Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Macedonia


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MACEDONIA

Macedonia ialah kawasan bersejarah di

Semenanjung Balkan di bahagian tenggara Eropah.

Kawasan ini meliputi seluruh bahagian negara yang

juga dikenali sebagai Macedonia, dan juga bahagian

utara Greece dan barat daya Bulgaria. Negara

Macedonia mempunyai keluasan 25 713 kilometer

persegi. Macedonia Greece meliputi kawasan seluas

34 203 kilometer persegi dan Macedonia Bulgaria

seluas 6480 kilometer persegi. Kawasan Macedonia

menjadi kuat pada zaman purba, apabila

pemimpinnya Iskandar Agung menakluki sebahagian

besar Asia dan menyebarkan budaya Yunani dan

Macedonia di seluruh empayarnya.

UMUM 
SKOPJE

Skopje (pend. 503 449) ialah ibu negara Macedonia,

negara yang terletak di tenggara Eropah. Skopje

terletak di utara Macedonia, di sepanjang Sungai

Vardar (lihat Macedonia [peta]). Kira-kira 80

peratus daripada bandar tersebut musnah atau

mengalami kerosakan akibat gempa bumi pada

tahun 1963. Bandar tersebut dibina semula dengan

binaan tahan gempa bumi. Antara struktur

tinggalan zaman lampau termasuk bandar berkubu

purba, permandian Turki, dan masjid.

UMUM 
PHILIPPI

Philippi ialah bandar yang pernah wujud di

Macedonia . Bandar ini terletak kira-kira 13

kilometer dari pantai Aegean, berhampiran bandar

Kavalla , di Greece sekarang.

UMUM 
DINASTI ANTIGON

Dinasti Antigon ialah nama jurai raja-raja yang

memerintah Macedonia, sebuah negara beraja

di utara Yunani. Pemerintahan dinasti Antigon

bermula pada tahun 294 SM hingga pada tahun

168 SM.

UMUM 
OLYMPIAS

Olympias (375 S.M.–316 S.M.) ialah isteri Philip II

dari Macedonia, dan ibu Iskandar Agung. Wanita

yang angkuh dan terlalu mengikut perasaan ini

banyak mempengaruhi Iskandar.

UMUM 
THRACE

Thrace ialah nama purba satu kawasan yang luas

di Semenanjung Balkan yang menganjur dari utara

Macedonia ke Sungai Danube, dan ke timur

hingga sejauh Laut Hitam. Wilayah Thrace purba

kini terbahagi kepada Bulgaria, Greece, dan Turki.

Gunung-ganang di Thrace mengandungi

longgokan emas dan perak yang bernilai.

Datarannya yang luas digunakan untuk

perladangan dan penternakan kuda dan lembu.

Penduduk Thrace merupakan orang Indo-

Eropah yang menggemari peperangan dan

perampasan.

UMUM 
DEMOSTHENES

Demosthenes (384?–322 S.M.) ialah negarawan

Athens dan dianggap sebagai pemidato Yunani

yang termasyhur. Dia terkenal kerana Philippics,

iaitu beberapa siri ucapan yang menentang Raja

Philip II dari Macedonia sebagai ugutan bagi

kebebasan orang Greek. Hari ini, istilah philippic

bererti ugutan yang tajam.

UMUM 
NEGARA SLAV

Negara Slav ialah negara yang kebanyakan

daripada penduduknya berbangsa Slav (negeri

Slav). Negara tersebut termasuk Republik Czech,

Poland, Slovakia, dan Slovenia di tengah Eropah,

Bosnia-Herzegovina (kadangkala dikenali sebagai

Bosnia dan Hercegovina), Bulgaria, Croatia,

Macedonia, dan Yugoslavia di selatan Eropah,

Belarus dan Ukraine di timur Eropah, dan Rusia,

yang terletak sebahagiannya di timur Eropah dan

sebahagiannya di Asia.

UMUM 
SERBIA

Serbia ialah salah satu daripada dua republik

Yugoslavia, selain Montenegro. Pada tahun 1918,

Serbia menjadi sebahagian daripada kerajaan

Serb, Croat dan Slovene, yang kemudiannya

dinamakan Yugoslavia. Pada tahun 1946, Yugoslavia

menjadi sebuah negara persekutuan yang terdiri

daripada enam republik dan Serbia ialah republik

yang terbesar antara kesemuanya. Pada tahun 1991

dan tahun 1992, empat daripada republik itu, iaitu

Slovenia , Croatia, Macedonia, dan republik Bosnia-

Herzegovina telah mengisytiharkan kemerdekaan

mereka. Pada bulan April 1992, Serbia dan

Montenegro membentuk sebuah Yugoslavia yang

baharu dan lebih kecil.

UMUM 
MONTENEGRO

Montenegro ialah salah sebuah daripada dua

republik di Yugoslavia. Yang satu lagi ialah Serbia.

Pada tahun 1918, Montenegro menjadi sebahagian

daripada kerajaan Serb, Croat, dan Slovena yang

kemudian dinamakan Yugoslavia. Pada tahun 1946,

Yugoslavia disusun semula sebagai sebuah negara

persekutuan yang terdiri daripada enam buah

republik. Di antara bulan Jun 1991 dan bulan

Mac 1992, empat daripadanya, iaitu Bosnia-

Herzegovina (juga dinamakan Bosnia dan

Hercegovina), Croatia, Macedonia dan Slovenia

mengisytiharkan kemerdekaan mereka. Pada bulan

April 1992, Montenegro bersatu dengan Serbia

untuk membentuk sebuah negara Yugoslavia baru

yang lebih kecil.

UMUM 
12

Kembali ke atas