Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ak.sa.ra] | اکسارا

Definisi : 1 huruf. 2 ist huruf, angka, atau simbol dsb yg dpt dilambangkan dgn kod komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ak.sa.ra] | اکسارا

Definisi : 1. huruf; 2. (Komp) huruf, angka, dll yg dapat dilambangkan dgn kod komputer. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aksara


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Setiap aksara Cina terdiri daripada garis lurus, garis miring, titik dan sebagainya. Adakah sesuai jika bahagian-bahagian yang membentuk aksara Cina ini disebut sebagai "lejang aksara"? Atau disebut "titik dan garis aksara Cina" sahaja? Terima kasih.Lejang aksara boleh digunakan bagi merujuk aksara Cina seperti yang dimaksudkan.Lain-lain23.12.2017
Aksara CJKV diringkas/diringkaskan berlainan di Jepun dan China‏‎?Sila kemukakan pertanyaan anda dengan jelas.Lain-lain31.10.2014
KEGAGALAN MEMASUKI AKSARA CARIAN KERANA PAPARAN MAKLUM BALAS SENTIASA KELUAR WALAU PUN BORANG TERSEBUT TELAH DIAMBIL TINDAKAN PENGHANTARANAduan tuan telah kami panjangkan kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP. Untuk sementara waktu, kami mencadangkan tuan menggunakan enjin carian Crome, bukan Internet Explorer.Lain-lain22.11.2016
Adakah penggunaan aksara pertama dalam "Bin", "Binti", "A/P", "A/L" dan "A/K" perlu dalam huruf besar atau huruf kecil?Jika ejaan nama menggunakan Huruf besar dan huruf kecil ,  penggunaan aksara pertama "bin", "binti", "a/p", "a/l" dan "a/k"  ialah huruf kecil .Ejaan27.03.2018
Assalamualaikum tuan, Saya ingin bertanya, perkataan 'aksara' adalah kata lain bagi perkataan 'huruf', apakah istilah/perkataan lain yang menggantikan kata 'ayat' dan 'perkataan' (berkemungkinan besar perkataan itu adalah asalnya bahasa sanskrit atau arkaik)Betul, aksara ialah huruf atau angka. Untuk mendapatkan makna perkataan-perkataan lain sila rujuk laman web www.prpm.dbp.gov.my.Makna18.06.2018
Penggunaan bentuk tulisan dan warna memberikan maksud atau perasaan yang berbeza dalam sesebuah penulisan. Sila jelaskan sekiranya; 1. Semua aksara yang digunakan huruf besar. Ianya bermaksud amaran. Adakah ia benar? 2. Semua Aksara yang digunakan berwarna merah. Ianya memberikan maksud marah. Adakah ia benar? Terima Kasih.Tidak ada maklumat yang diperkatakan dalam pangkalan data kami. Pada pandangan kami maklumat yang disampikan mungkin benar dan mungkin juga tidak benar bergantung pada konteks penggunaannya. Contohnya dalam dokumen perjanjian, ada perkataan yang ditulis dengan huruf besar kesemuanya bagi menjelaskan perkataan tersebut agar diambil perhatian oleh pembacanya.Tatabahasa26.07.2012
Bagaimanakah kita harus menyebut aksara "@"? Contohnya, dalam alamat emel "saudaraku@melayu.com", biasanya kita akan baca "saudaraku at melayu dot com". Apakah ini boleh diterima sedangkan perkataan "at" itu bukanlah perkataan melayu? Sekian. Terima kasih

Simbol '@' (at) disebut sebagai "di" dalam bahasa Melayu.

Contoh: Nasional@1 (Nasional di satu)

Istilah20.01.2009
Mohon nasihat pihak DBP mengenai penggunaan tanda sempang di dalam ayat berikut: "Kata laluan mestilah mempunyai sekurang- kurangya 10 aksara." Format untuk cetakan buku dan laman web kami mempunyai had dan tiada apa yang kami boleh lakukan untuk menjadikan perkataan "sekurang-kurangnya" menjadi satu baris. Sila rujuk fail yang dilampirkan untuk rujukan lanjut. Apakah format ini boleh diterima? Terima kasih.Format penulisan sebegini boleh diterima, iaitu perkataan selepas sempang disambung ke baris seterusnya kerana ruang tidak mencukupi.  Walau bagaimanapun sekiranya puan ingin perkataan "sekurang-kurangnya" ditulis pada satu baris, puan boleh mengubah ayat kepada: Kata laluan mestilah mempunyai 8 aksara sekurang-kurangnya, dan mengandungi nombor, huruf besar dan huruf kecil.
Lain-lain22.09.2016
1. Terjemahan manakah adalah betul bagi ayat yang berbentuk seperti di bawah? Mengapa? (Lampiran yang disertakan adalah sebagai contoh sahaja) 2. Adakah aksara 'i' dalam perkataan 'itu' perlu ditulis menggunakan huruf besar (Itu)? Mengapa? What is Virus- Apa itu Virus? ATAU Apakah itu Virus?Kedua-dua ayat, iaitu Apa Itu Virus? dan Apakah Itu Virus? adalah betul dan boleh digunakan. Semua perkataan dimulakan dengan huruf besar kerana ayat ini merupakan tajuk.Tatabahasa20.07.2016
apakah maksud karakter?

Saudara,

Perkataan tersebut bermaksud n 1. (in writing) huruf, aksara: Chinese ~s, huruf Cina; 2. mental and moral make-up, peribadi, sifat, watak: she has a strong ~, dia mempunyai peribadi yg tegas; ~ building, pembentukan peribadi; 3. moral strength, peribadi yg tinggi: a man of ~, seorang yg mempunyai peribadi yg tinggi; 4. distinguishing feature, ciri, sifat: a house with a ~ of its own, sebuah rumah yg mempunyai ciri yg tersendiri; 5. style, corak: the film changes in ~ half-way through, filem itu bertukar corak pd pertengahan cerita.

Tidak diberi padanan 'karakter' dalam bahasa Melayu.

Makna16.09.2010
12

Kembali ke atas