Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ga/] | اݢق

Definisi : 1. kira, sangka, rasa: ~ saya dia sudah keluar tadi; ~ gerangan jika kiranya; 2. boleh dikatakan, dapat dianggap (ditafsirkan): menghadapi kesukaran yg ~ besar; ~ lama juga di sana; agak-agak 1. barangkali, mungkin, rasanya, rasa-rasanya: ~ hari ini hujan; 2. = agaknya gerangan, kiranya: apa ~ maksudnya datang ke mari? beragak, beragak-agak 1. ragu-ragu, sangsi: melanggar kota itu jangan ~; 2. mempunyai tujuan (niat) utk, bermaksud, berniat: ia ~ utk pergi ke Mekah; 3. awas-awas, hati-hati: mengatakan sesuatu dgn tidak ~; mengagak, mengagak-agak 1. mengira-ngira (dgn berdasarkan dugaan atau pertim­bangan kasar), menaksir: ia tidak dapat ~ ke mana ia akan dibawa; orang yg pandai ~ dan mengagih orang yg bijaksana; 2. me­mak­­sudkan, meniatkan: lain yg diagak, lain yg kena; mengagakkan 1. membuat kesimpulan (ber­dasarkan dugaan atau tekaan sahaja), men­duga, menyangka: keadaan lebih sulit drpd yg diagakkan; 2. menentukan (dgn hati-hati): ~ biaya negeri; mengagak-agihkan 1. mengagak dan meng­­agihkan, menerangkan, memberitahu­kan, menjelaskan; 2. suka mencela; teragak 1. terfikir (timbul sesuatu fikiran dgn tiba-tiba atau dgn sepintas lalu), terlintas di hati: ada kalanya ~ juga dia hendak menjual tanahnya itu; 2. Mn ingin sangat: ia ~ pulang ke negerinya; teragak-agak berkira-kira, berbelah bagi (sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak): saya tidak akan ~ utk mengambil tindakan; teragak-agak berkira-kira, berbelah bagi (sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak): saya tidak akan ~ utk mengambil tindakan; agakan apa yg diagakkan, dugaan, sangkaan: ~ ini mungkin benar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ga/] | اݢق

Definisi : ; pokok ~ paya sj tumbuhan (pokok), Vitex peralata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agak

Peribahasa

Agak lebih daripada agih.

Bermaksud :

Banyak bicara, sedikit kerja.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Mengapa mengagak-agak? fakta mesti betul!Zahrah GhafurPelita Bahasa1 December 1989
Pendapat Jonit agak dangkalMohd Ali MudaMastika1 August 1971
Gurindam: perkenalan agak mendalamMahayana, Maman SHorison (Kakilangit)1 December 1996
Penghalusan isu yang agak beratRohman ShaaryDewan Siswa1 September 2005
Ilmu linguistik "kering" agak sukar untuk "memasyarakatkan" ilmu bahasaAzhar M. SiminDewan Bahasa11 January 1984
Dua Epigram Jang Agak BerbedaHughes, LangstonHorison1 January 1967

Kembali ke atas