Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : fikiran yg sihat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : fikiran yg sihat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akal budi

Puisi
 

Bukan gambus gila di pekan,
     Melagui hendak berpantun;
Bukan bagus kami gilakan,
     Akal dan budi dialu-alukan.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Laut budi tepian akal (= ilmu).

Bermaksud :

Orang cerdik pandai atau cendekiawan.

 

Lihat selanjutnya...(4)

337

Love is blind

Cinta yang lebih menurut hawa nafsu berbanding kewarasan akal budi sehinggakan seseorang itu tidak nampak akan, atau tidak mahu mengakui, keburukan orang yang dikasihi.

Kasih itu roh (semangat) yang buta

She did again. She fell head over heels in love with another woman's husband. We didn't know what he saw in that man. She knew that the man was jobless and gambling seemed to be his passion. When her parents tried to stopher from seeing his useless man

Dia buat hal lagi. Kali ini dia bercinta pula dengan suami orang. Tidak tahulah apa yang menarik sangat tentang lelaki itu dari pandangan matanya. Dia menyedari bahawa kekasihnya itu penganggur dan kaki judi. Apabila orang tuanya cuba menghalang perhubungannya dengan lelaki yang tidak berguna itu, dia mengugut untuk membunuh diri. Betullah kata orang, cinta itu buta.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Majalah

Dewan Budaya » 2017 » February
dan Imaginasi Sosiologi Yang dimaksudkan dengan cendekiawan ialah individu atau kelompok yang memusatkan pemikiran tentang sesuatu persoalan, sentiasa berfikir secara teliti, serta mengemukakan idea yang segar dan bermanfaat, dengan kemampuan akal budi yang sihat. Kesemua hal ini dihasilkan dengan renungan dan pengetahuan yang ada pada diri mereka. Golongan ini cuba merungkaikan permasalahan masyarakat, melihat sesuatu secara menyeluruh pada sudut pandangan pemikiran mereka
Dewan Budaya » Fokus
dan Imaginasi Sosiologi Yang dimaksudkan dengan cendekiawan ialah individu atau kelompok yang memusatkan pemikiran tentang sesuatu persoalan, sentiasa berfikir secara teliti, serta mengemukakan idea yang segar dan bermanfaat, dengan kemampuan akal budi yang sihat. Kesemua hal ini dihasilkan dengan renungan dan pengetahuan yang ada pada diri mereka. Golongan ini cuba merungkaikan permasalahan masyarakat, melihat sesuatu secara menyeluruh pada sudut pandangan pemikiran mereka
Dewan Budaya » 2013 » October
sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan pada tahun ini, Dewan Bahasa dan Pustaka menganjurkan Kembara Bahasa 2013 dengan tema “Jelajah Negara, Semarakkan Bahasa”. Bahasa menjadi wahana tradisi lisan yang penting dalam mengungkap akal budi dan ketajaman pemikiran bangsa.Oleh hal itu, dalam mengejar arus kemodenan pupuklah dan semaikanlah semangat mencintai tradisi lisan ini dalam kalangan generasi muda. Bahasa Jiwa Bangsa -Abdul Ghani Abu *** Rencana
Dewan Budaya » Forum
berhubung terma perjanjian penerbitan novelnya. Soal royalti dan hak cipta pengkarya bukanlah isu yang baharu. Banyak penulis novel yang “makan hati” apabila karya yang dihasilkan daripada titik peluh dan penat akal mereka hanya menguntungkan pihak yang lain. Royalti yang diberikan pula bergantung pada syarikat yang menerbitkan karya mereka. Sebagai penerbit, syarikat memiliki hak untuk menguruskan naskhah novel sekiranya mahu diadaptasi ke masyarakat Baba Nyonya. Hiburan berbalas pantun secara spontan dengan gaya santai dan lucu sudah sebati dalam budaya Baba Nyonya. Kekuatan dondang sayang terletak pada pemantun yang bijak menggunakan kiasan, kasih, budi dan sindiran menyebabkan tidak banyak pemantun dondang sayang dalam kalangan generasi baharu yang dapat mewarisi budaya ini. Hal ini mengakibatkan dondang sayang jarang-jarang dipersembahkan dalam kenduri perkahwinan atau majlis
Dewan Budaya » 2012 » November
Sasterawan Negara Dato’ Dr. Usman Awang, dalam sajaknya yang berjudul, Melayu , melahirkan jiwa rasa beliau terhadap bangsanya dengan mengungkapkan bahasa yang indah. Melayu itu orang yang bijaksana nakalnya bersulam jenaka budi bahasanya tidak terkira kurang ajarnya tetap santun jika menipu pun masih bersopan bila mengampu bijak beralas tangan. Ungkapan bahasa yang indah ini menimbulkan kesan psikologi yang mendalam kepada pembaca yang akhirnya akan menyebabkan pembaca berfikir setiap baris yang diungkapkan oleh penulis. Sasterawan Negara Dato’ Dr. Usman Awang, terus menulis: Melayu itu kaya falsafahnya kias kata bidal pusaka akar budi bersulamkan daya gedung akal laut bicara. Malangnya Melayu itu kuat bersorak terlalu ghairah pesta temasya sedangkan kampung telah tergadai sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual. Zaman terus berubah

Kembali ke atas