[ang.gur] | اڠݢور
Definisi : 1. = pokok ~ sj tumbuhan (pokok memanjat); 2. = buah ~ buah pokok anggur; ~ kering buah anggur yg dikeringkan, kismis; ~ meriam pecahan besi utk peluru meriam; air ~ a) perahan buah anggur; b) minuman keras dll yg dibuat drpd buah anggur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ang.gur] | اڠݢور
Definisi : ; menganggur tidak bekerja, tidak mempunyai pekerjaan: di kampung itu banyak anak muda yg ~; pengangguran perihal (keadaan) menganggur, keadaan (ramai) orang tidak mempunyai pekerjaan: kerajaan bercadang hendak mengurangkan ~ dgn memesatkan pembangunan negara; ~ bermusim pengangguran yg terdapat (berlaku) pd jangka masa tertentu (disebabkan keadaan cuaca yg tidak membolehkan sesuatu pekerjaan dilaksanakan dll); penganggur orang yg menganggur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ang.gur] | اڠݢور
Definisi : keratan cabang atau batang utk ditanam di tempat lain; menganggur 1. mengalih, menganjak (tanaman dll); 2. mengerat cabang utk ditanam; 3. menanam keratan cabang; dianjak layu, dianggur mati prb suatu nasihat atau kebenaran yg tidak boleh diubah lagi; angguran anggur, keratan cabang utk ditanam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ang.gur] | اڠݢور
Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan atau buahnya (buahnya berwarna hijau atau ungu dan boleh dimakan atau dibuat minuman), Vitis spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[ang.gur] | اڠݢور
Definisi : ; menganggur tidak bekerja: Banyak pemuda yg ~ datang mencari pekrjaan di kilang perusahaan. pengangguran keadaan atau hal tidak bekerja: Dgn bertambahnya bilangan penduduk, masalah ~ pun timbul. penganggur orang yg menganggur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[ang.gur] | اڠݢور
Definisi : keratan batang atau cabang pokok utk ditanam. menganggur 1 menanam keratan batang atau cabang. 2 mengerat batang atau cabang utk ditanam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)