Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj alat utk menumbuk (padi, lada, dll), lompang: yg pekak pembakar meriam, yg buta penghembus ~; ~ batu lesung yg diperbuat drpd batu (biasanya utk menumbuk sambal); ~ hindik (kaki) lesung yg diperbuat drpd kayu dan dipijak dgn kaki; ~ kisaran sj perkakas utk mengisar padi; ~ mata soket mata; ~ pengemping lesung tempat menumbuk emping; ~ pinang gobek; ~ pipit (pipi) = lesung-lesung lekuk kecil pd pipi, cawak; ~ mencari alu (antan) prb perempuan men­cari lelaki; ke mana dialih, ~ berdedak juga prb pekerjaan yg selalu mendatangkan kerugian atau kesusahan itu walaupun di mana dikerja­kan nescaya akan merugikan dan menyusah­kan juga; menumbuk di ~, bertanak di periuk prb mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya; menumbuk di periuk, bertanak di ~ prb melakukan sesuatu yg menyalahi kebiasaan; sebuah ~ seekor ayam jantannya (gedangnya) prb bagi tiap-tiap kaum ada seorang pemimpinnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : alat penumbuk padi (lada dll). ~ batu lesung yg dibuat drpd batu (utk menumbuk lada). ~ kaki (hindik) lesung yg dibuat drpd kayu dan dihindik dgn kaki. ~ kisaran sj alat utk mengisar padi. ~ pengemping lesung tempat menumbuk padi muda utk dijadikan emping. ~ pinang lesung tempat menumbuk pinang dan sirih supaya lumat. ~ pipit (pipi) lekuk kecil pd pipi; cawak pipi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Lesung

Puisi
 

Rosak lesung kerana antan,
     Sebab menumbuk padi puteri;
Hilang buntat berganti intan,
     Baru jadi sinar negeri.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Bakal lesung tak dapat dijadikan balok.

Bermaksud :

Kesilapan pada mula-mulanya merosakkan pekerjaan seterusnya.

 

Lihat selanjutnya...(22)