Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.ka] | اڠک

Definisi : tanda yg menunjukkan bilangan dlm tulisan; nombor. ~ Arab angka yg bermula dr 0 (1, 2, 3) dan seterusnya, yg berbeza drpd angka Roman. ~ bulat (penuh) angka yg tidak mempunyai sebarang pecahan atau perpuluhan (spt 1, 2, 8, 11, 20). ~ ganda angka yg menunjukkan berapa kali sesuatu angka digandakan. ~ ganjil angka yg apabila dibahagikan dgn angka 2 berlebih satu. ~ genap angka yg dpt dibahagikan dgn angka 2 dgn tidak berlebih. ~ pecahan angka yg mempunyai pengatasnya dan pembawahnya (spt , , ). ~ pembawah angka yg di sebelah bawah pd sesuatu angka pecahan. ~ pengatas angka yg di sebelah atas pd sesuatu angka pecahan. ~ pengisi angka yg menjadi pembahagi sesuatu nombor dgn tidak berlebih. ~ Roman angka yg bermula dr I (II, III, IV) dan seterusnya, yg berbeza drpd angka Arab. ~ tunggal angka yg dpt dibahagikan dgn angka itu sendiri dan dgn angka satu saja dgn tidak berlebih. perangkaan 1 cabang ilmu pengetahuan yg menggunakan angka-angka utk menunjukkan sesuatu pernyataan dll. 2 sesuatu pernyataan (spt jumlah penduduk, eksport, import) yg ditunjukkan dgn angka. perangkawan orang yg ahli dlm bidang perangkaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ang.ka] | اڠک

Definisi : 1. tanda (lambang) yg menunjukkan bilangan atau jumlah sesuatu, nombor; 2. Id markah: berapa ~mu utk membaca? ~ abjad (Komp) aksara yg hanya merang­kumi angka dan huruf dlm sesuatu sistem tulisan; ~ Arab angka yg bermula dr 0, 1, 2 dan seterusnya, yg berbeza drpd angka Rumawi; ~ bulat = ~ penuh angka yg tidak mengan­dungi pecahan atau perpuluhan dan boleh bernilai negatif atau positif; ~ dua tanda nombor 2 (yg tidak digunakan lagi dlm penulisan sekarang) yg menunjukkan sesuatu perkataan itu diulangi keseluruhannya atau sebahagiannya (mis berhenti2, cepat2); ~ ganda angka yg menunjukkan berapa kali sesuatu angka itu digandakan; ~ ganjil angka spt 3, 5, 7, dan seterusnya yg apabila dibahagi­kan dgn 2 akan berlebih satu; ~ genap angka spt 2, 4, 6, dan seterusnya yg apabila dibahagi­kan dgn 2 tidak berlebih; ~ kandungan hasil drpd mendarab dgn dua atau lebih sesuatu angka lain; ~ pecahan angka yg terdiri drpd pengatas dan pembawah (mis , , dsb); ~ pengisi angka-angka yg boleh menjadi pembahagi sesuatu nombor dgn tidak berlebih (mis 3 dan 5 ialah angka pengisi bagi 15); ~ penuh angka bulat; ~ Roman angka yg bermula dr I, II, III, IV dan seterusnya, yg berbeza drpd angka Arab; ~ Rumawi angka Roman; ~ sial angka yg kononnya membawa kesialan (mendatang­kan sesuatu keburukan dsb); angka-angka 1. = perangkaan; 2. Id bilangan, hitungan dgn angka; berangka-angka, berangka-angkaan ter­menung-menung memikirkan sesuatu; mengangkakan memberi berangka, mem­beri bernombor; perangkaan 1. butir-butir atau maklumat mengenai sesuatu (spt penduduk, hasil keluaran, perdagangan, dll) yg dikumpulkan secara bersistem dgn menggunakan angka, statistik: ~ mengenai penghasilan barang utama; 2. = ilmu ~ pengetahuan mengenai pengumpulan dan penyusunan serta analisis dsb perangkaan, statistik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.ka] | اڠک

Definisi : sl sangka, anggap, fikir; mengangka menyangka, menganggap, memikir: diangkanya kakang berubah cita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angka


