Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ah.li] | اهلي

Definisi : 1 orang yg mahir dlm sesuatu bidang; pakar: ~ sains; ~ bahasa. 2 anggota sesuatu pertubuhan dsb. ~ bersekutu anggota sesuatu pertubuhan yg haknya terbatas (spt tidak boleh mengundi, tidak boleh dipilih). ~ biasa anggota sesuatu pertubuhan yg mempunyai hak mengundi dan juga hak dipilih. ~ falak orang yg pakar ttg ilmu bintang. ~ fitrah manusia yg hidup antara dua nabi atau rasul dan tidak sampai kpd mereka syariat mana-mana rasul. ~ jawatankuasa orang yg dipilih utk menjalankan pentadbiran sesuatu urusan (persatuan, kesatuan dsb). ~ kabinet anggota jemaah menteri. ~ kehormat orang yg diterima menjadi anggota sesuatu pertubuhan dsb kerana jasa-jasanya atau utk menghormatinya. ~ kubur orang-orang yg telah meninggal. ~ parlimen orang yg dipilih oleh rakyat utk menjadi wakil mereka di parlimen; wakil rakyat. ~ sunah (sunah wal-jamaah) orang Islam yg berpegang teguh pd ajaran dan perbuatan Nabi Muhammad SAW. ~ utama orang yg menganggotai sesuatu badan ilmiah atau ikhtisas yg tertinggi. ~ waris orang-orang yg berhak mewarisi pusaka. keahlian 1 kemahiran atau kepandaian dlm sesuatu bidang; kepakaran. 2 hal menganggotai sesuatu pertubuhan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ah.li] | اهلي

Definisi : , ahlil, ahlu, ahlul kaum, orangnya (terutama dlm rangkaian kata Arab); ~ bait isi rumah; ~ kitab kaum yg berkitab suci (orang atau kaum yg mengikuti ajaran agama yg terkandung di dlm kitab-kitab Injil, Taurat, dan Zabur); ~ kubur orang-orang yg telah meninggal dunia; ~ nujum orang yg pandai meramalkan sesuatu (dgn melihat bintang, tapak tangan, dll); ~ suluk orang yg faham atau melakukan suluk; ~ sunah (waljamaah) kaum Islam yg menurut ajaran hadis Nabi Muhammad SAW. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ah.li] | اهلي

Definisi : 1. anggota (pertubuhan, persatuan, golongan, dll): ~ parti politik; ~ persatuan sejarah; 2. orang yg mahir atau mempunyai pengetahuan yg mendalam dlm sesuatu bidang, pakar: ~ bahasa; ~ muzik; ~ sains; 3. sangat mahir, pakar: kalau fasal menghias, dia memang ~; ~ bahasa orang yg mahir atau mempunyai ilmu yg mendalam dlm bidang bahasa; ~ bersekutu anggota (persatuan dll) yg tidak mempunyai taraf dan hak-hak ahli yg sepe­nuh­nya (mempunyai hak bersuara dan hak dipilih utk memegang sesuatu jawatan); ~ biasa anggota (persatuan dll) yg mempunyai taraf dan hak-hak ahli yg sepenuhnya (mem­punyai hak bersuara dan hak dipilih utk meme­gang sesuatu jawatan); ~ falak orang yg pakar tentang cakerawala (banyak tahu tentang kedudukan, pergerakan, dsb bulan, bintang, dll); ~ falsafah = ~ fikir orang yg mempunyai kemampuan memikirkan hal-hal yg bijaksana (yg berkaitan dgn alam, kehidupan, manusia, dll); ~ gusti orang yg pandai dan juga sering kali bergusti; ~ juri salah seorang drpd sekumpulan orang yg dipertanggungjawabkan membuat keputusan tentang sesuatu perkara yg dibicarakan dlm mahkamah; ~ kaji bumi (kaji hayat, kaji manusia, dll) orang yg pakar tentang kaji bumi (kaji hayat, kaji manusia, dll); ~ kehormat ahli yg keanggotaannya diberi sbg suatu kehormatan kerana khidmat atau jasanya (yg tidak dibayar); ~ linguistik orang yg mengkaji atau mengajarkan linguistik; ~ majlis tempatan wakil rakyat yg menjadi ang­gota majlis yg mentadbirkan kawasan (daerah) tempatan; ~ parlimen anggota parlimen (orang yg menduduki kerusi di Parlimen sbg wakil rakyat di sesuatu kawasan pilihan raya); ~ sains orang yg arif dlm salah satu cabang ilmu sains (spt botani) yg terlibat secara langsung dgn kerja-kerja kajian bidang ini; ~ sukan orang yg berminat dan juga sering kali mengambil bahagian dlm sukan; ~ terapi orang yg mahir dlm sesuatu jenis terapi; ~ tetap ahli yg sentiasa atau secara tetap menjadi anggota sesuatu (spt jawatankuasa dll); ~ tinju orang yg pandai bertinju dan selalu berlawan tinju; mengahlikan; ~ diri memahirkan diri dlm sesuatu ilmu pengetahuan (bidang kegiatan, pekerjaan yg dilakukan, dll), berusaha atau bergiat agar menjadi ahli: mula-mula ia ~ dirinya dlm ilmu fikah; keahlian 1. kemahiran dlm sesuatu ilmu (kepandaian, pekerjaan, dll): penterjemah yg baik memerlukan ~ seorang pengarang; 2. perihal menjadi ahli, kedudukan (hak) sbg ahli, keanggotaan: ~nya dlm kelab ini telah dibatalkan; berkeahlian mempunyai keahlian: mereka yg ~ dlm ilmu sains moden. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ahli

