Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : penduduk asli sesuatu tempat, bumiputera; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) orang yg berasal atau diĀ­lahirkan di sesebuah negeri; b) peribumi di Sabah dan Sarawak mengikut konteks Perlembagaan Persekutuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
negeri
Rujuk :negara

Puisi
 

Negeri Acheh negeri aman,
     Anak tekukur terbang deras;
Bunga setangkai di dalam taman,
     Belum gugur belumlah puas.


Lihat selanjutnya...(14)

Pantun

SumberColumn1
Kurik Kundi Merah SagaAnak negeri anak pangeran, Hendak bermain di bawah rumah; Hati rindu apa dihairan, Makan di tangan kerana disuruh.
Kurik Kundi Merah SagaNegeri Acheh negeri aman, Anak tekukur terbang deras; Bunga setangkai di dalam taman, Belum gugur belumlah puas.
Kurik Kundi Merah SagaBeras dibawa dalam negeri, Anak udang dalam perahu; Emas perak boleh diuji, Hati orang siapa tahu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina membawa kereta, Hendak melawat ke luar negeri; Sudah lama aku bercinta, Jodoh tidak dapat ditukar ganti.
Sekalung Budi Seuntai BahasaAnak Cina main gelombang, Nampak dari Tanjung Jati; Tuan umpama bunga yang kembang, Sentiasa hidup di dalam hati. Anak beruk di kayu rendang, Turun mandi di dalam paya; Hodoh buruk di mata orang, Cantik manis di mata saya. Anak ikan dimakan ikan, Ikan berenang dalam perigi; Hilang intan berganti intan, Intan bernama payung negeri.
Kurik Kundi Merah SagaAnak rusa terlompat-lompat, Rusa hendak pergi seberang; Hamba miskin dagang merempat, Duduk menumpang negeri orang.
Kurik Kundi Merah SagaKepiting di negeri Jawa, Buluh bersegi di atas atap; Ikan kering habis tertawa, Anak tupai baca kitab.
Kurik Kundi Merah SagaOrang memburu pagi hari, Anak rusa lari bertindak; Sungguh bulan payung negeri, Sehari ada sehari tidak.
Kurik Kundi Merah SagaOrang berjalan pagi hari, Anak raja mati tertikam; Bawa andang suluh negeri, Di mana ada intan manikam.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan; Tuan jauh negeri satu, Hilang di mata di hati jangan.
12

Kembali ke atas