Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ga/] | اݢق

Definisi : 1. kira, sangka, rasa: ~ saya dia sudah keluar tadi; ~ gerangan jika kiranya; 2. boleh dikatakan, dapat dianggap (ditafsirkan): menghadapi kesukaran yg ~ besar; ~ lama juga di sana; agak-agak 1. barangkali, mungkin, rasanya, rasa-rasanya: ~ hari ini hujan; 2. = agaknya gerangan, kiranya: apa ~ maksudnya datang ke mari? beragak, beragak-agak 1. ragu-ragu, sangsi: melanggar kota itu jangan ~; 2. mempunyai tujuan (niat) utk, bermaksud, berniat: ia ~ utk pergi ke Mekah; 3. awas-awas, hati-hati: mengatakan sesuatu dgn tidak ~; mengagak, mengagak-agak 1. mengira-ngira (dgn berdasarkan dugaan atau pertim­bangan kasar), menaksir: ia tidak dapat ~ ke mana ia akan dibawa; orang yg pandai ~ dan mengagih orang yg bijaksana; 2. me­mak­­sudkan, meniatkan: lain yg diagak, lain yg kena; mengagakkan 1. membuat kesimpulan (ber­dasarkan dugaan atau tekaan sahaja), men­duga, menyangka: keadaan lebih sulit drpd yg diagakkan; 2. menentukan (dgn hati-hati): ~ biaya negeri; mengagak-agihkan 1. mengagak dan meng­­agihkan, menerangkan, memberitahu­kan, menjelaskan; 2. suka mencela; teragak 1. terfikir (timbul sesuatu fikiran dgn tiba-tiba atau dgn sepintas lalu), terlintas di hati: ada kalanya ~ juga dia hendak menjual tanahnya itu; 2. Mn ingin sangat: ia ~ pulang ke negerinya; teragak-agak berkira-kira, berbelah bagi (sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak): saya tidak akan ~ utk mengambil tindakan; teragak-agak berkira-kira, berbelah bagi (sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak): saya tidak akan ~ utk mengambil tindakan; agakan apa yg diagakkan, dugaan, sangkaan: ~ ini mungkin benar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ga/] | اݢق

Definisi : ; pokok ~ paya sj tumbuhan (pokok), Vitex peralata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agak

Peribahasa

Agak lebih daripada agih.

Bermaksud :

Banyak bicara, sedikit kerja.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bang[bAN]kata tugassingkatan daripada perkataan “barang” yang bermaksud kadar atau agak-agak.Berikan mak bang sebiji pisang.[b«.Äi.kAn mA/ bAN s«.bi.dZi pi.sAN]Berikan mak barang sebiji pisang.
genggeng[geN.geN]kata kerjamengangkat sesuatu agak tinggi daripada aras yang sepatutnya.Jangan digenggeng budak tu, nanti die nanges.[dZA.NAn di.geN.geN bu.dA/ tu nAn.ti di.j« nA.Nes]Jangan diangkat budak itu tinggi-tinggi nanti dia menangis.
genggeng[geN.geN]kata kerjamengangkat sesuatu agak tinggi daripada aras yang sepatutnya.Jangan digenggeng budak tu, nanti die nanges.[dZA.NAn di.geN.geN bu.dA/ tu nAn.ti di.j« nA.Nes]Jangan diangkat budak itu tinggi-tinggi nanti dia menangis.
tonjet[ton.dZet]kata kerjamengangkat kedua-dua tumit kaki (seseorang) untuk mencapai sesuatu yang terletak pada paras yang agak tinggi.Tonjet tinggi siket, baru dapat ambek.[ton.dZet tiN.gi si.ket bA.Äu dA.pAt Am.be/]Angkat tumit tinggi sedikit, barulah dapat dicapai barang itu.
meme[m«.m«]kata adjektifmewah.Sejak dapat keje tu, rezeki meme siket.[s«.dZA/ dA.pAt k«.dZ« tu Ä«.z«.ki m«.m« si.ket]Semenjak dapat kerja itu, rezeki pun agak mewah sedikit.

Kembali ke atas