Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.khir] | اخير

Definisi : 1. kemudian sekali, penghabisan: per­kataan itu terdapat pd baris ~ halaman itu; ikhtiar­nya yg ~; peringkat ~ pelaksanaan projek; ~ minggu hujung minggu (hari Sabtu petang sampai hari Ahad); ~ musim peng­hujung musim; ~ zaman a) sl zaman sekarang ini; b) penghabisan; 2. = ~ sekali = terakhir paling kemudian, terkemudian (sekali): itulah kali ~ saya bertemu dengannya; 3. yg diada­kan terkemudian sekali (sbg penamat): per­tan­dingan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akhir

Puisi
 

Jika dituju selepas berlari,
     Akhir kumbang beranak telur;
Jikalau diturut hatiku ini,
     Akhirnya padang menjadi kubur.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Awal dibuat,
     akhir diingat.

Bermaksud :

Sebelum membuat sesuatu pekerjaan hendaklah difikirkan masak-masak supaya selamat pekerjaan itu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Awal Muharam Maal Hijrah, Akhir tahun bulan Zulhijah; Awl bismillah kuucap takziah, Takdirnya Tsunami kudrat Allah.Pantun Melayu SARAWAKAgama
Dari awal sampai ke akhir, Limau lelang saya kupaskan; Singa bersoal garoda berfikir, Rimau garang saya lepaskan.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Jika dituju selepas berlari, Akhir kumbang beranak telur; Jikalau diturut hatiku ini, Akhirnya padang menjadi kubur.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baju merah saga, Solat hari Jumaat; Ibu kami jaga, Hingga akhir hayat.Pantun Melayu SARAWAKKiasan
Jahit kain kasa berbunga, Lebih kain buat selendang; Jika begini rasa-rasanya, Akhir kampung menjadi padang.Pantun Melayu SARAWAKKasih
Bukan pita sebarang pita, Pita dipakai untuk pengikat; Bukan cinta sebarang cinta, Cintaku sampai akhir hayat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Naik gunung mana arak, Batu mana tanah air; Rendah gunung tinggi arak, Dari awal sampai akhir.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Rambut ikal gulung di dahi, Khabar pulang bersarung gigi; Rasa tak kekal diam di sini, Akhir pulang ke tempat sendiri.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Cacaklah ubi tanda bertani, Ubi dikerat di dalam taman; Banyaklah nabi turun ke bumi, Nabi Muhammad nan akhir zaman.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Adapun ikan selalulah basah, Kureha hidupnya di dalam air; Tanda beriman tahu kan Allah, Mulia hidupnya di alam akhir.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
12

Kembali ke atas