Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.kuh] | اڠکوه

Definisi : mempunyai sifat atau watak suka me­ninggi diri, congkak, sombong, pongah, ting­gi hati: orang yg sombong dan ~; sifat ~; mengangkuhkan; ~ diri membuat diri kelihatan angkuh, menyombongkan diri, meninggi-ninggikan diri; keangkuhan sikap yg angkuh, ketinggian hati, kecongkakan: ~ golongan atasan boleh menimbulkan kebencian di kalangan rakyat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.kuh] | اڠکوه

Definisi : Mn rupa, serupa (dgn); ~ terbawa, tampan tinggal prb baik rupanya, tetapi tidak baik sikapnya (memperolok-olokkan orang yg pesolek). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angkuh

Peribahasa

Buta baru celik (= melihat).

Bermaksud :

Angkuh dan sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bungkuk [bongkok] baru betul).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
merak[m«.ÒA/]kata adjektifsombong, angkuh dan suka peraga diri.Penyanyi tu merak sunggoh, dia ingat dia sorang saja baguih.[p«.øA.øi tu m«.ÒA/ suN.goh di.jA i.NAt di.jA s.ÒAN sA.dZA bA.guih]Penyanyi itu berlagak sombong, dia sangka dia seorang saja yang pandai menyanyi.
juah[dZu.wAh]kata adjektifberlagak sombong, angkuh dan megah (kerana sesuatu kelebihan yang dimiliki).Mokalu hang anak orang kaya, jangan tunjok juah sangat kat orang.[m.kA.lu hAN A.nA/ .ÒAN kA.jA dZA.NAn tun.dZo/ dZu.wAh sA.NAt kAt .ÒAN]Kalaupun engkau anak orang kaya, janganlah berlagak sangat.

Kembali ke atas