Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ah.li] | اهلي

Definisi : 1. anggota (pertubuhan, persatuan, golongan, dll): ~ parti politik; ~ persatuan sejarah; 2. orang yg mahir atau mempunyai pengetahuan yg mendalam dlm sesuatu bidang, pakar: ~ bahasa; ~ muzik; ~ sains; 3. sangat mahir, pakar: kalau fasal menghias, dia memang ~; ~ bahasa orang yg mahir atau mempunyai ilmu yg mendalam dlm bidang bahasa; ~ bersekutu anggota (persatuan dll) yg tidak mempunyai taraf dan hak-hak ahli yg sepe­nuh­nya (mempunyai hak bersuara dan hak dipilih utk memegang sesuatu jawatan); ~ biasa anggota (persatuan dll) yg mempunyai taraf dan hak-hak ahli yg sepenuhnya (mem­punyai hak bersuara dan hak dipilih utk meme­gang sesuatu jawatan); ~ falak orang yg pakar tentang cakerawala (banyak tahu tentang kedudukan, pergerakan, dsb bulan, bintang, dll); ~ falsafah = ~ fikir orang yg mempunyai kemampuan memikirkan hal-hal yg bijaksana (yg berkaitan dgn alam, kehidupan, manusia, dll); ~ gusti orang yg pandai dan juga sering kali bergusti; ~ juri salah seorang drpd sekumpulan orang yg dipertanggungjawabkan membuat keputusan tentang sesuatu perkara yg dibicarakan dlm mahkamah; ~ kaji bumi (kaji hayat, kaji manusia, dll) orang yg pakar tentang kaji bumi (kaji hayat, kaji manusia, dll); ~ kehormat ahli yg keanggotaannya diberi sbg suatu kehormatan kerana khidmat atau jasanya (yg tidak dibayar); ~ linguistik orang yg mengkaji atau mengajarkan linguistik; ~ majlis tempatan wakil rakyat yg menjadi ang­gota majlis yg mentadbirkan kawasan (daerah) tempatan; ~ parlimen anggota parlimen (orang yg menduduki kerusi di Parlimen sbg wakil rakyat di sesuatu kawasan pilihan raya); ~ sains orang yg arif dlm salah satu cabang ilmu sains (spt botani) yg terlibat secara langsung dgn kerja-kerja kajian bidang ini; ~ sukan orang yg berminat dan juga sering kali mengambil bahagian dlm sukan; ~ terapi orang yg mahir dlm sesuatu jenis terapi; ~ tetap ahli yg sentiasa atau secara tetap menjadi anggota sesuatu (spt jawatankuasa dll); ~ tinju orang yg pandai bertinju dan selalu berlawan tinju; mengahlikan; ~ diri memahirkan diri dlm sesuatu ilmu pengetahuan (bidang kegiatan, pekerjaan yg dilakukan, dll), berusaha atau bergiat agar menjadi ahli: mula-mula ia ~ dirinya dlm ilmu fikah; keahlian 1. kemahiran dlm sesuatu ilmu (kepandaian, pekerjaan, dll): penterjemah yg baik memerlukan ~ seorang pengarang; 2. perihal menjadi ahli, kedudukan (hak) sbg ahli, keanggotaan: ~nya dlm kelab ini telah dibatalkan; berkeahlian mempunyai keahlian: mereka yg ~ dlm ilmu sains moden. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ah.li] | اهلي

Definisi : , ahlil, ahlu, ahlul kaum, orangnya (terutama dlm rangkaian kata Arab); ~ bait isi rumah; ~ kitab kaum yg berkitab suci (orang atau kaum yg mengikuti ajaran agama yg terkandung di dlm kitab-kitab Injil, Taurat, dan Zabur); ~ kubur orang-orang yg telah meninggal dunia; ~ nujum orang yg pandai meramalkan sesuatu (dgn melihat bintang, tapak tangan, dll); ~ suluk orang yg faham atau melakukan suluk; ~ sunah (waljamaah) kaum Islam yg menurut ajaran hadis Nabi Muhammad SAW. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ah.li] | اهلي

Definisi : 1 orang yg mahir dlm sesuatu bidang; pakar: ~ sains; ~ bahasa. 2 anggota sesuatu pertubuhan dsb. ~ bersekutu anggota sesuatu pertubuhan yg haknya terbatas (spt tidak boleh mengundi, tidak boleh dipilih). ~ biasa anggota sesuatu pertubuhan yg mempunyai hak mengundi dan juga hak dipilih. ~ falak orang yg pakar ttg ilmu bintang. ~ fitrah manusia yg hidup antara dua nabi atau rasul dan tidak sampai kpd mereka syariat mana-mana rasul. ~ jawatankuasa orang yg dipilih utk menjalankan pentadbiran sesuatu urusan (persatuan, kesatuan dsb). ~ kabinet anggota jemaah menteri. ~ kehormat orang yg diterima menjadi anggota sesuatu pertubuhan dsb kerana jasa-jasanya atau utk menghormatinya. ~ kubur orang-orang yg telah meninggal. ~ parlimen orang yg dipilih oleh rakyat utk menjadi wakil mereka di parlimen; wakil rakyat. ~ sunah (sunah wal-jamaah) orang Islam yg berpegang teguh pd ajaran dan perbuatan Nabi Muhammad SAW. ~ utama orang yg menganggotai sesuatu badan ilmiah atau ikhtisas yg tertinggi. ~ waris orang-orang yg berhak mewarisi pusaka. keahlian 1 kemahiran atau kepandaian dlm sesuatu bidang; kepakaran. 2 hal menganggotai sesuatu pertubuhan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ahli

Peribahasa

Tertawa dalam perkabungan.

