Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Muhyiddin

Juga ditemukan dalam:

Perkhidmatan +


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUNSYI MUHAMMAD SAID DADA MUHYIDDIN

MUNSYI MUHAMMAD SAID DADA MUHYIDDIN  (   ?  -1888), penerbit dan pengarang akhbar Melayu. Dia lahir dan bersekolah di Pulau Pinang. Muhammad Said berketurunan India Muslim. Dia kemudian melanjutkan pengajiannya dengan cara berguru kepada seorang hakim di Kedah. Dia mempunyai pengetahuan dan berpengalaman luas kerana dia gemar mengembara. Dia mengembara sampai ke Aceh, Deli, Serdang, Batu Ara, Asahan dan beberapa negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Selain mendalami pengetahuan bahasa Melayu, Muhammad Said boleh berbahasa Inggeris, Hindustan dan Arab. Dia pernah mengajar di Raffles Institution dan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Kecintaannya yang mendalam terhadap ilmu menjadikan dia berminat dalam bidang persuratkhabaran.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MATBA' AL-SAIDI

MATBA AL-SAIDI, syarikat percetakan yang terkenal di Singapura pada abad ke-19.  Percetakan ini adalah milik Munsyi Muhammad Said bin Dada Muhyiddin, seorang penerbit keturunan India Muslim.  Alamat percetakan ini ialah No. 43, Victoria Street, Kampung Gelam, Singapura.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MUNSYI MOHAMMED ALIE GOLAM HOESIN AL-HINDI

MUNSYI MOHAMMED ALIE GOLAM HOESIN AL-HINDI (  ?  -   ?  ), pengarang akhbar dan penulis. Dia berketurunan Tamil Muslim dan mahir dalam bahasa Melayu klasik. Dia adalah pengarang akhbar Jawi Peranakan yang diterbitkan pada tahun 1896 di Singapura. Jawatan tersebut kemudian disandang oleh Munsyi Muhammad Said Dada Muhyiddin.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas