Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Kyrgyzstan

Juga ditemukan dalam:

Perkhidmatan +


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KYRGYZSTAN

Kyrgyzstan dahulunya dikenali sebagai

Kirghiz, ialah sebuah negara yang bergunung-

ganang dan terletak di Asia Tengah. Negara ini

mencapai kemerdekaan pada tahun 1991, selepas

70 tahun menjadi sebahagian daripada Kesatuan

Soviet. Kyrgyzstan meliputi kawasan seluas

198 500 kilometer persegi. Untuk mengetahui

jumlah penduduk Kyrgyzstan, lihat jadual Fakta

ringkas dalam rencana ini. Bishkek ialah ibu

negara dan bandar yang terbesar. Bahasa rasminya

ialah bahasa Kyrgyz.

UMUM 
ORANG TURKI

Orang Turki ialah orang yang bertutur dalam

bahasa Turkik. Terdapat kira-kira 10 bahasa Turkik.

Bahasa utama ialah bahasa Turki. Hampir separuh

daripada kira-kira 90 juta orang Turki di dunia tinggal

di Turki. Yang lainnya tinggal di kawasan Asia Tengah,

di Azerbaijan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Turkmenistan,

dan Uzbekistan. Terdapat juga komuniti besar orang

Turki di Afghanistan, China, Iran, Mongolia, dan

Rusia. Sesetengah orang Turki juga tinggal di negara

Balkan, di tenggara Eropah.

UMUM 
KOMANWEL NEGARA-NEGARA MERDEKA

Komanwel Negara-negara Merdeka ialah

pertubuhan negara-negara bebas yang dahulunya

merupakan republik Kesatuan Soviet. Negara

anggotanya terdiri daripada Armenia, Azerbaijan,

Belarus, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Moldova,

Rusia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan

Uzbekistan. Ibu pejabat komanwel ini ialah Minsk,

di Belarus.

UMUM 
TIAN SHAN

Tian Shan, juga dieja Tien Shan,ialah banjaran

gunung di Asia Tengah. Ia memanjang sejauh

2400 kilometer ke timur laut dari Pergunungan

Pamir (lihat Pamir ). Ia merentang ke barat laut

China. Tian Shan bermaksud Gunung Indah. Ia

merupakan sistem pergunungan yang tertinggi di

utara Tibet. Puncak Pobeda, setinggi 7439 meter

di atas aras laut, ialah puncaknya yang tertinggi.

Banyak sungai mengalir ke utara dari Tian Shan ke

Kyrgyzstan dan Kazakhstan, dan ke selatan

memasuki China. Sistem pergunungan ini

mempunyai beberapa glasier yang terbesar di

dunia. Jalan-jalan yang melalui genting merentas

banjaran Tian Shan. Untuk lokasi, lihat Asia (peta

rupa bumi).

UMUM 

Kembali ke atas