Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.jaib]/[a.jaib] | عجاءيب

Definisi : 1. sangat menghairankan, aneh, ganjil, pelik (luar biasa atau jarang terdapat dsb): suatu kejadian yg sungguh ~; barang-barang ~; 2. sl sesuatu yg menghairankan, sesuatu yg aneh (luar biasa); ~-khanah muzium; mengajaibkan 1. menimbulkan rasa hairan, menghairankan, menakjubkan: kejadian itu sungguh ~; 2. menganggap (memandang sbg) ajaib: tak guna ~ kuasa Tuhan; keajaiban 1. sifat (keadaan dsb) ajaib, ke­ganjil­an, keanehan, keluarbiasaan; 2. sesuatu yg ajaib (menakjubkan), kejadian dll yg pelik (aneh dsb), keanehan, keganjilan: saya me­nyaksikan bermacam-macam ~ yg belum pernah saya lihat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öa.jaib]/[a.jaib] | عجاءيب

Definisi : 1 tidak spt biasa; aneh; ganjil: Binatang ini sangat ~. 2 sesuatu yg menghairankan (luar biasa, aneh). mengajaibkan 1 menghairankan; menakjubkan. 2 memandang sesuatu sbg ajaib. keajaiban 1 keadaan atau sifat ajaib; keanehan; keganjilan: ~ yg ada pdnya mengagumkan semua. 2 sesuatu (ciptaan, kejadian dsb) yg menakjubkan: tujuh ~ dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ajaib

Puisi
 

Si kain pelikat Raja Pangeran,
     Tuang serbat di dalam takar;
Sangat ajaib kerja yang hairan,
     Hujan lebat rumah terbakar.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DRUG AJAIB

Drug ajaib lihat Antibiotik.

UMUM 
AMBROSIA

Ambrosia ialah bahan ajaib yang dimakan oleh

dewa dalam mitologi Yunani dan Rom. Ambrosia

dimakan dengan madu, iaitu minuman dewa.

Manusia yang memakan ambrosia dan meminum

madu menemui maut. Perkataan ambrosia

bermakna berbau harum atau sedap . Lihat juga

Madu.

UMUM 
ANTHONY OF PADUA, SAINT

Anthony of Padua, Saint (1195–1231),

pemimpin agama Kristian dan pengkhutbah

ternama pada zamannya. Banyak kejadian ajaib

dikatakan berlaku kepada Anthony, sama ada

semasa hayatnya atau selepas kematiannya. Jasad

Anthony disemadikan di sebuah gereja yang dibina

di Padua, Itali sebagai penghormatan kepadanya.

Gereja tersebut kemudiannya menjadi tempat suci

yang menjadi tarikan ramai penziarah yang ingin

memohon pertolongannya sebagai santo.

UMUM 
PARI-PARI

Pari-pari ialah makhluk khayalan yang muncul

dalam budaya rakyat Eropah Barat. Pari-pari

mempunyai kuasa ajaib, yang gunakan untuk

melakukan perbuatan baik, dan jahat. Pari-pari

biasanya suka membantu, tetapi mereka sering

berkelakuan nakal dan kadang-kadang bertindak

kejam.

UMUM 
SURAH AL-RA'D

Surah al-Ra’d ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah ke-13 mengikut susunan surah-surah

al-Qur’an dan mengandungi 43 ayat. Surah

ini dinamakan al-Ra‘d (bunyi guruh) kerana disebut

kejadian alam (bunyi guruh) yang ajaib itu di dalam

surah ini untuk menunjukkan kehebatan dan

kekuasaan Allah S.W.T. Allah S.W.T. menjadikan air

sebagai sumber kehidupan yang diturunkan dari

awan. Di sebalik kejadian awan itu, tersirat pula

dua perkara iaitu rahmat dan bencana kerana ia

membawa hujan dan juga petir. Melalui air,

wujudnya kehidupan dan melalui petir, wujudnya

kebinasaan.