Majalah

Dewan Masyarakat | Hiburan
Sosial • Agama • Alam Sekitar • Bahasa • Ekonomi • Fail Jenayah • Kenangan • Kepenggunaan • Kesihatan • Khas • Panorama • Pemikiran • Pendidikan • Sukan • Surat Pembaca • Video • A Kadir Jasin Bercerita • Isu Utama • Nota Editor • Perspektif • Ulasan Buku Angka 50 ribu orang rakyat Malaysia berada di UK sudah cukup menunjukkan bahawa negara tersebut antara destinasi utama untuk meraih pendapatan dan pekerjaan yang terbaik. Share Sekali lagi UMNO akan diuji
Dewan Masyarakat | 2015 | Jun
Isu Utama • Nota Editor • Perspektif • Ulasan Buku Ukraine akan terus terpaksa berdepan dengan percaturan politik Moscow disebabkan kedudukan istimewa Ukraine dalam sejarah panjang Rusia dan perkembangan geopolitik hari ini. Share Angka 50 ribu orang rakyat Malaysia berada di UK sudah cukup menunjukkan bahawa negara tersebut antara destinasi utama untuk meraih pendapatan dan pekerjaan yang terbaik. Share Pastinya, penggunaan AES berupaya mengurangkan
Dewan Budaya » Tradisi
binatang, nanas keemasan, Buddha dan kanak-kanak, turut menghiasi sampul angpau mutakhir. Pada kebiasaannya, jumlah wang di dalam sampul angpau berangkakan nombor genap. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, wang yang berjumlahkan angka ganjil dapat diasosiasikan dengan unsur kematian atau perkabungan. Namun begitu, di sesetengah daerah kediaman di China, jumlah wang yang berangkakan nombor ganjil turut diberikan, terutama dalam majlis perkahwinan, agar wang pemberian tersebut tidak mudah dibahagikan. Wang pemberian juga tidak harus diberikan bermula dengan angka empat atau berjumlahkan 40, 400, dan 444 kerana angka empat sering dihubungkaitkan dengan homofon bahasa Cina, iaitu mati, atau berkaitan rapat dengan kematian. **** Artikel ini dipetik dari majalah Dewan Budaya
Dewan Budaya » 2017 » January
binatang, nanas keemasan, Buddha dan kanak-kanak, turut menghiasi sampul angpau mutakhir. Pada kebiasaannya, jumlah wang di dalam sampul angpau berangkakan nombor genap. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, wang yang berjumlahkan angka ganjil dapat diasosiasikan dengan unsur kematian atau perkabungan. Namun begitu, di sesetengah daerah kediaman di China, jumlah wang yang berangkakan nombor ganjil turut diberikan, terutama dalam majlis perkahwinan, agar wang pemberian tersebut tidak mudah dibahagikan. Wang pemberian juga tidak harus diberikan bermula dengan angka empat atau berjumlahkan 40, 400, dan 444 kerana angka empat sering dihubungkaitkan dengan homofon bahasa Cina, iaitu mati, atau berkaitan rapat dengan kematian. **** Artikel ini dipetik dari majalah Dewan Budaya
Dewan Budaya » 2015 » September
sistem percukaian baharu ini dikatakan mampu memenuhi keperluan itu. Begitu juga, sama ada rela ataupun tidak, hasil kutipan CBP melebihi beberapa bilion ringgit. Dalam sehari sahaja, kutipan ini dikatakan mencatat angka berpuluh-puluh juta ringgit. Angka ini tidak semestinya tepat kerana ada lagi peniaga yang tidak mengamalkan sistem dalam talian dari segi kutipan CBP. Begitu juga bagi peniaga yang hanya mengeluarkan resit yang ditulis dengan tangan
Dewan Masyarakat | 2011 | September
memerlukan bimbingan serta pendidikan alternatif bagi menggantikan pendidikan formal yang tidak diteruskan. Share Refleksi daripada keputusan PRU 2011 menunjukkan bahawa rakyat Singapura tidak mahu lagi dibuai dengan pelbagai fakta dan angka seperti pencapaian ekonominya yang memberangsangkan atau ranking prestasi bersih rasuah yang tertinggi. Share UPNM Eksklusif tetapi Inklusif Sejarah UPNM cukup unik. Berbekalkan pengalaman selama lapan tahun sejak penubuhannya, UPNM semakin
Dewan Budaya » 2013 » August
000 orang mati setiap bulan, 14 000 orang mati setiap hari, dan kira-kira 583 orang mati setiap satu jam! Malahan yang paling menakutkan ialah sekiranya hal ini tidak dibendung, angka ini akan meningkat kepada 10 juta orang setahun menjelang tahun 2020. Di Malaysia, kajian mendapati bahawa 1.5 peratus wanita (daripada 13.77 juta orang wanita) di negara ini menghisap
Dewan Budaya » 2014 » January