Bermaksud :

Ahli waris yang bersenang hati dalam masa berkabung kerana akan mendapat harta pusaka.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AHLI SAINS KRISTIAN

Ahli Sains Kristian ialah ahli-ahli pergerakan

agama yang menekankan penyembuhan rohaniah.

Mary Baker Eddy, wanita Amerika, mengasaskan

pergerakan Sains Kristian pada tahun 1800-an.

Agama ini berpunca daripada agama Kristian

Protestan.

UMUM 
KIMIA

Kimia ialah kajian saintifik tentang bahan. Ahli-ahli

kimia menyelidik sifat-sifat bahan yang membentuk

di dalam alam semesta. Mereka mengkaji

bagaimana bahan ini bertindak dalam keadaan

yang berbeza. Mereka cuba menerangkan kelakuan

sesuatu bahan dari segi struktur dan komposisinya.

Ahli-ahli kimia juga berusaha memahami

perubahan-perubahan kimia. Perubahan kimia

melibatkan perubahan kandungan kimia dalam

sesuatu bahan. Paduan besi dengan oksigen dari

udara yang membentuk karat ialah satu perubahan

kimia. Bahan juga mungkin mengalami perubahan

fizikal tanpa mengubah kandungan kimianya. Air

berubah secara fizikal dan tidak secara kimia semasa

ia membeku.

UMUM 
MAGNITUD RICHTER

Magnitud Richter ialah angka yang

menunjukkan kekuatan gempa bumi. Ahli-ahli sains

mengira magnitud Richter dengan menggunakan

maklumat yang diperoleh daripada seismograf,

sejenis alat yang merakam pergerakan bumi. Ahli

seismograf Amerika (ahli sains yang mengkaji

gempa bumi), Charles F. Richter, telah

membangunkan sistem ini untuk mengukur

kekuatan gempa bumi pada tahun 1935. Kadangkala

sistem ini dikenali sebagai skala Richter.

UMUM 
MOOT

Moot ialah istilah lama Inggeris untuk sesuatu

perjumpaan awam. Ahli-ahli pergerakan

pengakap kini kadangkala menggunakan istilah

tersebut untuk perjumpaan antarabangsa. Pelajar

undang-undang menggunakan istilah tersebut

untuk kes mahkamah olok-olok di mana pelajar

berhujah antara satu sama lain bagi pihak klien

rekaan mereka. ‘Hakim’ yang biasanya terdiri

daripada tutor undang-undang atau peguam

bertauliah, menghakimi dengan memberi komen

terhadap perkara undang-undang yang

dibangkitkan oleh para pelajar. Dalam percakapan

biasa, perkara moot bermakna perkara yang

boleh diragukan atau dipertikaikan.

UMUM 
PROTOZOA

Protozoa ialah organisma bersel tunggal yang

mungkin mempunyai ciri-ciri seperti tumbuhan

atau haiwan. Ahli-ahli sains biasanya mengelaskan

protozoa sebagai haiwan dan meletakkannya

dalam filum Protozoa. Bagaimanapun, kini, ramai

ahli sains tidak mengelompokkan protozoa sebagai

haiwan atau tumbuhan. Mereka meletakkan

protozoa bersama lain-lain organisma ringkas

dalam alam Protista. Kajian tentang protozoa

dikenali sebagai protozoologi.

UMUM 
PRIMAT

Primat ialah anggota kumpulan mamalia yang

terdiri daripada manusia dan haiwan yang paling

hampir menyerupainya. Ahli-ahli sains mengelaskan

lebih kurang 180 spesies mamalia sebagai primat.

Mereka membahagikan primat kepada dua jenis

utama: (1) antropoid – manusia, beruk dan monyet,

dan (2) prosimia – aye-aye, galago, lemur, kongkang,

poto dan tarsier. Sesetengah ahli sains mengelaskan

tikus kesturi sebagai prosimia.

UMUM 
MEDICI

Medici ialah nama sebuah keluarga pemerintah di

Florence, Itali. Ahli-ahli keluarga tersebut

memainkan peranan yang penting dalam sejarah

Itali dan Perancis dari tahun 1400-an sehingga

tahun 1700-an.

UMUM 
MINDA

Minda. Ahli psikologi, ahli psikiatri, dan ahli falsafah

mempunyai berbagai-bagai pandangan tentang sifat

semula jadi minda. Sehingga kini, mereka masih

belum mencapai persetujuan tentangnya.

UMUM 
AGAMA KRISTIAN

Agama Kristian ialah agama yang berdasarkan

kehidupan dan ajaran Jesus. Kebanyakan pengikut

agama Kristian ialah ahli-ahli salah satu daripada

tiga kumpulan utama – Roman Katolik, Protestan

dan Ortodoks Timur. Kumpulan-kumpulan ini

mempunyai kepercayaan yang berbeza tentang

Jesus dan ajarannya, tetapi semua penganut

Kristian menganggap Jesus sebagai asas agama

mereka. Kebanyakan penganut Kristian percaya

bahawa tuhan diturunkan ke dunia sebagai

Penyelamat. Agama Kristian mengajar bahawa

manusia boleh diselamatkan melalui Jesus.

UMUM 
QASTALANIY, SHIHAB AL-DIN AL-

Qastalaniy, Shihab al-Din al- (851–923 H./

1448 –1517 M.), ahli hadith, ahli sejarah, ahli fiqh

dan pakar dalam bidang qira’at. Nama penuhnya

ialah Ahmad ibn Muhammad ibn Abu Bakr ibn

‘Abd al-Malik ibn Ahmad ibn Muhammad ibn

Muhammad ibn Husayn ibn ‘Ali. Dia berasal dari

Qastalan, Mesir.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas