Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ab.strak] | ابسترک

Definisi : tidak dpt dilihat atau tidak dpt dirasa dgn pancaindera tetapi hanya ada dlm fikiran (ttg sesuatu pengertian spt kesetiaan, kecantikan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ab.strak] | ابسترک

Definisi : tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dgn pan­caindera), tidak konkrit atau maujud, niskala, mujarad: kesetiaan adalah sesuatu yg ~; mengabstrakkan menjadikan sesuatu ab­s­trak; keabstrakan perihal atau sifat abstrak: ke­matangan seseorang pelukis boleh dilihat dlm ciri-ciri ~ lukisannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abstrak


Majalah

Dewan Budaya » 2014 » September
sosial pelajar berkenaan dan berurusan dengan kawan berbanding dengan orang asing dalam urus niaga perniagaan. Kajian mendapati bahawa orang di wilayah penanaman padi cenderung untuk memilih pasangan objek yang lebih abstrak, manakala orang daripada budaya gandum cenderung untuk memilih pasangan yang lebih analitis. Orang dari wilayah penanaman padi cenderung untuk melukiskan diri mereka lebih kecil daripada orang di wilayah penanaman gandum
Dewan Budaya » 2015 » September
gerak berjalan. Posisi tangan tetap di bahagian atas. Lengan dan bahagian tangan atas hampir selari dengan paras bahu. Kedua-dua tangan dan lengan dalam keadaan bengkok. Tarian topeng menggambarkan gerak abstrak yang bermula dan berakhir dengan gaya agem . Pergerakan tari topeng dibahagikan kepada halus (alus) dan keras/ kasar. Gerak dan posisi jari tidak membawa sebarang makna atau cerita, hanya menggambarkan emosi
Dewan Budaya » 2012 » February
dimensi atau permukaan daripada objek tiga dimensi untuk mendapatkan kesan tertentu melalui medium asalnya yang cuma terdiri daripada kanvas atau kertas. Kemunculan seni lukis kontemporari dan berkembangnya aliran seni lukis abstrak ekspresionisme menyebabkan ada pelukis yang dilihat mula menukar arah dan cuba membina kelainan. Antaranya termasuklah tidak lagi menjadikan hanya kanvas tempat untuk “mencurahkan” karya, sebaliknya memilih tubuh mulus wanita sebagai
Dewan Budaya » 2013 » January
nasionalisme dalam pelbagai cabang kehidupan, juga tema pengisian kemerdekaan, mendominasi kebanyakan puisi.Tema ini padat kata-kata, dan kadang kala penuh retorik, hingga yang lebih diutamakan ialah aspek pemikiran yang abstrak.Tiada salahnya puisi-puisi seperti ini, selagi dicipta berdasarkan strategi puisi yang menekankan keringkasan, kepadatan, keindahan serta kejayaan amanat yang mengetuk emosi serta pemikiran pembaca. Namun begitu, melalui puisi-puisinya
Dewan Budaya » 2015 » July
soal kebudayaan semakin dipinggirkan, malah tidak terdapat percubaan yang bermakna dilakukan oleh kerajaan untuk meneruskan dasar tersebut secara agresif. Pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan bukanlah mudah, bukan sahaja kerana konsepnya yang abstrak, tetapi juga kerana kewujudan pelbagai golongan, terutama kaum bukan Melayu yang meragui dan mempertikaikannya. Secara khusus, pelbagai kumpulan dan pertubuhan menentang dasar tersebut yang mempunyai agenda untuk menegakkan budaya dan

Kembali ke atas