rumah yang dilanda musibah banjir di Kuantan baru-baru ini ialah 1.5 tan! Bayangkan jika dikumpulkan sampah sarap daripada 10 ribu buah rumah, maka terdapat sejumlah 15 tan sampah. Angka ini memberikan gambaran kepada kita tentang kemusnahan dan kerosakan harta benda serta kesan psikologi yang dialami oleh mangsa banjir. Kesempatan bersama-sama 40 orang teman sepejabat menyertai program Sukarelawan Kembara
Dewan Budaya » 2014 » March
persejarahan lampau negara, malah isu terkini yang wajar didekati dan difahami oleh masyarakat. Pada ketika ini, terdapat lebih daripada 55 ribu buah muzium di 202 buah negara di seluruh dunia. Angka ini sudah cukup jelas menunjukkan kepentingan peranan muzium bagi setiap negara dalam mendidik anak bangsanya tentang sesuatu ilmu. Bagi sesebuah negara maju, peranan muzium sangat ditagih bagi membantu kanak-kanak
Dewan Budaya » 2014 » June
sumbangan tamadun Mesir dalam bidang matematik, terutama geometri yang memungkinkan pembinaan struktur hebat, seperti piramid. Dari tamadun China, lahir bahan letupan, penggunaan wang, dan penciptaan kertas, selain sistem penulisan dan angka, termasuk “sifar” dari tamadun India. Contoh yang lebih khusus lagi datangnya daripada pelayaran dan pengembaraan lebih daripada 700 tahun yang lalu oleh Ma He, orang berketurunan Islam yang lebih dikenal
Dewan Budaya » 2015 » January
besar industri pelancongan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Oleh itu, negara terbabit berlumba-lumba untuk merebut dan menarik pelancong dari pelbagai penjuru dunia, terutama pelancong kaya. Jika kita perhatikan angka perbelanjaan pelancong antarabangsa di negara tertentu, pasti kita juga tidak mahu terlepas peluang. Perbelanjaan di China berjumlah AS$128.6 bilion, Amerika Syarikat AS$86.2 bilion dan Jerman AS
Dewan Masyarakat | Khabar Dari Seoul
kelompok yang bakal menjadi penentu dalam politik tempatan, kini tumpuan beralih pula kepada generasi baharu yang dikenali sebagai generasi 2040. Kumpulan ini amat mudah diinterpretasikan dan diterjemahkan semula dengan menggunakan angka 20 dan 40. Share Laman Maya Jadi Penentu Khabar Dari Seoul Kebanyakan ahli politik Korea Selatan mempunyai jaringan sosial mereka sendiri seperti Twitter dan Facebook dan mempunyai banyak pengikutnya. Share
Dewan Masyarakat | Kolumnis
kelompok yang bakal menjadi penentu dalam politik tempatan, kini tumpuan beralih pula kepada generasi baharu yang dikenali sebagai generasi 2040. Kumpulan ini amat mudah diinterpretasikan dan diterjemahkan semula dengan menggunakan angka 20 dan 40. Share Keindahan Perancis Khabar Dari Paris Hampir 75 peratus daripada tenaga elektrik di Perancis dijana daripada tenaga nuklear, sekali gus menjadikan Perancis sebagai negara yang banyak bergantung
Dewan Masyarakat | 2011 | Jun
dengan cara mendisiplinkan diri ketika berbelanja. Share Pilihan Raya Singapura 2011 Sengit Politik Refleksi daripada keputusan PRU 2011 menunjukkan bahawa rakyat Singapura tidak mahu lagi dibuai dengan pelbagai fakta dan angka seperti pencapaian ekonominya yang memberangsangkan atau ranking prestasi bersih rasuah yang tertinggi. Share Halal Bukan Setakat di Kedai Makan Surat Pembaca Bagi umat Islam, isu halal sepatutnya menjadi perkara yang
Dewan Masyarakat | 2012 | Jun
kelompok yang bakal menjadi penentu dalam politik tempatan, kini tumpuan beralih pula kepada generasi baharu yang dikenali sebagai generasi 2040. Kumpulan ini amat mudah diinterpretasikan dan diterjemahkan semula dengan menggunakan angka 20 dan 40. Share Psikologi dan Psikososial Mempengaruhi Tingkah Laku Mengundi? Kesihatan Memang tidak dapat dinafikan bahawa perwatakan individu, pengaruh sosial, dan rakan sebaya serta pemikiran dalaman memainkan peranan yang
Dewan Budaya » 2013 » January
Gangnam Style” yang merupakan mania hiburan muda-mudi seluruh dunia pada masa ini. Sehingga makalah ini ditulis, tarian oleh Park Jae-Sang atau Psy, yang dimuat naik di YouTube mencecah angka 805 juta “penonton”. Semua orang mahu mencuba gaya tarian kuda Psy. Psy memberikan isyarat kepada kita tentang kreativiti yang menjadi enjin penggerak perubahan dunia. Bayangkan, seorang daripada setiap lapan orang

Kembali ke atas