Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aksara


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TULISANsistem lambang dalam bentuk huruf, aksara atau gambar yang digunakan untuk mencatatkan atau merekodkan bahasa pertuturan.BAHASAKonsep
RAWLINSON, SIR HENRY

Rawlinson, Sir Henry (1810–1895) ialah

diplomat British dan pakar Assyria purba. Dia

berjaya menafsir aksara kuneiform yang bertulis

pada zaman Darius Hystaspes, raja Parsi, sekitar

tahun 500-an S.M.

UMUM 
KOD MORSE

Kod Morse ialah sistem penghantaran mesej

yang menggunakan bunyi yang pendek dan

panjang yang dikombinasikan dengan beberapa

cara untuk melambangkan huruf, angka dan

aksara yang lain.

UMUM 
RUNE

Rune adalah mana-mana satu daripada aksara

dalam abjad bertulis yang terawal yang

digunakan oleh orang Jermanik di Eropah.

Tulisan rune yang tertua wujud sejak tahun 200-

an M.

UMUMUmum
KAMUS JAWI-MELAYU-INGGERIS

KAMUS JAWI-MELAYU-INGGERIS,  kamus yang disusun dan dihasilkan oleh R.J. Wilkinson, pegawai pentadbir British di Lumut, Perak pada tahun 1903. Judul asal kamus ini ialah A Classic Jawi-Malay-English Dictionary dan diterbitkan semula oleh Penerbit Baharudinjoha, Alai, Melaka pada tahun 1985 dengan judul Manuskrip Klasik Kamus Jawi-Melayu-Inggeris. Kamus Jawi-Melayu-Inggeris setebal 785 halaman ini menggunakan dua bahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam aksara Jawi dan Rumi. Pada tahun 1932, edisi kedua kamus ini diterbitkan dengan judul A Malay-English Dictionary tanpa tulisan Jawi.

BAHASAPenerbitan

Kembali ke atas