Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris

skateboard

Definisi : n papan selaju. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)

Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Skateboard

Juga ditemukan dalam:

Perkhidmatan +


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/Puan, 1)Mana frasa yang betul - melungsuri internet / melayari internet? 2)Boleh saya gunakan papan gelongsor untuk perkataan 'skateboard'? 3) Apa perbezaan bila, bilakah dan apabila? Terima kasih, Tuan & Puan.Salam sejahtera,

Puan,

Penggunaan perkataan yang betul:

1. Melayari internet
2. skateboard- papan selaju


Bagi soalan ketiga, perbezaannya seperti keterangan berikut:


Bila merupakan kata tanya yang digunakan untuk menanyakan waktu (masa, ketika).

Bilakah merupakan kata tanya yang hadir di hadapan ayat.

Apabila merupakan kata hubung pancangan keterangan yang merujuk "pada ketika". Contoh ayat: Apabila senja tiba, kelawar berterbangan keluar mencari makanan.


Sekian, terima kasih.
Tatabahasa17.10.2019

Kembali ke atas