Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ga/] | اݢق

Definisi : 1. kira, sangka, rasa: ~ saya dia sudah keluar tadi; ~ gerangan jika kiranya; 2. boleh dikatakan, dapat dianggap (ditafsirkan): menghadapi kesukaran yg ~ besar; ~ lama juga di sana; agak-agak 1. barangkali, mungkin, rasanya, rasa-rasanya: ~ hari ini hujan; 2. = agaknya gerangan, kiranya: apa ~ maksudnya datang ke mari? beragak, beragak-agak 1. ragu-ragu, sangsi: melanggar kota itu jangan ~; 2. mempunyai tujuan (niat) utk, bermaksud, berniat: ia ~ utk pergi ke Mekah; 3. awas-awas, hati-hati: mengatakan sesuatu dgn tidak ~; mengagak, mengagak-agak 1. mengira-ngira (dgn berdasarkan dugaan atau pertim­bangan kasar), menaksir: ia tidak dapat ~ ke mana ia akan dibawa; orang yg pandai ~ dan mengagih orang yg bijaksana; 2. me­mak­­sudkan, meniatkan: lain yg diagak, lain yg kena; mengagakkan 1. membuat kesimpulan (ber­dasarkan dugaan atau tekaan sahaja), men­duga, menyangka: keadaan lebih sulit drpd yg diagakkan; 2. menentukan (dgn hati-hati): ~ biaya negeri; mengagak-agihkan 1. mengagak dan meng­­agihkan, menerangkan, memberitahu­kan, menjelaskan; 2. suka mencela; teragak 1. terfikir (timbul sesuatu fikiran dgn tiba-tiba atau dgn sepintas lalu), terlintas di hati: ada kalanya ~ juga dia hendak menjual tanahnya itu; 2. Mn ingin sangat: ia ~ pulang ke negerinya; teragak-agak berkira-kira, berbelah bagi (sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak): saya tidak akan ~ utk mengambil tindakan; teragak-agak berkira-kira, berbelah bagi (sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak): saya tidak akan ~ utk mengambil tindakan; agakan apa yg diagakkan, dugaan, sangkaan: ~ ini mungkin benar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ga/] | اݢق

Definisi : ; pokok ~ paya sj tumbuhan (pokok), Vitex peralata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agak

Peribahasa

Agak lebih daripada agih.

Bermaksud :

Banyak bicara, sedikit kerja.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
hujong jengke[hu.dZoN dZ«N.kE] berkenaan jarak yang agak jauh.Dalam ramai-ramai die je yang kene bilek hujong jengkel.[dA.lAm ÄA.mAj.ÄA.mAj di.j« jAN k«.n« bi.lek hu.dZoN dZ«N.kE]Di antara semua dia seorang yang dapat bilik yang agak jauh.
tenom[t«.nom]kata namasejenis bekas agak tinggi, bertangkai satu dan diperbuat daripada logam aluminium.Mok senalo bawok beka nasik dalam tenom gi noreh.[m s«.nA.l bA.w b«.kA nA.si dA.lAm t«.nom gi n.ÄEh]Emak selalu membawa bekal nasi di dalam tenom pergi menoreh getah.
muo[mu.w]kata namasejenis ayam hutan yang agak besar.   
kiut[ki.jut]kata namasejenis pisau seperti sabit tetapi matanya agak lebar. Pisau ini digunakan untuk merumput.Mok tebaeh rumput pake kiut.[m/ t«.bAC Äum.put pA.kE ki.jut]Emak menebas rumput menggunakan kiut.
gegumbe[g«.gum.b«]kata namabahagian pangkal tiang rumah yang agak besar sedikit daripada tiang.Gegumbe tu biyo beso siket, baru kuat tiang tu.[g«.gum.b« tu bi.j b«.s si.ket bA.Äu ku.wAt ti.jAN tu]Pangkal tiang rumah itu biar besar sedikit, barulah kuat tiang itu.
timang burong[ti.mAN bu.ÄoN] nama lagu dan tarian gamelan Pahang yang rentaknya agak perlahan.   
togok I[t.g]kata namanama sejenis lagu dan tarian dalam gamelan Pahang yang rentaknya agak rancak.   
lebu[l«.bu]kata kerjamembaling atau melempar sesuatu ke dalam air (seperti sungai, lombong atau paya). Penggunaan kata ini agak kasar.Cepat mandi, kang ayah lebu dalam sunge.[tS«.pAt mAn.di kAN A.jAh l«.bu dA.lAm su.NE]Cepat mandi, nanti ayah baling dalam sungai.

Kembali ke atas