Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : penduduk asli sesuatu tempat, bumiputera; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) orang yg berasal atau di­lahirkan di sesebuah negeri; b) peribumi di Sabah dan Sarawak mengikut konteks Perlembagaan Persekutuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
negeri
Rujuk :negara

Puisi
 

Negeri Acheh negeri aman,
     Anak tekukur terbang deras;
Bunga setangkai di dalam taman,
     Belum gugur belumlah puas.


Lihat selanjutnya...(14)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KETUA ANAK NEGERIKETUA ANAK NEGERI, pegawai tadbir rendah dalam pentadbiran tempatan negeri Sabah yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal adat di daerahnya. Sejak dahulu lagi, ketua anak negeri memakai gelaran tradisional, iaitu Orang Kaya-kayaBUDAYAKonsep
MAJLIS PENASIHAT KETUA-KETUA ANAK NEGERI

MAJLIS PENASIHAT KETUA-KETUA ANAK NEGERI, majlis penasihat hal ehwal peribumi. Majlis ini ditubuhkan di bawah Akta Undang-undang Pentadbiran Kampung 1913 oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara pada tahun 1915. Majlis ini dianggotai oleh gabenor sebagai presiden, setiausaha kerajaan, residen-residen dan pegawai-pegawai daerah sebagai penasihat, dan ketua-ketua anak negeri yang mewakili daerah masing-masing. Majlis ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kecekapan para ketua anak negeri menjalankan tanggungjawab mereka, iaitu mengenal pasti masalah peribumi kesan daripada kesan daripada sistem pentadbiran British, dan juga sebagai wakil untuk menjalankan dasar kerajaan kepada peribumi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
ORDINAN MAHKAMAH ANAK NEGERI

ORDINAN MAHKAMAH ANAK NEGERI, perundangan yang mengandungi peruntukan tentang pembentukan, bidang kuasa, keanggotaan dan tatacara kehakiman Mahkamah Anak Negeri di Sabah. Perundangan ini telah digubal dan diluluskan pada tahun 1953 pada masa pemerintahan British.

BUDAYAPenerbitan
MAHKAMAH ANAK NEGERI

MAHKAMAH ANAK NEGERI, mahkamah rendah peribumi Sabah dan Sarawak yang mempunyai bidang kuasa yang berkaitan dengan adat. Mahkamah ini mengadili kes-kes yang berkaitan dengan hal ehwal agama, pewarisan, perkahwinan, dan kesalahan seksual.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
NATIVE SCHOOL NATIVE SCHOOL, sekolah latihan bagi anak-anak ketua anak negeri di Sabah. Sekolah ini ditubuhkan pada 1 Julai 1915. Tujuan sekolah vernakular pemerintah Syarikat Berpiagam Borneo Utara yang pertama di Sabah ini ditubuhkan adalah untuk memberi pendidikan peringkat rendah, khusus kepada anak-anak ketua anak negeri yang bakal menjadi pentadbir dan penghubung antara pentadbir Syarikat Berpiagam Borneo Utara dengan peribumi.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
O.K.K. SEDOMAN

O.K.K. SEDOMAN (   ?   -   ?  ), Ketua Anak Negeri. Dia adalah keturunan suku Murut dari daerah Keningau, Sabah. Pada tahun 1935, dia dilantik sebagai Ketua Anak Negeri, dengan gelaran Orang Kaya-Kaya (O.K.K.) bagi mewakili daerah Bingkor dalam Majlis Penashiat Ketua-ketua Anak Negeri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
O.K.K. MOHAMAD SAMAN

O.K.K. MOHAMAD SAMAN (  ?  -  ?  ), Ketua Anak Negeri (1935 – 1937). Dia adalah ketua tradisional bagi kaum Melayu Brunei di wilayah Labuk dan Sungai Sugut, Sabah. Pada tahun 1935, dia dilantik sebagai Ketua Anak Negeri dengan gelaran Orang Kaya-Kaya (O.K.K.) bagi mewakili wilayahnya dalam Majlis Penasihat Ketua-ketua Anak Negeri. Dia diberi tanggungjawab untuk mengawal daerah Beaufort. Dia juga dipilih menjadi pengerusi Majlis.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
O.K.K. PANGERAN HAJI OMAR

O.K.K. PANGERAN HAJI OMAR (  ?  -  ?  )., Ketua Anak Negeri (1915 – 1919). Dia adalah keturunan Melayu Brunei yang menjadi ketua tradisional di daerah Sipitang, Sabah. Kepemimpinannya telah mendapat pengiktirafan Syarikat Berpiagam Borneo Utara yang kemudian melantiknya sebagai Ketua Anak Negeri dengan gelaran Orang Kaya-Kaya (O.K.K.). Dia mewakili seluruh wilayah South Keppel (Putatan-Papar) dalam Majlis Pemasihat Ketua-ketua Anak Negeri dari tahun 1915 hingga tahun 1917. Tugas utamanya untuk menyimpan rekod yang berkaitan dengan kes peribumi dan penyata cukai serta pemindahan milik tanah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
O.K.K. DATUK SUNDANG

O.K.K. DATUK SUNDANG (   ?   -    ?  ), ahli politik, Ketua Anak Negeri. Dia adalah keturunan suku Murut dari daerah Keningau, Sabah, yang menjadi ketua tradisional bagi kaumnya. Dia kemudian dilantik oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara sebagai Ketua Anak Negeri dengan gelaran Orang Kaya-Kaya (O.K.K). Dia mewakili wilayahnya dalam Majlis Penasihat Ketua-ketua Anak Negeri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
UNDANG-UNDANG ADAT DI SABAHUNDANG-UNDANG ADAT DI SABAH, peraturan-peraturan yang diaplikasi kepada penduduk peribumi Sabah, yakni mereka yang diberi status ‘anak negeri’.  Peraturan ini berasal daripada adat atau amalan penduduk peribumi Sabah yang berkaitan dengan kepercayaan, kekeluargaan, pewarisan, kejiranan, hubungan seksual dan tatacara menimbangkan konflik.  Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa adat yang dipakai oleh pelbagai suku kaum yang terdapat di Sabah seperti suku kaum Dusun-Kadazan, Murut, Bajau, Melayu, Bugis, Orang Sungai dan lain-lain lagi boleh dikekalkan dan merupakan sebahagian daripada undang-undang negara sekiranya ia menepati syarat-syarat berikut.  Pertama, adat tersebut tidak boleh direka tetapi mempunyai sejarah turun-temurun.  Kedua, adat tersebut masih dihayati oleh suku kaum berkenaan.  Ketiga, adat itu mestilah diamalkan secara berterusan, yakni tidak pernah terputus daripada satu keturunan kepada satu keturunan, dan keempat, adat itu mestilah boleh dikuatkuasakan dalam erti kata bahawa ia jelas dari segi hukuman yang akan dikenakan terhadap pesalah.BUDAYAKonsep
1234

Kembali ke atas