Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.khir] | اخير

Definisi : 1. kemudian sekali, penghabisan: per­kataan itu terdapat pd baris ~ halaman itu; ikhtiar­nya yg ~; peringkat ~ pelaksanaan projek; ~ minggu hujung minggu (hari Sabtu petang sampai hari Ahad); ~ musim peng­hujung musim; ~ zaman a) sl zaman sekarang ini; b) penghabisan; 2. = ~ sekali = terakhir paling kemudian, terkemudian (sekali): itulah kali ~ saya bertemu dengannya; 3. yg diada­kan terkemudian sekali (sbg penamat): per­tan­dingan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akhir

Puisi
 

Jika dituju selepas berlari,
     Akhir kumbang beranak telur;
Jikalau diturut hatiku ini,
     Akhirnya padang menjadi kubur.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Awal dibuat,
     akhir diingat.

Bermaksud :

Sebelum membuat sesuatu pekerjaan hendaklah difikirkan masak-masak supaya selamat pekerjaan itu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
residual paymentbayaran bakiKomunikasiKorporatBayaran akhir yang diberikan kepada pemegan kontrak penerbitan, percetakan atau persembahan selepas sesuatu tugasan selesai dilakukan. Jumlah bayaran akhir ini tertakluk kepada persetujuan awal antara pemegang kontrak dengan pemberi kontrak. Tujuannya adalah untuk memastikan penerima projek berpuas hati dengan hasil akhir sesuatu perkhidmatan. Bayaran ini boleh ditangguhkan selagi perkhidmatan tidak disempurnakan seperti yang dipersetujui dalam kontrak. Contoh projek yang melibatkan pembayaran seperti ini ialah penyediaan laporan tahunan, penerbitan video korporat, dan pengurusan acara.
late woodkayu akhirPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBahagian kayu dalam gelang pertumbuhan yang mempunyai sel yang lebih kecil, lebih tumpat dan terbentuk terkemudiaan daripada bahagian kayu awal. Kayu akhir mempunyai kekuatan mekanis yang lebih tinggi daripada kayu awal kerana dinding selnya lebih tebal. Kayu akhir hanya terdapat pada spesies yang tumbuh di kawasan yang mengalami perubahan musim.
finish gradingpenggredan akhirLandskapTiadaProses menentu aras yang dilakukan untuk menetapkan gred akhir permukaan tanah.
fainal vacuumvakum akhirPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanProses vakun yang dikenakan pada peringkat akhir proses pengawetan kayu menggunakan tekanan. Tujuan utamanya ialah untuk membantu mengeluarkan lebihan larutan pengawet dan mengeringkan permukaan kayu yang baru dirawat. Proses ini biasanya mengambil masa selama 15 hingga 30 minit.
isobarisobarMeteorologiMeteorologi PerhubunganGaris yang menunjukkan tekanan sama atau malar, atau suatu isoplet tekanan. Isobar digambarkan sebagai garis yang dilukis melalui semua titik yang mempunyai tekanan atmosfera yang sama di sepanjang permukaan rujukan tertentu, seperti permukaan ketinggian malar (biasanya min aras laut pada carta permukaan), permukaan bumi isentropi, dan satah menegak suatu keratan rentas sinoptik. Pola isobar selalunya menjadi perkara utama dalam analisis carta permukaan, sehingga akhir-akhir ini lakaran isobar dengan selang 3 hpa merupada tatacara piawai. Walau bagaimanapun, penggunaan carta tekanan malar untuk analisis udara atas kemudiannya telah memperkenalkan selang 4 hpa untuk memudahkan pertukaran dari permukaan isobar kepada garis kontur 1000 hPa.
late barkkulit akhirPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKulit kayu yang terdiri daripada sel parenkima, sedikit sel tapis dan tiub tapis yang terbentuk pada akhir musim pertumbuhan.
final croptanaman akhirPerhutananPengurusan HutanPokok yang dipilih dan dikenal pasti semasa penjarangan dirian yang berpotensi mempunyai bentuk batang yang sihat dan baik untuk tuaian akhir.
final setpengesetan akhirKejuruteraanKejuruteraan BangunanPengesetan bagi sebarang jenis simen yang dikira dari masa air dicampurkan kepada adunan simen berpandukan kepada ujian piawaian BS 12. Tempoh pengesetan akhir tidak boleh melebihi 10 jam.
use beforeguna sebelumMakanan dan PemakananMakananTarikh akhir bagi sesuatu produk makanan yang selamat untuk dimakan oleh pengguna. Selepas tarikh akhir ini, makanan biasanya telah rosak dan terjejas kualitinya serta tidak selamat untuk dimakan. Contoh produk makanan yang memerlukan tarikh guna sebelum ialah susu dan produk tenusu kerana makanan seumpama ini mudah rosak secara mikrobiologi dan boleh membahayakan kesihatan pengguna.
final strengthkekuatan akhirKejuruteraanPetroleumKekuatan simen pada masa tertentu yang jika dibiarkan akan terus berada pada keadaan tekanan dan suhu yang sama, dan tidak ada lagi peningkatan kekuatan terjadi. Nilai kekuatan akhir ini biasanya diuji untuk keadaan suhu dan tekanan tertentu.
12345678910...

Kembali ke atas