Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ab.strak] | ابسترک

Definisi : tidak dpt dilihat atau tidak dpt dirasa dgn pancaindera tetapi hanya ada dlm fikiran (ttg sesuatu pengertian spt kesetiaan, kecantikan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ab.strak] | ابسترک

Definisi : tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dgn pan­caindera), tidak konkrit atau maujud, niskala, mujarad: kesetiaan adalah sesuatu yg ~; mengabstrakkan menjadikan sesuatu ab­s­trak; keabstrakan perihal atau sifat abstrak: ke­matangan seseorang pelukis boleh dilihat dlm ciri-ciri ~ lukisannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abstrak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
abstract expressionismekspresionisme abstrakKesenianSeni LukisStail seni abstrak yang bermula pada tahun 1940an di New York yang melibatkan peluahan perasaan dalam bentuk-bentuk abstrak.
abstract expressionismekspresionisme abstrakKesenianSeni BinaGaya seni lukisan yang bermula pada tahun 1940-an di New York yang menekankan luahan perasaan melalui penggunaan warna, bentuk dan garisan yang bersifat abstrak. Antara tokoh ekspresionis Barat yang mempelopori gaya seni ini ialah Willem de Kooning, Jackson Pollock dan Arshile Gorky. Gaya seni ini telah mewujudkan satu pergerakan khusus di Amerika yang berjuang untuk mendapatkan pengaruh antarabangsa berkaitan dengan seni yang meletakkan bandar New York sebagai pusat seni dunia Barat. Istilah ini digunakan buat pertama kali untuk menggambarkan seni Amerika pada tahun 1946 oleh pengkritik seni, Robert Coates. Walau bagaimanapun, ia telah mula digunakan di Jerman pada tahun 1919 dalam majalah Der Sturm, mengenai bentuk lukisan abstrak Jerman. Sinonim pemujaradan perasaan batin.
abstractabstrakKesenianSeni BinaBerkaitan dengan reka bentuk atau gambaran fizikal sesuatu karya seni atau seni bina yang diolah secara tidak nyata daripada sumber asal. Pemerhatian terhadap alam semula jadi misalnya, boleh menjadi sumber ilham dalam menghasilkan rekaan bangunan yang mempunyai ciri-ciri abstrak. Contohnya, Menara Telekom Malaysia ialah reka bentuk seni bina yang dicetuskan daripada ilham pucuk rebung.
abstract data typejenis data abstrakTeknologi MaklumatPerisianJenis data yang pelaksanaan atau perwakilan menjadikannya tidak penting oleh set fungsi yang lengkap untuk membentuk, mencapai dan melaksanakan data tersebut. Perwakilan ini boleh diubah, dikemas kini atau dibaiki tanpa memberi kesan kepada atur cara yang menggunakan jenis data tersebut. Contoh jenis data abstrak ialah timbunan yang mempunyai pengendalian push dan pop.
data abstractionpengabstrakan dataTeknologi MaklumatPerisianSalah satu ciri penting dalam pengabstrakan terutamanya yang melibatkan penggunaan bahasa pengaturcaraan. Pengabstrakan ini merupakan penguatkuasaan bagi memisahkan antara ciri abstrak bagi jenis data dengan huraian konkrit bagi pelaksanaannya. Ciri abstrak ialah ciri yang kelihatan pada kod pelanggan yang menggunakan jenis data tersebut atau antara muka pada jenis data. Pelaksanaan konkrit pula disimpan secara sulit tetapi boleh diubah untuk meningkatkan keberkesanannya dari semasa ke semasa. Pengabstrakan data bertujuan supaya perubahan tersebut tidak memberi kesan terhadap kod pelanggan.
Turing machinemesin TuringTeknologi MaklumatPerisianPeranti yang digunakan untuk memanipulasi simbol secara abstrak dan simulasi logik bagi sebarang algoritma komputer. Peranti ini dicipta oleh Alan Turing pada tahun 1936. Peranti ini tidak digunakan untuk tujuan teknologi pengkomputeran yang praktikal tetapi lebih kepada uji kaji pemikiran mengenai keterbatasan pengkomputeran mekanikal. Pengkajian ciri-ciri abstrak ini menghasilkan pelbagai teori kekompleksan dan sains komputer itu sendiri. Contohnya, Hopcroft dan Ullman mentakrifkan mesin Turing sebagai 7- tupel, M=< Q, Γ, b, Σ, δ, qₒ, F>. Dengan, Q = set keadaan Γ = set simbol/huruf b = simbol kosong Σ = simbol input δ = fungsi separa qₒ = keadaan awal F = keadaan akhir
abstractabstrakKomunikasiTiadaTiada
abstractabstrakPerhutananPengurusan Hutanlihat penyata cukai
abstractabstrakKesenianDrama dan TeaterIdea yang berlawanan dengan bentuk realistik dalam seni persembahan seperti gubahan set yang bersifat penggayaan.
abstractsari; abstrak/niskalaFizikTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas