Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata SOP


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
KESALAHAN TATABAHASA SOP TULANGUntuk makluman saudara, sebarang aduan tentang kesalahan bahasa boleh dikemukakan melaluia domain "Pantau Tegur Bahasa".Lain-lain03.04.2013
KESALAHAN TATABAHASA SOP TULANGEjaan yang betul ialah "Sup Tulang". Untuk makluman saudara, sebarang aduan tentang kesalahan bahasa boleh dikemukakan kepada domain "Pantau Tegur Bahasa".Tatabahasa03.04.2013
Saya ingin kepastian berkaitan tatabahasa beberapa ayat serta pertanyaan terjemahan yang akan saya kemukakan di bawah. 1. "Pada tahun 1942, pentadbiran British di Singapura telah menyerah kalah secara rasmi kepada / terhadap Jepun. Kata 'kepada' atau 'terhadap' yang lebih sesuai? 2. "Kedai itu beroperasi di bawah SOP yang ditetapkan" atau "Kedai itu beroperasi bawah SOP yang ditetapkan" Adakah SOP itu konkrit atau abstrak sebab saya keliru dengan penggunaan di kerana di digunakan menyatakan objek konkrit. SOP dikatakan konkrit? 3. Apakah terjemahan sesuai untuk "multiplayer mode" dan "single player mode". Ia merupakan istilah digunakan dalam permainan video.

1. Jawapan yang betul ialah Pada tahun 1942, pentadbiran British di Singapura telah menyerah kalah secara rasmi kepada Jepun

2.   Ya, SOP ialah konkrit. Oleh itu,  ayat yang betul ialah Kedai itu beroperasi di bawah SOP yang ditetapkan.

3. 
 Sehingga kini masih belum ada lagi istilah tersebut dalam data kami. Oleh yang sedemikian, sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaaan tuan/puan, kami mencadangkan multiplayer mode ialah mod berbilang  pemain, manakala single player mode ialah mod pemain tunggal.

Lain-lain16.10.2020
Adakah Prosedur Operasi Standard (SOP) perlu dieja dengan huruf besar atau huruf kecil? Saya kerap melihat kedua-dua ejaan diguna pakai dalam media massa. "KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melihat semula prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan berkaitan kenderaan elektrik (EV) bagi memastikan sektor itu dapat dibangunkan dengan lestari di dalam negara." Dipetik daripada "Kementerian Pengangkutan arah JPJ lihat peraturan, SOP berkaitan EV", BERNAMA, 16 Oktober 2023.

Penulisan  bagi istilah Standard Operating Procedure (SOP) dalam bahasa Melayu ialah “Prosedur Operasi Standard”.  Namun, terdapat variasi penggunaan istilah ini seperti yang berikut:
 

i.          Prosedur Pengendalian Standard

ii.         Tatacara Pengendalian Piawai (bidang Ekonomi)

iii.        Tatacara Operasi Standard (bidang Sains Politik)

Istilah17.10.2023
Apakah terjemahan Standard Operating Procedure (SOP) di dalam Bahasa Melayu? Bagaimana pula dengan ringkasan SOP, adakah ia boleh digunakan dalam ayat Bahasa Melayu?

Untuk makluman, istilah bahasa Melayu  yang terdapat dalam pangkalan data kami untuk Standard Operating Procedure ialah Tatacara Pengendalian Piawai (Ekonomi) dan Tatacara Operasi Standard (Sains Politik). Walau bagaimanapun, terdapat juga istilah procedure diberi padanan prosedur dalam bahasa Melayu. Oleh itu, istilah ini boleh juga diterjemahkan sebagai Prosedur Pengendalian Standard dan Prosedur Operasi Standard.


Dalam penulisan, SOP boleh digunakan dalam bahasa Melayu sekiranya pada awal penulisan dijelaskan perkataan tersebut dalam bahasa Melayu.

Penyemakan dan penterjemahan12.08.2020
"Majlis itu dilaksanakan di bawah SOP" atau "Majlis itu dilaksanakan bawah SOP." Umum kita tahu di menyatakan kedudukan fizikal dan bukan abstrak. Bagaimana pula dengan frasa "di bawah Kementerian"?Dalam konteks  di bawah kementerian, perkataan kementerian ialah kata nama institusi konkrit yang wujud secara fizikal. Contoh lain seperti di bawah jabatan, di bawah fakulti, di bawah seksyen, di bawah batalion dan lain-lain.Tatabahasa23.09.2020
1. Saya ingin mohon khidmat nasihat berkaitan istilah-istilah SOP yang sedang digunakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar istilah yang digunakan adalah selaras di peringkat jabatan. Contoh penggunaan istilah yang merujuk kepada SOP adalah seperti berikut: i) Prosedur Tetap Operasi Pengurusan Kes Keganasan Rumah Tangga ii) Prosedur Operasi Standard Perintah Khidmat Masyarakat iii) Peraturan Tetap Operasi Penguatkuasaan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) dan Pusat Jagaan 2. Sehubungan itu, perkara ini dirujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mendapatkan pandangan dan penyeragaman penggunaan istilah tersebut. Sekian, terima kasihPadanan standard operating procedure (SOP) dalam bahasa Melayu ialah "tatacara pengendalian piawai", "tatacara pengendalian standard", "prosedur pengendalian standard" dan "prosedur operasi standard". Walau bagaimanapun, istilah "prosedur operasi standard" paling banyak digunakan khususnya dalam dokumen rasmi kerajaan. Istilah22.02.2022
Adakah Perintak Kawalan pergerakan (PKP) Dan Prosedur Operasi Standard (SOP) sebagai akronim .terima kasih.Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Prosedur Operasi Standard (SOP) merupakan singkatan frasa.Tatabahasa09.11.2022
Apa terjemahan yang tepat bagi SOP atau Standard Operating Procedures dalam Bahasa Melayu?Untuk makluman, istilah bahasa Melayu  yang terdapat dalam pangkalan data kami untuk Standard Operating Procedure ialah Tatacara Pengendalian Piawai (Ekonomi) dan Tatacara Operasi Standard (Sains Politik). Walau bagaimanapun, terdapat juga istilah procedure diberi padanan prosedur dalam bahasa Melayu. Oleh itu, istilah ini boleh juga diterjemahkan sebagai Prosedur Pengendalian Standard.Penyemakan dan penterjemahan01.08.2018
Penggunaan perkataan Standard Operating Procedure (SOP) dalam bahasa malaysia adakah Prosidur Oprasi Standard ataupun Prosidur Tetap Operasi atau ada perkataan lain yang berkaitanUntuk makluman, istilah bahasa Melayu yang terdapat dalam pangkalan data kami untuk Standard Operating Procedure ialah Tatacara Pengendalian Piawai (Ekonomi) dan Tatacara Operasi Standard (Sains Politik). Walau bagaimanapun, terdapat juga istilah procedure diberi padanan prosedur dalam bahasa Melayu. Oleh itu, istilah ini boleh juga diterjemahkan sebagai Prosedur Pengendalian Standard.Istilah26.11.2012
12

Kembali ke atas