElektrikSingkatan bagi Institution of Electrical Engineer, iaitu badan yang mengeluarkan peraturan untuk pemasangan kelengkapan elektrik pada bangunan. Badan ini berpusat di United Kingdom.
anggota tetappermanent memberUndang-undangUndang-undang AntarabangsaAhli dalam sesebuah pertubuhan yang dilantik secara kekal. Contohnya, anggota tetap dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terdiri daripada negara Amerika Syarikat, United Kingdom, Rusia, Perancis dan China. Selain anggota tetap, terdapat juga ahli-ahli dalam sesebuah pertubuhan yang tidak dilantik secara tetap dan dipilih dalam tempoh tertentu sahaja. Contohnya, terdapat sepuluh anggota tidak tetap dari negara-negara lain dalam Majlis Keselamatan PBB yang dipilih bagi tempoh dua tahun.
deportationpenghantaran pulangSains PolitikHubungan AntarabangsaTindakan sesebuah negara menghantar pulang warga asing ke negara asalnya. Tindakan ini biasanya dilakukan terhadap warga asing tersebut yang telah melanggar undang-undang sesebuah negara. Walau bagaimanapun, dalam undangundang antarabangsa tidak ada sebarang alasan yang perlu diberikan bagi tindakan pengusiran ini. Contohnya, di United Kingdom, peraturan mengenai warga asing pada tahun 1953 memberi kuasa kepada Setiausaha Dalam Negeri untuk mengusir pihak asing keluar dari United Kingdom. Tindakan ini merupakan peraturan yang tidak boleh dicabar oleh sebarang pihak sekiranya tindakan tersebut dilaksanakan oleh sesebuah negara.
Majlis KeselamatanSecurity CouncilUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSalah satu organ (komponen utama dalam sesebuah pertubuhan antarabangsa) dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Majlis Keselamatan mempunyai lima anggota tetap yang memiliki kuasa veto, iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, China dan Rusia, serta sepuluh anggota tidak tetap yang dipilih berdasarkan sumbangan kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa dan agihan geografi. Majlis Keselamatan diberikan tanggungjawab perdana untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa. Resolusi yang telah diluluskan di bawah Bab VII Piagam PBB mengikat semua negara anggota PBB.
meanminPsikologiPsikologi UmumUkuran kecenderungan memusat yang dikira menggunakan rumusan matematik untuk mendapatkan purata skor. Apabila data yang diperoleh normal taburannya, maka kemungkinan min yang diperoleh menggambarkan skor yang sekata adalah tinggi. Walau bagaimanapun, min ini juga boleh memberi gambaran yang salah apabila data yang diperoleh itu banyak mempunyai pencilan. Contohnya, min ukuran ketinggian pelajar IPT Malaysia (sekiranya sampelnya mempunyai ramai pelajar luar negara) adalah sama dengan pelajar IPT United Kingdom. Padahal masyarakat mengetahui bahawa secara purata ukuran ketinggian pelajar United Kingdom adalah lebih tinggi daripada pelajar Malaysia. Oleh itu, ukuran min perlu disertai dengan ukuran lain seperti varians atau sisihan piawai.
air entrained concretekonkrit perangkap udaraKejuruteraanKejuruteraan BangunanKonkrit yang dihasilkan dengan mencampurkan agen perangkap udara kepada konkrit yang baru disediakan. Konkrit perangkap udara penting untuk menjaga ketahanan struktur lebih-lebih lagi di negara-negara yang beriklim sejuk serta mempunyai perubahan suhu yang amat tinggi seperti di United Kingdom, Eropah juga di Timur Jauh seperti Jepun dan Australia.
Marshall PlanPelan MarshallSains PolitikHubungan AntarabangsaPelan yang dicadangkan oleh George C. Marshall, Setiausaha Negara Amerika semasa pentadbiran Presiden Harry S. Truman (1945). Beliau mencadangkan rancangan ini dalam ucapannya di Harvard pada Jun 1947. Rancangan tersebut bertujuan memberi bantuan ekonomi dan teknik untuk pemulihan semula negara Eropah selepas Perang Dunia Kedua. Rancangan ini juga bertujuan mengimbangi pengaruh Kesatuan Komunis Soviet terhadap negara sekutu Amerika di Eropah Barat. United Kingdom, Perancis dan Jerman merupakan antara negara yang mendapat banyak faedah daripada rancangan ini.
International Law Commission (ILC))Suruhanjaya Undang-Undang AntarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaSuruhanjaya yang ditubuhkan oleh Perhimpunan Agung PBB untuk melakukan kajian dan cadangan dalam pembangunan dan pengekodan undang-undang antarabangsa. Suruhanjaya ini mula melakukan kerja berkenaan pembangunan undangundang antarabangsa pada tahun 1949. Suruhanjaya tersebut mempunyai 34 anggota yang terdiri daripada pakar undangundang, mewakili pelbagai sistem perundangan utama dunia. Keanggotaan asal suruhanjaya ini terdiri daripada pakar undang-undang yang terkenal seperti Sir Benegal Rau dari India, James L. Brierly dari United Kingdom, Manley O. Hudson dari Amerika Syarikat, V.M Koretsky dari USSR, dan George Schelle dari Perancis. Walaupun suruhanjaya ini mengambil masa yang lama kerana melalui proses yang panjang dan rumit dalam pembentukan undang-undang, namun suruhanjaya tersebut telah berjaya mengadakan kajian yang menghasilkan beberapa konvensyen. Antara konvensyen yang telah diadakan ialah Konvensyen Undang-Undang Laut, Konvensyen
bidang kuasajurisdictionUndang-undangUndang-undang AntarabangsaHak sesebuah negara atau mahkamah untuk bersuara atau melakukan sesuatu tanpa sebarang pertikaian daripada pihak lain. Hak tersebut melibatkan tuntutan kawalan terhadap individu, harta, subjek dan keadaan tertentu dalam bidang perundangan, politik atau geografi. Konflik bidang kuasa biasa berlaku antara negara dalam pelbagai aspek seperti kewarganegaraan, sempadan, ruang angkasa, laut, hak perikanan, sungai dan angkasa lepas. Konflik paling biasa ialah berebut bidang kuasa untuk mentadbir keadilan seperti menangkap, mendakwa dan menghukum seseorang yang dikehendaki atas sesuatu jenayah antarabangsa atau jenayah rentas sempadan. Contohnya, pengeboman Lockerbie yang menyaksikan konflik antara Amerika Syarikat dan United Kingdom di satu pihak dan Libya di pihak yang lain dalam berebut bidang kuasa untuk mendakwa dua orang tertuduh.
12

Kembali ke atas