UMUM 
SURAH AL-KAHFI

Surah al-Kahfi ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah ke-18 mengikut susunan surah-surah

al-Qur’an dan mengandungi 110 ayat. Surah

ini dinamakan al-Kahf (Ashab al-Kahf) kerana

kandungannya menceritakan mengenai mukjizat

Tuhan dalam sebuah kisah yang aneh dan ajaib,

iaitu kisah Ashab al-Kahf. Surah ini adalah surah

Makkiyyah, yang bertujuan memperbaik akidah

dan tauhid. Ia juga adalah salah satu daripada lima

surah yang bermula dengan perkataan

(alhamdulillah). Lima surah yang bermula dengan

(alhamdulillah) ialah surah al-Fatihah, al-An’am,

Saba, dan Fatir. Surah al-Kahfi bermula dengan

pujian kepada Allah S.W.T., memuliakan-Nya,

pengiktirafan keagungan dan kebesaran serta

kesempurnaan-Nya.

UMUM 
SERIGALA JADIAN

Serigala jadian, menurut kepercayaan tahayul,

ialah orang yang menukar dirinya menjadi serigala.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan werewolf

berasal daripada istilah Inggeris Lama, iaitu

werwulf , yang bermaksud serigala-manusia .

Serigala jadian terdapat dalam kebanyakan cerita

lama. Dalam beberapa cerita, ia menukar dirinya

menjadi serigala dengan menyarung kulit serigala

ke badannya, dengan meminum air daripada kesan

tapak kaki serigala, atau dengan menyapu salap

ajaib pada tubuhnya. Dalam cerita lain pula,

manusia ditukar menjadi serigala jadian oleh kuasa

sakti orang lain.

UMUM 
SURAH AL-QASAS

Surah al-Qasas ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-28 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 88 ayat.

Surah ini dinamakan al-Qasas (kisah-kisah) kerana

Allah S.W.T. menyebut di dalamnya kisah Nabi

Musa a.s. secara terperinci dan jelas dari mula

kelahirannya sehinggalah waktu pelantikannya

sebagai rasul. Di dalam surah ini juga terdapat

peristiwa-peristiwa pelik dan ajaib yang

menggambarkan dengan jelas pemeliharaan dan

pembelaan Allah S.W.T. terhadap wali-wali-Nya

(kekasih-Nya) dan mengecewakan musuh-musuh-

Nya.

UMUM 
PARARATON

PARARATON, hasil sastera sejarah yang berbentuk prosa yang ditulis dalam bahasa Jawa Tengahan.  Separuh bahagian permulaannya menceritakan kisah Ken Angrok dari lahirnya hingga menemui ajalnya.  Menurut cerita, Ken Angrok dikatakan anak yang ajaib.  Apabila dewasa, dia menjadi seorang yang sangat jahat.  Akhirnya dia menaiki takhta Tumapel yang kemudian dikenal sebagai Singasari dengan gelaran Prabu Ronggah Rajasa.  Dia juga diberi gelaran sebagai Sri Girindratanya.  Ken Angrok dikatakan menjadi leluhur raja-raja Majapahit.  Bahagian akhir kitab Pararaton memaparkan keadaan kerajaan Majapahit sejak awal hingga menghampiri keruntuhannya.

SASTERAPenerbitan
TARIAN RAKYAT

Tarian rakyat adalah tarian tradisional sesuatu

bangsa atau kumpulan etnik. Sepanjang sejarah,

hampir setiap budaya mengasaskan tarian rakyat

mereka yang tersendiri. Tarian rakyat diwariskan

daripada satu generasi kepada generasi yang lain.

Manusia telah mencipta lagu tarian , sejenis muzik

rakyat, untuk mengiringi kebanyakan tarian.

Kebanyakan tarian rakyat asalnya merupakan

satu bentuk keramaian, amalan keagamaan, atau

suatu kaedah untuk mengawal kuasa misteri.

Bentuk dan gerakan kebanyakan tarian ini

berdasarkan kepercayaan tahayul. Misalnya,

beberapa tarian rakyat awal ditarikan dalam bentuk

bulatan kerana manusia percaya bahawa bentuk ini

mempunyai kuasa ajaib. Dalam sesetengah budaya

awal, gerakan yang membentuk bulatan dipercayai

membawa nasib yang baik atau menghalau kuasa

jahat.

UMUM 
12

Kembali ke atas