Peribahasa

Tertawa dalam perkabungan.

Bermaksud :

Ahli waris yang bersenang hati dalam masa berkabung kerana akan mendapat harta pusaka.

 

Lihat selanjutnya...(10)

57

Blood is thicker than water

Ahli keluarga lebih dipentingkan daripada orang lain.

Masin lagilah garam sendiri

So you have been married to him for 20 years and you have remained loyal to him through thick and thin. But still he voted for his sister when you and she were vying for the post. It seems that blood is thicker than water, my dear friend.

Jadi awak telah hidup bersamanya selama 20 tahun dan susah senang, awak tetap setia padanya. Namaun dia tetap mengundi kakaknya apabila awak bersaing dengan kakak ipar awak itu untuk merebut jawatan tersebut. Nampaknya masin lagilah garam sendiri, wahai kawanku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
musterahli-ahli mengunjungi rumah-rumah utk mendapatkan sokongan bagi parti mereka; the boy ~ed sufficient courage to enter the headmaster’s office, budak lelaki itu masuk ke pejabat guru besar apabila dia sudah cukup berani; she pushed against the doKamus Inggeris-Melayu Dewan
floorthe ~, (Parl) ahli-ahli Dewan; (otherwise) para hadirin: are there any questions from the ~?, ada soalan drpd para hadirin?; the ~ is yours, saudara boleh bercakap sekarang; cross the ~, menyebelahi pihak lawan; have the ~, telah diberi izin utk berucap; be given the ~, diberi izin utk berucap; hold the ~, bercakap terus-menerus: once Sofia started talking about clothes, she held the ~ for more than an hour and no one could stop her, apabila Sofia mula bercakap ttg pakaian, dia bercakap terus-menerus selama satu jam lebih, dan tdk ada sesiapa pun yg dapat membuat dia berhenti; on the ~ of the House, di dlm Dewan; take the ~, a. begin dancing, mula menari; b. start speaking in a debate, mula berucap; wipe the ~ with so., (colloq) menumpaskan sso;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tendentiousadj menimbulkan perbalahan: politicians are always raising ~ issues, ahli-ahli politik selalu membangkitkan isu-isu yg menimbulkan perbalahanKamus Inggeris-Melayu Dewan
saymembers would like a bigger ~ in the club’s administration, ahli-ahli kelab mahukan hak bersuara yg lebih dlm pentadbiran kelab; she has no ~ in their domestic affairs, dia tdk ada hak bersuara dlm hal-hal rumah tangga mereka;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disaffectedadj tdk puas hati: the ~ members did not attend the meeting, ahli-ahli yg tdk puas hati itu tdk menghadiri mesyuarat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sit ~ in on, menjadi pemerhati dlm: the members may ~ in on important meetings, ahli-ahli boleh menjadi pemerhati dlm mesyuarat penting;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shiftyadj untrustworthy, crafty, licik: ~ politicians who mislead the public with half-truths, ahli-ahli politik yg licik yg mengelirukan orang ramai dgn kenyataan-kenyataan separuh benar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
researchvi membuat penyelidikan: scientists are still ~ing into the treatment of cancer, ahli-ahli sains masih membuat penyelidikan ttg perawatan kanser;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
adulatevt menyanjung-nyanjung, terlalu memuji-muji: the party members ~d their leader, ahli-ahli parti ini terlalu memuji-muji pemimpin mereka.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
undersignedadj & n yg bertandatangan di bawah: we, the ~ members of the union..., kami, ahli-ahli kesatuan sekerja yg bertandatangan di bawah...; the ~ wish to protest that..., yg bertandatangan di bawah ingin membantah bahawa....Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas